Tuesday, November 24, 2009

Demi Husam, anak pun Nik Aziz buang..

Cekati Tembaga menulis..

Telah bertahun lamanya Nik Aziz sedaya upaya bertungkus lumus menaikkan anak menantunya dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dari jawatan ekskutif biasa sehingga menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat yang dipengerusikannya sendiri itu.

Ketika melantik Ariffahmi Abdul Rahman, berbuih mulut Nik Aziz mendakwa menantunya itu adalah yang paling layak mengisi kerusi orang nombor 1 PMBK. Kata Nik Aziz menantunya ini punya kredibiliti yang baik, punyai integriti yang diyakini dan akhlak yang terpuji, disamping kelayakan akademik yang tinggi dan sangat sesuai mengetuai syarikat milik Kerajaan Negeri Kelantan itu.

Sebagai Menteri Besar pasti saja kata-kata Nik Aziz menjadi arahan apabila berkait bidang tugasnya. Pasti juga sebagai Mursyidul Am, 'nasihat' yang diberikan itu wajar dipatuhi tanpa bantah. Apa lagi sebagai kedudukannya sebagai Pengerusi PMBK akan mengukuhkan lagi kedudukan Menantunya dalam perbadanan itu.

Tetapi malangnya kedududukan tinggi Nik Aziz ini hanya mampu memberikan jawatan tetapi tidak berupaya mempertahankan kedudukan anak menantu kesayangannya itu dari diheret ke bawah dalam keadaan yang cukup hina.

Bermula dengan keputusan Ariffahmi menamatkan perkhidmatan Syed Azidi yang juga dikenali di alam blogger sebagai Kickdefella, mencetuskan ribut yang kencang dalam PMBK. Kickdefella bukan sesiapa, hanya orang biasa tetapi sebagai orang kanan dan kepercayaan Husam Musa, pemecatan Kickdefella secara tidak langsung telah mengisytiharkan perang dengan Husam.

Blogger itu juga bertindak balas dengan menyerang kembali Ariffahmi dan mendedahkan apa yang didakwanya sebagai kelemahan dan penyelewengan Ariffahmi dalam PMBK sehingga membawa kepada SPRM menyerbu pejabat Ariffahmi di PMBK.

Tindakan Kickdefella dikaitkan dengan arahan daripada Husam Musa sendiri untuk menyerang Ariffahmi. Walaupun dinafikan Husam tetapi rentetan daripada apa yang berlaku kita tidak harus menolak kemungkinan betapa keadaan Husam yang kian terdesak dan tidak sabar untuk menunggu Nik Aziz mewasiatkan jawatan Menteri Besar Kelantan kepadanya.

Jadi menggunakan orang yang dilihat bermusuh dengan Ariffahmi adalah tindakan yang baik untuk menyerang menantu Nik Aziz itu.

Pemecatan Kickdefella benar-benar mencabar kewibawaan Husam sebagai Exco kanan yang sentiasa menonjolkan diri sebagai 'budak tok guru'.

Rasa terkilan Husam tidak dapat dibendungkan lagi sehingga khabarnya Husam mengunjungi Nik Aziz untuk meluahkan rasa kecewanya dengan apa yang berlaku dan menafikan penglibatanya dalam mendedahkan penyelewengan dan kelemahan Ariffahmi.

Umum ketahui keluarga Nik Aziz amat tidak senang dengan Husam. Husam dilihat begitu dominen dalam mencorak keputusan Nik Aziz. Keluarga Nik Aziz melihat Husam sebagai terlalu banyak berperanan dalam kehidupan menteri besar Kelantan itu.

Husam bijak menggunakan peluang dan kedudukan rapatnya dengan Nik Aziz untuk meluah rasa dan menawarkan kononnya 'pengunduran' untuk menyelesaikan kemelut yang melanda Pas Kelantan ini.

Nik Aziz umumkan Ariffahmi akan letak jawatan

Sebab itu heboh berita di media kemungkinan Husam akan meletak jawatan. Tetapi yang sebenarnya adalah apa yang dikatakan seolah-olah kata dua Husam pada Nik Aziz, arahkan Ariffahmi letak jawatan atau dia sendiri akan berundur.

Ini yang menimbulkan konflik pada Nik Aziz, terpaksa memilih antara menantu atau pembantu.

Dan semalam Nik Aziz telah buat keputusan, rupanya pembantu lebih bernilai dari menantu!
.

Monday, November 23, 2009

JASA Kelantan bantu mangsa banjir

Cekati Tembaga menulis..
Pagi ini satu pihak Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Kelantan menghulurkan sumbangan kepada 11 mangsa banjir dalam DUN Limbongan, yang berlindung di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Sekolah Menengah Kamil, Pasir Puteh.
Penduduk yang terlibat adalah dari kawasan Wakaf Bunut dan Pasir Puteh Bandar. Mangsa banjir yang ditemui melahirkan rasa syukur atas keperihatinan JASA Kelantan yang memberi sumbangan.
Majlis penyerahan bantuan sumbangan JASA Kelantan di sempurnakan oleh Hj Rujahan Salleh, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh. Hadir sama adalah Naib Ketua Bahagian, Ketua Penerangan dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian. Pihak JASA Kelantan diwakili oleh Pn. Hjh. Siti Meryam, Pemangku Pegawai Parlimen Pasir Puteh.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh beramah mesra bertanya khabar kepada mangsa banjir

Sebahagian mangsa banjir terlibat
Tekun mendengar pesanan Timbalan Ketua Bahagian Pasir Puteh
Hj Rujahan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir
Pn Hjh Siti Meryam, Pemangku Pegawai JASA Parlimen Pasir Puteh berbaju kurung biru

Naib Ketua Bahagian turut hadir menyampaikan sumbangan

Antara barangan bantuan banjir sumbangan JASA Kelantan

Sebahagian lagi sumbangan banjir JASA Kelantan
.

Wednesday, November 18, 2009

Red Warrior's 2010










Bila Murai Mula Berkicau......



Senarai Skuad Kelantan Musim 2010


Penjaga Gol


1. Syed Adney Syed Husin.(UPB My Team)


2.Mohd.Shahrizan Ismail


3.Khairul Fahmi Che Mat








Pertahanan


4.Azizi Che Ros (Kuala Muda Naza)


5.S.Subramiam(Perak)


6.Mohd Rizal Fahmi Abd.Rosid


7.Mohd.Farisham Ismail


8.Zairul Fitri Ishak


9.Sarudy Aziz


10.Mohd Zamri Ramli


11.Mohd Dudsu Jamaludin








Tengah





12.Mohd Badri Mohd Radzi


13.Shaakir Shaari(UPB My Team)


14.Khairan Eroza Razali


15.Indra putra Mahyudin


16.Mohd Norfarhan Mohamad


17.Zul Yusri Che Harun


18.Wan Zaman Wan Mustapha


19.Ahmad Azlan Zainal








Penyerang





20.Nor Shahrul Idlan Talaha(UPB My Team)


21.Akmal Rizal Rakhli


22.Mohd Nizab Ayub


23.S.Chanturu(Penang)


24.Che Hiammuddin Hassan


25.Mohd Ramzul Zahini Adenan








Digugurkan





1.Khalid Jamlus


2.Nafuzi Zain


3.Ahmad Ezrie Shafizie


4. Faizol Che Noh


5.Hanif Md. Nor


6.Safuan Ibrahim


7.Normizal Ismail


8.Rosairil Asrol Mat Nor


9.Halim Napi(Ditawarkan Kontrak Sebagai Penolong Jurulatih Penjaga Gol)


Majulah Sukan Untuk Oghe Muda Kelate

Tuesday, November 17, 2009

Sekitar Majlis Perasmian Khatam Al-Quran SK Kamil 3 Pasir Puteh

Cekati Tembaga menulis..

Pagi ini, SK Kamil 3 Pasir Puteh mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Graduasi anjuran bersama dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Kelantan dan PIBG sekolah berkenaan.

Majlis Khatam Al-Quran ini menghimpunkan lebih 100 pelajar bersama dengan guru-guru untuk bersama-sama menghayati bacaan ayat suci Al-Quran oleh pelajar-pelajar yang telah khatam Al-Quran di kalangan pelajar tahun 4-6.

Kejayaan sekolah ini melahirkan pelajar yang seimbang pendidikan dunia dan akhiratnya, menunjukkan keberkesanan dasar pelajaran kebangsaan yang diasaskan oleh kerajaan. Pada masa yang sama kerjasama guru-guru dan ibu bapa dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja celik Al-Quran malah menghayati dan mengamalkan ajarannya.

Perasmian Penutup majlis ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Hishamuddin bin Abdul Rashid, Pengarah JASA Negeri Kelantan. Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah ini adalah yang pertama kalinya diadakan dan difahamkan akan menjadi acara rasmi sekolah.

Antara lain dalam ucapannya Tn Hj Hishamuddin menekankan betapa walaupun sudah khatam Al-Quran bukan bermakna pelajar sudah boleh berhenti daripada mempelajari Al-Quran tetapi ianya merupakan pernyataan kepada kegigihan setiap orang sehingga dapat menghabiskan pembacaan 6,666 ayat yang telah diturunkan Allah itu.

Menurut Tn Hj Hishamuddin juga amalan pembacaan Al-Quran ini hendaklah dilakukan berterusan agar kita dapat melahirkan ramai pecinta Al-Quran dan dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi Al-Quran pada masa yang akan datang.

Pengarah JASA Kelantan itu juga menyatakan banyak usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam melahirkan bangsa yang baik, bangsa yang gemilang dan umat yang terbilang.

Kerajaan pusat sentiasa mendepani usaha melahirkan umat yang menjiwai Al-Quran bermula dengan melaksanakan kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di sekolah-sekolah disusuli dengan J-QAF dan melantik guru-guru Al-Quran di seluruh negara dengan harapan khairu ummah dapat diwujudkan selaras dengan Malaysia Negara Islam Contoh.

Berikut kita saksikan kemeriahan Majlis Khatam Al-Quran SK Kamil 3 Pasir Puteh, Kelantan.

Sambutan bunga manggar dan 'red carpet'

Sebahagian peserta yang hadir

Keceriaan jelas terbayang di wajah para pelajar

Tekun mendengar amanat Pengarah JASA Kelantan

Sebahagian daripada lebih 100 pelajar khatam Al-Quran

Guru besar, En Mohamed Rusli Awang Mat menyampaikan pulut semangat

Tn Hj Hishamuddin bersama Guru Besar

Tn Hj Hishamuddin Abd Rashid, Pengarah JASA Kelantan menerima pulut semangat daripada Guru Besar SK Kamil 3, Pasir Puteh

.

Sunday, November 15, 2009

Pemuda UMNO Kelantan minta SPRM siasat 2 beranak

dipetik daripada The Star Online


Kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian (tiga dari kiri) dan ahli-ahli pemuda Umno selepas menyerahkan satu memorandum kepada SPRM Negeri di Wisma Persekutuan, Kota Bharu.

Memorandum ini berkenaan tajaan haji kelas VVIP yang dikhuatiri berunsur sogokan kepada Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Pegawai Eksekutif PMBK Ir. Abd Arif Fahmi Ab Rahman.

Kita mengucapkan tahniah kepada Pemuda UMNO Kelantan atas inisiatif ini dan berharap SPRM dapat menjalankan siasatan dengan seadil-adilnya.
.


Bai'ah Talak 3 - Pas jangan dolak dalik

Cekati Tembaga menulis..

Nampaknya Isu Bai'ah Talak 3 telah menjerut ketat leher parti itu sehingga kenyataan yang dikeluarkan pimpinannya semakin celaru dan tidak berpijak pada kenyataan.

Kalau mahu menutup isu ini pun seharusnya pimpinan Pas mengaku sahaja ianya pernah berlaku, mengakui ianya tidak wajar berlaku, seterusnya mohon maaf pada seluruh rakyat kerana membuatkan seluruh negara tertanya-tanya dan juga pada isteri-isteri calon-calon Pas yang diperjudikan rumahtangga mereka. Pas juga wajar memberi jaminan Bai'ah seperti ini tidak akan berlaku pada masa akan datang.

Kita amat berterima kasih pada Blogger seperti Mahaguru58 yang mendedahkan bukti di sebalik kewujudan Bai'ah ini sehingga ianya menjadikan kepala pemimpin-pemimpin parti itu kian berserabut.

Sebelum ini memang wujud khabar angin berlakunya Bai'ah seperti ini di Kelantan di hadapan Nik Aziz sendiri, pada ketika telor Pas berada di hujung tanduk. Khabarnya ketika itu semua wakil rakyat Pas dipanggil ke JKR 10 (kediaman rasmi Nik Aziz) dan dikehendaki berikrar tidak akan meninggalkan parti itu bagi memastikan Kerajaan Pas Kelantan tidak rebah. Walau bagaimanapun Bai'ah ini disimpan erat semua wakil rakyat Pas pada masa tu.

Tetapi kali ini Bai'ah talak 3 sudah tidak menjadi rahsia lagi.

Memang tidak ada kemusykilan lagi Bai'ah ini wujud terutama di Selangor sebagaimana diakui sendiri oleh Khalid Samad, Ahli parlimen Shah Alam.

Bai'ah yang menggunapakai skrip yang sama juga wujud di Perak dan di Kelantan. Tapi ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Nik Aziz Nik Mat. Nik Aziz kata bukan setakat tidak pernah berlaku di Kelantan, malah dia sendiri tidak pernah mendengarnya.

Sebagai Mursyidul Am Pas pastinya apabila dia mendakwa tidak tahu menahu kewujudan Bai'ah Talak 3 dalam parti itu adalah kenyataan yang membohong, munafik tahap dewa.

Di Perak, ia telah diakui sendiri oleh wakil rakyat Pas YB Ramli Tusin, ADUN kawasan Gunung Semanggol, Perak pada ceramah sempena Pilihanraya Kecil Bukit Gantang pada 1 April 2009. Ini disebutnya dalam ceramah, bukan April Fool ni. Cuba tuan-tuan tengok klip di bawah.

video
video

Dalam klip ni dengan jelas dia kata calon-calon wakil rakyat Pas di Perak telah berBai'ah tidak akan belot pada perjuangan Pas dengan Takliq akan gugur Talak 3 jika meninggalkan parti itu. Bukankah ini menunjukkan Bai'ah Talak 3 memang wujud. dan terbukti.

Di Perak lafaz Bai'ah ini dibaca secara seorang demi seorang di depan Ustaz Ahmad Awang, Pesuruhjaya Pas negeri itu. Menurut Ahmad Awang, dengan Bai'ah itu, tidak akan ada seorang pun wakil rakyat Pas akan sanggup keluar parti itu walaupun ditawarkan habuan sebanyak RM 5 juta. Begitu sekali ia boleh mengikat wakil rakyat Pas.

Tuan-tuan boleh membacanya di sini.






















Menurut Ahmad Awang lagi lafaz Bai'ah di Perak adalah SAMA SEPERTI DIGUNAKAN DI KELANTAN. Maknanya di Kelantan juga mengamalkan Bai'ah Takliq Talak 3.

Bukankah ini secara tidak langsung menunjukkan Nik Aziz bohong apabila menfikan Bai'ah seperti itu berlaku di Kelantan.
.
Kenapa Nik Aziz berbohong! Bukankah bohong adalah salah satu daripada ciri orang munafik.
.

Thursday, November 12, 2009

Pas ditimpa bala kerana doa Nik Aziz sendiri?

Cekati Tembaga menulis..

Dalam seminggu ini isu Bai'ah Takliq Talak 3 Pas menjadi topik utama didebatkan oleh bukan sahaja pemain-pemain politik malah mereka yang tidak terlibat dengan politik juga cukup berminat mengulas isu ini. Cekati Tembaga telah membuat ulasan isu ini pada minggu lepas setelah ia didedahkan oleh blogger Mahaguru58. Bagi tuan-tuan yang belum membacanya sila ke sini.

Apabila isu ini semakin tersebar di media perdana, malah disahkan sendiri oleh YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, isu ini seakan tiada penghujungnya. Ia menarik minat ramai sehingga diulas oleh pemimpin negara, tokoh-tokoh agama, aktivis sosial, pelajar dan semua golongan.


Cubaan Presiden Pas, Haji Hadi Awang dan Nik Aziz menafikan tahu menahu hal bai'ah ini dengan tujuan untuk menutup isu ini dipandang sepi sahaja. Malah semakin dinafi oleh Nik Aziz, semakin ramai memberikan komentar dan ulasan mengkritik dasar bai'ah ini.

Adalah mustahil Hadi Awang dan Nik Aziz tidak ketahui kewujudan bai'ah ini kerana sebagai Pesuruhjaya negeri, kedua-duanya secara logiknya terlibat secara langsung dalam majlis bai'ah ini. Bukankah pendedahan yang dibuat mengatakan bai'ah ini diikrarkan secara beramai-ramai di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri?

Hadi Awang dan Nik Aziz usah bersikap munafik dalam hal yang semua orang sudah tahu. Mengapa harus dinafikan perkara yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat mengubah apa-apa. kalau tindakan mereka berdua ini adalah untuk menunjukkan ia hanya tuduhan liar, ia hanya sia-sia kerana ia diakui sendiri oleh pimpinan Pas seperti Khalid samad.

Dalam hal ini kita tabik pada Khalid Samad (gambar) kerana berani berterus terang mengakui beliau juga bertaklik perkara yang sama. Walaupun kemudiannya melahirkan rasa kesal kerana mendedahkan perkara ini Khalid wajar dipuji kerana keberaniannya itu. Pastinya ramai pimpinan atasan Pas yang tidak puas hati atau marahkan Khalid tetapi percayalah tindakan Khalid mendedahkan isu bai'ah demi kebaikan umat Islam dalam Pas terutama kaum muslimatnya.

Terkadang kita terfikir mengapa sejak akhir-akhir ini, Nik Aziz sendiri sentiasa berdepan dengan pelbagai gelora dalam pemerintahannya. Sejurus menimbulkan hasrat mahukan EGM Pas diadakan ekoran mahu bersihkan Pas dari dua tiga kerat pemimpin yang didakwanya bermasalah, Nik Aziz juga dikejutkan dengan serbuan SPRM ke Pejabat Menantunya ekoran dakwaan penyelewengan dan salahguna kuasa.

Tidak cukup dengan itu, ketenangan yang diharapkan Nik Aziz sebelum mengerjakan haji minggu depan pun tidak menjadi kenyataan apabila debaran degup jantungnya disentap dengan dakwaan yang timbul betapa perbelanjaan Nik Aziz mengerjakan haji ditaja oleh individu tertentu yang dirahsiakan. Apabila dibuktikan dakwaan ini, mahu tak mahu Nik Aziz terpaksa mengakui dirinya memang ditaja tetapi menegaskan ianya tidak salah dan tidak mempunyai unsur rasuah.

Kita bersangka baik dalam hal ini dan percaya memang Nik Aziz tidak teringin pun ke Mekah dengan duit tajaan jika ada unsur rasuah. Tapi sejauh mana dapat meyakinkan rakyat kerana Nik Aziz bukan orang biasa, tapi sebagai Menteri Besar Kelantan. Masakan orang naik habiskan duit berpuluh ribu tanpa harapkan balasan apa-apa!

Hari ini timbul lagi isu baru, pemecatan blogger terkenal Kickdefella dari jawatannya sebagai Pegawai Perhubungan Korporat, Perbadanan Menteri Besar yang diterajui oleh menantu Nik Aziz. Malah khabarnya surat pemecatan itu ditandatangani sendiri oleh menantu kesayangan Nik Aziz itu. Dan blogger terkenal itu khabarnya akan mendedahkan perkara yang kita tidak jangka yang lama bergelora di pejabat menantu Nik Aziz itu. Macam-macam benda yang akan timbul nampaknya.

Perkara ini akan kita ulas sedikit hari lagi tetapi kita tertanya-tanya dalam usia menjelang 80 tahun, setelah hampir 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan, mengapa satu demi satu isu yang berkait langsung dengan Nik Aziz dan keluarganya timbul?

Sekali fikir mahu juga dinyatakan di sini agar biarlah Nik Aziz habiskan sisa-sia usia pemerintahannya dengan tenang. Usah diganggu beliau meniti hari-hari terakhir menjelang persaraannya.

Tetapi ini soal prinsip. Prinsip yang dipegang tidak harus digadaikan dengan tolak ansur atas dasar perikemanusiaan.

Soalnya kenapa masalah yang dihadapi Nik Aziz semakin bertimpa-timpa sehingga langsung tidak memberinya peluang untuk menghela nafas lega?

Apakah ini kifarat Allah atas sebagai balasan doa laknatnya terhadap UMNO? Allah sahaja yang tahu.

Walau bagaimanapun percayalah Tok Guru.. pintu taubat masih terbuka. Moga di depan Kaabah nanti akan dibukakan Allah tabir yang menutupi kebenaran yang terselindung.

Kita sentiasa doakan Tok Guru akan kembali ke jalan yang benar.
.

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...