Wednesday, August 29, 2012

SAYA TIDAK TOLAK HUDUD ISLAM, SY TOLAK HUDUD PAS. - MAHATHIR



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau selama ini hanya menolak hukum hudud yang diperjuangkan Pas dan tidak pernah sesekali menolak hukum syariah itu seperti terkandung dalam ajaran Islam.

Menurutnya, ini kerana hukum hudud yang diperjuangkan parti pembangkang itu cenderung untuk berlaku tidak adil kepada masyarakat Islam di negara ini.

Sebagai contoh katanya, di bawah 'hudud Pas', seseorang beragama Islam yang didapati bersalah mencuri akan dipotong tangan sementara bagi bukan Islam akan hanya dihukum penjara sekiranya didapati bersalah.

"Saya tak boleh sokong itu kerana tak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, ia tidak Islam. Islam tuntut supaya apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.


"Ini tidak adil, adakah orang Islam potong tangan, orang bukan Islam tak potong, masuk dua bulan penjara, itu tidak adil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2011 di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Selain itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dipetik daripada lidah rasmi parti itu, HarakahDaily pada 1 Oktober 2011 berkata, Pas tidak memaksa orang bukan Islam untuk menerima hudud sama seperti mereka tidak dipaksa memeluk Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun lalu juga dipetik memberi jaminan bahawa hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.

Dalam pada itu Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot ketika dihubungi menjelaskan, hukum syariah termasuk hudud menekankan keadilan ke atas semua pihak dan ia seharusnya terpakai ke atas umat Islam dan bukan Islam dalam sesebuah negara.

"Kafir pun termasuk, kalau hanya untuk Islam, ia sudah lari daripada kehendak hukum ajaran Islam. Maka hudud Islam kalau hendak dilaksanakan perlu ke atas semua pihak," katanya.

sumber : perigitimur.blogspot.com

PEMIMPIN PEMBANGKANG DI TAHAN KES SUMBANG MAHRAM!


Ekoran posting kami malam tadi, pasti ramai sudah boleh mengagak bahawa pemimpin pembangkang yang ditahan dan disiasat polis atas tuduhan sumbang mahram adalah calun PKR DUN Damak bagi PRU 2008, Muhammad Nur bin Jaafar.

Muhammad Nur adalah bekas Ketua PKR Cabang Jerantut yang telah keluar parti mengikut Zaid Ibrahim menubuhkan KITA. Dia kini adalah Ketua KITA cawangan Jerantut.

Dia telah ditahan polis Jerantut pada Ogos 22hb, 2012 bersama anak lelakinya ekoran tuduhan merogol anak perempuannya sendiri.

Ini ekoran satu laporan polis yang dibuat oleh seorang jururawat sebuah hospital di luar negeri Pahang setelah mangsa melahirkan anak di sana. Mangsa telah mengaku dirogol anak bapa sendiri pada tahun 2011 di rumahnya di Batu Balai.

Suspek, yang merupakan abang kepada Dr Hamzah Jaafar yang dikatakan sebagai calun ahli Parlimen PAS bagi Jerantut, telah dilepaskan dari tahanan reman petang semalam, 28 Ogos 2012.

Pihak Jabatan Sisatan Jenayah sedang menunggu keputusan ujian DNA bagi mengesahkan suspek sebenar. Sebarang tuduhan atau tarikh pertuduhan belum ditetapkan sehingga keputusan ujian diperolehi.

Bila melibatkan DNA, adakah Muhammad Nur akan kononnya berprinsip macam Zaid Ibrahim yang berkata percaya Anwar mungkin bersalah dalam tuduhan sodomi terhadapnya? Kali ini, ia melibatkan dirinya dan bukan orang lain.

copy bulat2 dr  : theunspinners.blogspot.com

UMNO SELAMANYA!!

Tuesday, August 28, 2012

NIK AZIZ DAN CHAI2 NYA XFAHAM MAKNA PERIBAHASA!! #BNGOMO




Tun M tempohari ada mengeluarkan peribahasa inggeris yang berbunyi'better the devil you know than the angel you don't'.  Saya begitu yakin bahawa orang yang tidak biasa menggunakan peribahasa Inggeris seperti Nik Aziz akan mengungkapkan peribahasa tersebut sebagai "lebih baik syaitan yang kamu kenal daripada malaikat yang kamu tidak kenal".

Orang yang tinggi pemikiran seperti Tun M pasti akan menggunakan bahasa Inggeris dan bukannnya bahawa Melayu bagi mengungkapkan peribahasa ini kerana ianya peribahasa Inggeris. Tun M sebenarnya menyindir parti lawan atau pembangkang yang kita lihat sangat baik seperti Malaikat tetapi batiniahnya lebih teruk jika hendak dibandingkan dengan syaitan yang kita sedia tahu jahat.

Sindiran ini juga ibarat menghentam sifat kepura-puaraan pakatan dalam memperjuangkan kebajikan rakyat. Dahulu mereka kata mereka mahu mewujudkan negara Islam tetapi sekarang mereka kata mahu mewujudkan negara berkebajikan kerana tiada dalam Al-Quran menyatakan negara Islam.

Berkenaan Isu Hudud, PAS berlolong mengatakan mereka mahu melaksanakan hukuman Hudud. Persoalannya mampukah mereka melaksanakan sesuatu rang undang-undang tanpa persetujuan majoriti di Dewan Rakyat? sudikah DAP mengorbankan prinsip mereka mahu membenarkan Hudud dilaksanakan di Malaysia? Sebagai Islam saya menyokong hukuman ini dilaksanakan tetapi biarlah ianya berpaksikan Islam dan bukan hanya sandiwara politik.

Berbalik kepada peribahasa Inggeris, peribahasa asal berbunyi'better the devil you know than the devil you don't'. Tun M ternyata telah mengubah perkataan Devil kepada Angel. Itu bukan masalah besar kepada orang yang mindanya celik. Jika kita buka kamus Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu. Angel mempunyai banyak maksud selain Malaikat. 


Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'angel' mempunyai banyak maksud seperti malaikat, bidadari, baik hati dan menyebelahi pihak yang benar. Namun, agak mengecewakan apabila Seorang Tokoh yang diiktiraf pembangkang hanya berfikiran cetek dengan mengambil maksud angel itu ialah Malaikat. Ini adalah dakwaan yang cuba diputar belitkan dengan bantuan harakah kononnya Tun M rela berbaik dengan Syaitan daripada Malaikat yang sebenar. 


Kalau ada pun individu yang rela berbaik dengan syaitan dengan menerima bantuan syaitan ialah Nik Aziz sendiri seperti rakaman dibawah:


Dari sudut mantik pula, peribahasa tersebut telah menyindir pakatan pembangkang yang membawa maksud lebih baik kita kenal dengan orang yang jahat daripada orang yang munafik. Orang yang jahat kita tahu dia memang jahat tetapi orang yang munafik ini adalah orang yang berpura-pura. Bila berkata dia berdusta, bila berjanji dia mungkir. Salah satu janji pembangkang yang kita tahu mereka dusta ialah impian 16 September merampas kerajaan melalui lompat parti.

Secara jelasnya, Nik Aziz tidak memahami perumpamaan yang diberikan oleh Tun M dan sewajarnya Nik Aziz dan harakah memohon maaf atas kekhilafan mereka menyampaikan maklumat yang "Tepat dari Sumber"

Wallahualam...


credit to harapan-esok.blogspot.com


UMNO SELAMANYA!!!

Monday, August 27, 2012

CALON UMNO DIIBARAT LAWAN NABI MUHAMMAD!

xtahu nok ulas lagu mano... walau pun dah berbelas tahun statement ini.. patut dipuja ke manusia begini?

NASHA DIPECAT DARI PAS?! #BNGOMO



Abdul Hadi ketika ditanya mengenai pendirian Pas berhubung tindak-tanduk Nasharudin berkata, parti itu tidak kisah jika UMNO mahu menggunakan khidmat Ahli Parlimen Bachok tersebut kerana beliau sudah ditolak ahli akar umbi.

Abdul Hadi juga seolah-olah menyifatkan Nasharudin yang lantang bersuara sebagai 'alat UMNO' apabila mendakwa pemimpin Pas atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengkritik parti tersebut dipergunakan UMNO.

Begitu lah Nasha... nak buat camner.. sekarang pengerusi PAS bukan lagi Hadi Awang, tp Karpal Singh.. terima je lah.. mcm Nik Aziz kata, "DAP boleh terima kita asalkan xtubuh negara Islam". so... xder lg prjuangan utk mwujudkan pmerintahan Islam seperti yg PAS laung2kan selama ini.. 

Camni lah Nasha, xyah join UMNO lah, tubuh lah NGO ke ape ke, yg penting sokong prjuangan UMNO dan undi UMNO.. lg pun UMNO memang telah trbukti parti yg prjuangkan wadah2 Islam. taik2 sorang dua yg ada dlm UMNO tu jgn bimbang lah, dalam proses plupusan... :)

UMNO SELAMANYA!!!

Sunday, August 26, 2012

HUDUD! BILA GAMBAR YG BRCAKAP! #BNGOMO

Apa yg kecoh2 sangat pasal hudud ni?!! memang sah lg confirm PAS xkan lksana hudud. gebang je.. bosan lah... nak nulis pun rasa cam dah malas pasal hudud ni. Pakai sifir mudah je.. kalo btl PAS brsungguh2 nak lksana hudud, skurang2nya mereka dah anjurkan demonstrasi macam BERSIH ke, OREN ke, mansuh PTPTN ke.. anti-LYNAS ke, selamatkan ANWAR ke.. tp naper sampai sekarang xder langsung dlm kotak fikiran nak buat Himpunan HUDUD?! nampak x prmainan die?? 
Sekarang ni, isu utama bkn BN yg xbagi laksana hudud, tp geng diorang si KARPAL sdiri yg xbagi. abih? nak arapkan Hadi atau Nik Aziz nak lawan cakap Karpal?? hampehh... kasi setel dalam lu punyer team dulu la...
Nik Aziz lg s*k*r.. sikit2 nak salahkan UMNO, mcm da xder modal lain. Bila Karpal kutuk pasal Negara Islam, pasal hudud, senyap je mamat tu... tp bila Hassan Ali cakap, Nasharudin Mat Isa kuar statement, brani plak nak kuar fatwa mengarut... APA PUN XBOLEH....
Dah2, kita kasi gmbr/keratan akhbar plak bercakap.. zasss... 



















maafla kpd blogger2 yg brkenaan, BK amik gmbr korang dgn izin ye.. :)


UMNO SELAMANYA!!!

Wednesday, August 8, 2012

#BNGOMO GAMBAR SAMBUTAN LUARBIASA LAWATAN YAB PM KE KELANTAN!!

Kalau lah angka kehadiran rakyat ke program yg dpt mnggambarkan kmenangan PRU nanti, xder mustahilnya Kelantan akn dirampas oleh BN dlm PRU13 nanti. xcayer try jenguk2 gmbr kat bwh ni. Semua tempat PM pergi dpenuhi oleh rakyat yg cerdik dan berakal..

Kat airport sbg contoh, dpenuhi oleh student2 IPT yg sedar dn faham akan prmainan jahat PAKATAN dan benci kpd huru hara yg dcetuskan oleh puak yg dkepalai oleh Bang Nuar! geng2 veteran tentera jg xlpaskan pluang brsama2 mraikan khadiran YAB PM krn mrk tahu hanya BN sj yg mampu kekalkan keamanan negara dn jg mnjaga kbajikan rakyat kseluruhannya. berbanding Poknik, air pun xleh nak setel.. puiii...









Kehadiran kat Sek Dato' Perdana saja dah blh mnggambarkan betapa rakyat trlalu inginkan perubahan dan dah xsanggup melihat penipuan demi penipuan selama 22 tahun oleh krajaan Nik Aziz keramat dibantu si Husam jamnapari. Jangkaan awal hanyalah sekitar 15,000 org tp apa yg mngejutkan apbila lbh 20,000 yg keluar brbuka puasa brsama PM dn pihak pnganjur trpaksa menambah order makanan utk berbuka kpd rkyt.. Syabas penggerak Bachok dibwh kpimpinan Dato' Awang yg dlm proses hadapi fitnah trbaru rafizi jambu.. :)



















Kedatangan YAB PM ke Masjid Naim Jelawat utk brterawikh juga dsambut meriah oleh jawatankuasa masjid dn jg pnduduk2 tempatan.. Ramai geng2 kopiah putih yg brebut utk brsalaman dgn YAB PM.. dn ini brmksd org yg pakai  kopiah putih blm mnandakan org itu org PAS.. jgn nak poyo.. :)






n last but not least.. cheh.. destinasi trakhir YAB PM pd hari trsebut adalah ke Majlis moreh di Kompleks YKK, Melor, Bachok. Kehadiran beliau disitu disambut oleh Tan Sri Annuar Musa dn juga ribu2 lemon rakyat yg mnanti dgn sabar utk mnatap, brsalaman dn mndengar amanat oleh pemimpin yg disayangi ini. Dikhabarkan kapasiti YKK xdapat mnampung jmlah khadiran pd malam itu shingga ramai yg trpaksa brdiri diluar pagar YKK dn parking jg shingga 2 kilometer.. Begitu lah penangan pemimpin sebuah parti yg btl2 brjuang utk rakyat, bila pmimpin ikhlas, rakyat pun ikhlas. Sedangkan PAS sekarang sdang brgelut krn setiap program nya sekarang dah xbrape laku sehinggakan trpaksa mnjaja Ustazah Abby ke sana sini.. Tubuh Pok Nik sdiri pong xlaku doh.. ceramoh di Pengkalan Chepa sdiri pun xsampai 200 org yg keluar sampai dia bilang "ambo xsey kecek male nih! ambo xsey kecek male nih!" kihkihkih..


















Kalo diukur dr sambutan yg diterima memang xleh dinafi yg sokongan kpd BN dr rakyat Kelantan memang smakin mningkat dr sehari ke sehari dan BK yakin jentera kita juga tlh bgitu brsedia utk mnghadapi PRU 13 nanti dn sterusnya mnumbangkan rejim PAS yg hanya reti duk makan hasil rakyat dn pndai tabur fitnah ibarat spt ada prtandingan 'paling byk mnabur fitnah' dikalangan mereka.. 

Apa2 pun tahniah kpd semua warga Kelantan yg sedar akan 'kedajalan' krajaan PAS pimpinan Pok Nik! Insyaallah PRU nanti kita akn tumbangkan mrk dn sterusnya rakyat Kelantan akn dpt brnafas dbawah krajaan BN yg lbh brsistem, adil, prihatin dn saksama! ALLAHUAKBAR!!

BN SELAMANYA!!!


PSSSTT... sori ini kali kena tagging itu gmbr psl ada makhluk yg bila kita 'wakaf'kan itu gmbr die ambik buat hak milik taruk die punye name pulak... ;) peace yoo! 





NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...