Aku tergelak besar bila Nik Aziz nak suruh Dr. Mahathir datang tengok kemajuan di Kelantan. Benda-benda yang Nik Aziz sebut macam Tesco ke Hotel Renaissance ke macam lah Dr. Mahathir tak pernah tengok. Di KL lagi besar, tak dak pun Dr Mahathir nak ajak Nik Aziz tengok.
Tapi yang Nik Aziz kena tengok macam mana Dr Mahathir bina Putrajaya. Tengok juga macam mana hebatnya KLIA, Litar Sepang, Petronas, Proton dan sebagainya. Itu yang Nik Aziz kena contohi, bukan duk bangga dengan Tesco dan Parkson yang sama sekali tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Bukan juga tumpang bangga apabila cawangan Hotel Renaissance dibuka di Kota Bharu.
Nik Aziz juga suruh Dr. Mahathir datang tengok pembangunan di Gua Musang dan Jeli yang pesat membangun sekarang. Tapi sedarkah Nik Aziz siapa yang bertanggungjawab membangunkan kedua-dua tempat tu? Kerajaan negerikah?
Gua Musang sejak zaman berzaman di bawah jagaan YBM Tengku Razaleigh, semakin berubah dari bandar mati pedalaman menjadi bandar baru yang gah. Dengan kebijaksanaan KuLi juga Gua Musang menikmati arus pemodenan yang pesat. Tapi apa yang Pas buat di sana?
Bandar Jeli, yang dulunya hanya sebuah bandar kecil yang hidup sekadar menjadi laluan untuk ke utara semenanjung, kini di bawah kepimpinan Dato' Mustapa Mohamed, berubah menjadi bandar ilmu yang pesat membangun.
Atas kebijaksanaan Dato' Pa, Jeli kini mempunyai sekolah-sekolah rendah dan menengah yang lengkap dengan segala kemudahan. Di Jeli juga terbina MRSM yang menempatkan anak-anak Kelantan dan luar Kelantan menuntut ilmu. Dan di Jeli juga akan dibina kampus cawangan Universiti Malaysia Kelantan.
Rakyat di Gua Musang dan Jeli sedar di bawah pentadbiran BN, kehidupan mereka lebih selesa dan masa depan anak-anak lebih terjamin. Sebab itu sehingga sekarang BN kekal memenangi hati rakyat di sana.
Jadi kalau Nik Aziz nak suruh Dr. Mahathir pergi ke Gua Musang dan Jeli untuk lihat pembangunan di sana, apa yang Nik Aziz nak banggakan sebab itu yang barisan nasional buat.
Yang Pas buatnya apa? Yang Nik Aziz buatnya mana?