Monday, February 22, 2010

CERAMAH PERDANA - PAS KHIANAT AMANAH RAKYAT

CERAMAH PERDANA : PAS KHIANAT AMANAH RAKYAT
TEMPAT : KG. PAUH 9, TAWANG, BACHOK
TARIKH : 26 FEBRUARY 2010
MASA : 8.30 MALAM
PENCERAMAH : YB DATO' SERI MUSTAPA MOHAMED
YB SENATOR DATUK DR. AWANG ADEK HUSSIN
YBHG SDR. EZAM MD. NOOR
YBHG UST. KAMAL SAIDIN



SEMUA DI JEMPUT HADIR..

Sunday, February 21, 2010

Kelate Merana Di Bumi Sendiri




Bila murai mula berkicau....


Gagal layak ke suku akhir,tewas dengan jaringan tempat lawan


Barisan pemain Kelantan musim 2010

Keputusan seri tanpa jaringan semasa bertandang ke Stadium Alor Star Kedah seolah-olah petanda buruk bagi kelantan dalam menhgharungi Pusingan kedua,perlawanan kedua TM Piala FA apabila kemenangan yang di cari tetapi hanya sekadar mampu seri dengan jaringan 1-1.

Keputusan seri dengan jaringan ini bermakna Kedah layak dengan jaringan di tempat lawan.Keputusan ini telah menghampakan 20 ribu penyokong Red Warriors yang membanjiri Stadium Sultan Mohammad ke IV dengan harapan Kelatan mampu mengulangi pencapaian pada musim lepas apabila layak ke Final.

Walaupun Kelantan berjaya menguasai keseluruhan perlawanan itu tetapi ketumpulan jentera hadapan Kelantan menyudahkan setiap gerakan yang diatur telah mengakibatkan Kelantan terpaksa berputih mata untuk meneruskan cabaran dalam saingan TM Piala FA.


Kelantan dilihat seolah-olah menghampiri ke pusingan suku akhir apabila berjaya menamatkan kemarau jaringan melalui tandukkan ayam tambatan Kelantan,Indra Putra Mahyudin pada minit 71 tetapi kelekaan barisan pertahanan Kelantan mengeluarkan bola sepakan sudut pada minit 74 ,digunakan sepenunya oleh Badrol Bakhtiar untuk mneyamakan kedudukkan dan seterusnya memeberikan kelebihan kepada Kedah dengan jaringan tempat lawan.

Selepas jaringan penyamaan itu,Kelantan mula mengasak bertubi-tubi ke pintu gol Kedah tetapi barisan pertahanan Kedah cemerlang menangkis setiap serangan pasukan Kelantan yang dibarisi penyerang ternama dalam Liga Super dan bertaraf pemain kebangsaan.

Apabila wisel penamat ditiupkan oleh pengadil perlawanan selepas 7 minit masa tambahan diberikan penyokong Kelantan terdiam dan terpegun seketika seolah- olah tidak percaya pasukan Kelantan yang merupakan pasukan pilihan telah terkeluar dari saingan apatah lagi dengan beraksi di bumi sendiri.
Jika dirumuskan kepada keseluruhan perlawan selama 97 minit itu,Kelantan dilihat seperti bermain hanya separuh padang sahaja kerana kedah hanya berjaya melakukan beberapa kali serangan sahaja berbanding dengan pasukan Kelantan yang melancarkan serangan bertubi-tubi ke pintu gol Kedah tetapi penyudah yang tumpul telah menghampakan harapan penyokong The Reds Warriors.


Pelbagai persoalan dan tanggapan yang mula timbul di benak penyokong dan pemerhati bola sepak Kelantan apabila Kelantan tersingkir awal kerana jika dibandingkan dengan barisan pemain yang dimiliki Kelantan pada musim ini jauh lebih baik berbanding dengan musim lepas.

Persoalan yang timbul adakah pemain musim ini hanya handal dan popular dari segi nama di atas kertas sahaja dan bukannya handal dan hebat dari segi permainan atas padang.Siapakah yang patut dipersalahkan?..pemain kah...pengurusan kah..jurulatihn kah...persoalan ini lah yang sedang hangat dibicarkan di setiap kedai kopi,baik kedai kopi Pas mahupun kedai kopi Umno....

Bisik-bisik kedai kopi juga ada kedengaran mengatakan kesilapan dalam percaturan strategi,tiada persefahaman,tiada semangat kenegerian akibat terlalu ramai pemain import dari negeri lain yang dibawa masuk yang mengakibatkan perpecahan dengan pemain tempatan salah satu sebab punca kepada kemerosostan prestasi pasukan Kelantan.


Jika begini tahap dan mutu persembahan pasukan Kelantan yang telah dibarisi oleh pemain-pemain ternama,mampukah kelantan melangkah jauh dalam kancah TM Liga Super dan mencapai visi serta misi pengurusan setelah segala kemahuan dan kebajikan pemain memang tidak pernah terabai..oghe kelate kato tok ajin talar....siapa yang nak jawab?.


Majulah Sukan Untuk Oghe Muda Kelatez






Lebih 1,000 ikuti Pidato Perdana di Pangkal Kala, Pasir Mas..

Cekati Tembaga menulis..
Pada 12/02/2010 (Jumaat) Biro Penerangan UMNO Bahagian Pasir Mas telah menganjurkan Majlis Pidato Perdana – Isu Royalti Minyak, Pembohongan dan Penyelewengan Pas. Program kali ini diadakan dalam DUN Tendong di rumah Penghulu Hamad, Pangkal Kala.
Ia adalah kesinambungan daripada beberapa siri ceramah anjuran UMNO Bahagian Pasir Mas melalui Biro Penerangannya yang sebelum ini telah diadakan di DUN Pengkalan Pasir dan DUN Chetok.
Menurut Hj Ahmad Rosdi Mahmad, Pengerusi Biro Penerangan UMNO Bahagian Pasir Mas yang juga menjadi tulang belakang dalam menggerakkan biro ini, program ceramah seperti ini akan diteruskan malah akan diperhebatkan bagi memberi penerangan kepada seluruh rakyat tentang isu-isu semasa yang berlaku di negeri dan negara ini.
Ahmad Rosdi juga melahirkan keyakinan UMNO akan menambat kembali sokongan rakyat di Pasir Mas ekoran kesedaran rakyat terhadap kelemahan dan kemelut dalam kerajaan Pas Kelantan sekarang yang tidak berkesudahan.
Program kali ini menampilkan 2 orang penceramah dari Bachok, iaitu YB Dato' Dr Awang Adek Hussain, Timbalan Menteri Kewangan dan Ustaz Omar Khalid, pendakwah yang juga bekas ahli dewan ulamak Pas di samping Dato Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas sebagai tuan rumah.
Majlis ini sekali lagi dipengerusikan oleh Hj Zainuddin Mohd Noor, bekas Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Timbalan Pengerusi Biro Penerangan ini.
Program dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Mohd Hussin, bekas Johan Qari Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa. Beliau adalah salah seorang yang layak menerima insentif bulanan RM 2,000 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini.
Alunan dan kelunakan suara johan qari ini memukau lebih 1,000 hadirin yang memenuhi segenap ruang di perakarangan halaman rumah Penghulu Hamad ini.
Dato' Hanafi Mamat turut menyampaikan ucapan aluan selama kira-kira 15 minit dengan melahirkan penghargaan kepada kedua-dua penceramah undangan. Beliau juga melahirkan keyakinan terhadap kembalinya sokongan rakyat kepada UMNO terutama dengan kehadiran orang ramai dalam program-program ceramah seperti ini.
Ceramah Ustaz Omar Khalid hampir 1 jam menarik hati hadirin dengan pengalaman luasnya selama lebih 35 tahun bersama Pas. Kehadiran Ustaz Omar sememangnya dinanti-nantikan orang ramai yang mahu mendengar sendiri penyelewengan-penyelewengan Pas termasuk menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik semata-mata.
Sementara Dato' Dr Awang Adek pula bercerita mengenai fakta-fakta isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Pas Kelantan yang tidak berasas sehingga tidak berani membawa tuntutan ini ke mahkamah.
Kehadiran berpusu-pusu hadirin sejak jam 8.30 malam menyebabkan jalan di hadapan rumah Penghulu Hamad tidak mampu menampung bilangan kenderaan yang ada sehingga memaksa pasukan keselamatan menutup laluan berkenaan. Ini memaksa orang ramai berjalan kaki agak jauh untuk sampai.
Berikut adalah detik-detik menarik program berkenaan.

Banner program..

3 orang penceramah

Johan Qari Tilawah Al-Quran memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran

Ucapan aluan dari Dato' Hanafi Mamat

Ceramah Ustaz Omar Khalid

Dato' Dr Awang Adek membahaskan tuntutan Pas tidak berasas

Sebahagian daripada hadirin wanita

Tekun mendengar ceramah Ustaz Omar Khalid

Sebahagian lagi hadirin..

Sebahagian besar hadirin adalah orang sekitar kampung ini

Friday, February 12, 2010

PEMBOHONGAN KERAJAAN ISLAM KELANTAN


Assalamualaikum,
Islam merupakan sebuah agama yang indah dan menginginkan keindahan, namun hari ini dibumi malaysia telah wujud satu parti yang kononnya meruapakan sebuah parti yang mengamalkan sistem islam. Hari ini juga kita dapat melihat sebuah kerajaan yang kononnya amat islamik tapi telah mengamalkan rasuah yang terang-terangan oleh seorang yang berselindung disebalik jubah dan serban.

Isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang ditadbir urus oleh menteri besar yang amat angkuh dengan sikap mazmumah yang paling dibenci oleh rasulullah s.a.w, beliau telah melantik anak menantu dalam perbadanan tersebut demi meningkatkan taraf hidup keluarganya. pemimpin tersebut amatlah angkuh dan takbur kerana penyokongnya terlalu taasub denganya sehinggakan mereka sanggup menukar air tawar Tok Guru(air solat hajat Nik Aziz) dengan air zam-zam yang diakui oleh Allah S.W.T sebagai air yang peling suci dimuka bumi ini,

Dek kerana itulah pemimpin yang bergelar tok guru menjadi semakin menjadi-jadi sikap mazmumahnya. satu demi satu kemungkaran yang dibuat oleh Tok Guru termasuklah yang terkini kesilapan perjanjian yang melibatkan BAZAR TOK GURU yang mana kerajaan Kelantan terpaksa menaggung kerugian sebanyak RM 23 juta, inikah pemimpin yang mendakwa dirinya pandai mengurus harta rakyat


Kini mereka sekali lagi melaungkan fitnah dan dosa kepada Kerajaan Pusat yang mana telah terbukti membela Rakyat selama 53tahun, tetapi telah dinafikan oleh golongan yang hanya pakai kopiah dan serban untuk cari makan, isu royalti minyak kenapa perlu digembar gemburkan, nampak gayanya isu ini sering menjadi buah mulut puak-puak PAS

Mengikut perjanjian "Undang-undang petronas 1975 yang dibuat oleh YBM. Tengku Razaliegh semasa beliau menjadi Pengerusi Petronas berbunyi, mana-mana negeri yang menjumpai telaga petroleum didalam kawasan negeri maka wajib diserahkan kepada Petronas untuk proses carigali" dan mengikut perlembagaan Akta Kanun Tanah Persekutuan Malaysia pula berbunyi mana-mana hasil atau penemuan yang dijumpai dalam lingkungan 3batu atau 5.5 Km yang diukur pada ketika paras air surut maka itu menjadi hak mutlak kerajaan Negeri dan Hak Mutlak kerajaan Malaysia Pula hanyalah tidak melebihi pada paras 12 batu sahaja.

Kalau diikutkan pada perlembagaan yang ada usahkan royalti bahkan wang ehsan pun Kelantan tidak layak kerana ianya berada jauh dari perairan Malaysia iaitu melebihi 12 batu notika namun ianya boleh diusahakan bersama dengan negara yang berkongsi kawasan tersebut yang dipanggil Zon Ekonomi Eksklusif yang mana ianya bertindih dengan Thailand, namun demi kerana rakyat dan sesitiviti kerajaan tetap bagi wang ehsan kepada rakyat Kelantan yang kononnya mempunyai hak mutlak kepada telaga minyak tersebut.

namun Tok Guru & the Gang tetap membohongi rakyat Kelantan, kerana isu ini akan dapat menutup kecurangan yang berlaku dalan kerajaan Kelantan terutamanya mengenai Isu PMBK dan menantunya Arif Fahmi. Isu PMBK merupakan satu penyelewengan yang ketara dan perlu dititk beratkan oleh Kerajaan Pusat ini kerana ianya akan merosakan dan menghancurkan aset dan hak orang Kelantan.

emmmmm............... bila di fikir-fikir pastinya kita akan berasa tak pe lah tok guru kan buat salah pun tak pe, dosa dia Allah ampunkan dah pasti masuk syurga, ape yang Nabi Muhammad ajar kepada kita supaya bersikap mahmudah tidak diikut, cakap takbur dan angkuh pun rakyat kata tok Guru baik, sempurna dan bagus, namun kita kena pikir dan banyak membaca jangan hanya mendengar ape yang penceramah PAS katakan kerana orang politik ini akan cuba berusaha untuk meyakinkan rakyat apa yang dikatakan itu betul walaupun salah, sama-samalah kita berdoa agar Kelantan yang kita sayangi akan selamat dari puak-puak yang tamak haloba ini.

Thursday, February 11, 2010

KELANTAN HARI INI

Kelantan diera semasa pemerintahan Nik Aziz cukup berbeza cukup berbeza dengan Allahyarham Tan Sri Ahmad Yaacob, dari segenap segi yang ada di bumi kelantan tercinta ini.

Pada 1978 BN Kelantan memerintah secara mutlak Negeri Kelantan dengan penuh sifat inginkan pembangunan Kelantan, yang mana pada masa itu, walaupun Malaysia mengalami krisis ekonomi namun Kerajaan kelantan pada masa itu tetap berusaha membangunkan Negeri Kelantan, dengan usaha yang jitu dan padu maka wujudlah beberapa mercu tanda yang cukup indah di Kelantan iaitu Komplek Kerajaan Negeri iaitu Kota Darul Naim dan Balai Islam serta beberapa projek-projek kecil,

Setelah BN tewas di tangan PAS pada PRU ke-8 iaitu pada tahun 1990, maka bermulalah zaman keruntuhan Ekonomi bagi Kelantan. Kerajaan PAS Kelantan tidak berjaya membangunkan Kelantan sebagaimana kerajaan terdahulu, tanah-tanah milik MPKB dan PKINK mula di jual dengan harga yang murah kepada pelabor demi poket negeri serta orang-orang tertentu.

Kini setelah 20 tahun PAS masih lagi lemah dalam pembangunan Kelantan, terutamanya dari segi insfrastruktur serta modal insan, ini kerana apa yang ada di Kelantan pada hari ini hanyalah pusat-pusat membeli belah yang menjadi ukuran majunya Kelantan, tambahan lagi keadaan anak-anak muda yang kononnya diperintah oleh kerajaan Islam menyamai dengan anak-anak muda di negeri yang diperintah oleh kerajaan bukan Islam.

Walaupun di tepi-tepi jalan di kelantan diletakkan pelbagai zikir serta ayat Al-Quran namun itu hanyalah syiar Islam semata-mata yang mana ianya dilihat sebagai RETORIK POLITIK semata-mata, ini kerana papan tersebut kini sudah usang dan tumbang namun tiada kerja-kerja pembaikan atau penambahan dibuat.

Dari segi pembangunan insfrastruktur kelantan amatlah jauh jika nak dibandingkan dengan negeri BN, apa yang dibina oleh PAS Kelantan semenjak 20 tahun memerintah hanyalah sebuah Masjid Rantau Panjang (Masjid Beijing) namun proses pembinaan masjid tersebut bagi menyambut Jubli Perak dan ianya hanya siap pada tahun lalu, manakala jalan-jalan kerajaan negeri yang menjadi tanggungjawab mereka di baiki, dibina dan ditambah oleh Kerajaan Pusat.

Kerajaan Kelantan pada hari ini merupakan kerajaan yang hanya mementingkan kantung politik mereka dan kantung orang tertentu, jika dilihat mereka yang rapat dengan Tok Guru orang itu dilihat begitu mewah dan kaya sekelip mata ,walaupun sebelum ini mereka ibarat melukut di tepi gantang, tidakkan kita berasa kurang yakin dengan kerajaan yang ada? adakah mereka masih mampu mentadbir negeri yang serba kekurangan.

Pelbagai masalah yang timbul semenjak pemerintahan PAS, termasuk lah isu air yang berlarutan sampai belasan tahun sehingga sekarang, selain daripada itu isu yang semakin hangat diperkatakan sekarang ialah Perbadanan Menteri Besar Kelantan iaitu pelantikan menatu Nik Aziz sebagai CEO PMBK dan kesilapan PMBK dan EXCO Negeri dalam pembinaan Bazaar Tok Guru yang mana kerajaan negeri terpaksa menanggu kerugian RM 23 juat bagi menyelesaikan masalah tersebut. Kerugian demi kerugian timbul akibat ketidak pandaian kerajaan PAS di Kelantan.

Sedarlah anak-anak Kelantan kembalilah kita kejalan yang benar lagi sebenarnya, kerana hanya kita yang mampu memajukan Kelantan, bukan Nik Aziz, bukan Husam atau pun Nik Amar tetapi kita, ianya hanya ada dihujung pen atau pensel semasa PRU Ke-13 nanti, insyallah kita semua akan mendapat keberkatan kerana memilih kerajaan yang ikhlas memajukan Kelantan. Hidup Kelantan, Hidup Tanah Serendah Sekebun Bunga, Hidup 1malaysia


Wednesday, February 10, 2010

Nik Aziz tidak hormat Hadi Awang!

Assalamualaikum

JUARA NUSA

Menyampai Salam sayang serta ikhlas kepada semua pengunjung Bicara Kelantan.
Hari ini kita dikejutkan lagi dengan kenyataan Tok Guru Nik Aziz
mengenai Presiden PAS.
Apakah Nik Aziz sudah lupa diri? Siapakah dia sebenarnya jika nak dibandingkan dengan Hj Hadi? kenapa beliau begitu lantang mengeluarkan kata-kata yang sebegitu? tidakkah timbul rasa hormat kepada Hj Hadi sebagai Presiden PAS? adakah beliau lupa bahawasanya Hj. Hadi dipilih oleh ahli PAS seluruh Malaysia?

Nampak gayanya Nik Aziz semakin angkuh dan bongkak dengan sokongan yang diberikan oleh Rakyat Kelantan kepada beliau. Dulu semasa pemerintahan Datuk Asri, Nik Aziz telah mencabar bekas
bosnya itu agar meletak jawatan. Beliau telah mengulangi beberapa kali perkataan " Kalau Anta tidak meletak jawatan Ana letak jawatan!" Begitulah laungan berulang-ulang beliau semasa Datuk Asri sedang berucap di Kelab PAS suatu masa dahulu. Adakah Nik Aziz akan melakukan perkara yang sama terhadap Hj Hadi sekiranya Presidennya itu tidak sebulu dengan beliau?

Kesian Hj Hadi.. Ibarat walaupun berkuasa tetapi terpaksa mengalah dengan Mursyidul Am PAS yang semakin gila kuasa dan populariti. Nik Aziz lebih suka membela Anwar Ibrahim berbanding Hj Hadi,.Apa sahaja yang Anwar kata Nik Aziz akan kata "ya". Apa yang Hadi kata belum tentu Nik Aziz kata "ya". Mungkin "tidak" atau mungkin
"Kalau Anta tidak meletak jawatan Ana letak jawatan", ish.. ish.. ish.... Nik Aziz seolah-olah merasakan dirinya begitu berkuasa dalam PAS, sehinggakan sanggup memalukan Presidennya,..

Hj. Hadi dalam dilema.. Pengaruhnya semakin lama semakin berkurang.. Hanya orang-orang Terengganu sahaja yang sentiasa membelanya. Adakah Hj Hadi akan mengikut jejak Datuk Asri yang melompat ke dalam UMNO?
JUARA NUSA begitu terharu melihat Hj. Hadi yang begitu takut akan Nik Aziz,.Kenapa? Mengapa? dan Bagaimana? sama-samalah kita tunggu dan lihat ape kesudahanya..

Monday, February 1, 2010

Dato' Pa bersama Rakyat di Pasir Mas

-->Cekati Tembaga menulis..

Malam tadi (31/1/2100) satu Majlis Perjumpaan Khas melibatkan seluruh jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Dato' Sri Mustapa Mohamad, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan di Dewan Sekolah Kebangsaan Dato' Abdul Hamid 2, Pasir Mas.

Dato' Pa tiba tepat jam 9.30 malam dan disambut oleh Dato' Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian dan jawatankuasanya.

Program ini dihadiri oleh lebih 800 orang dari kalangan pimpinan Bahagian dan juga penduduk kampung-kampung berhampiran.

Antara lain dalam ucapannya Dato' Pa mengambil peluang menjelaskan perkembangan isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan dari segi fakta perundangan dan sejarah penghasilan petroleum di negeri ini.

Dato' Pa juga menjelaskan komitmen kerajaan Pusat untuk terus membantu rakyat Kelantan biarpun menerima kata-kata nista dari Pas kerana menurut Dato' Pa, yang memerlukan bantuan adalah rakyat bukannya kerajaan negeri. Oleh itu rakyat Kelantan akan sentiasa menjadi keutamaan BN dan menjadi agenda besar mengeluarkan rakyat dari belenggu kemiskinan.

Berikut adalah detik-detik menarik program berkenaan.

Majlis Perjumpaan Khas Kepimpinan 4 Peringkat bersama Dato' Sri Mustapa Mohamad

Dato' Pa bersama pimpinan UMNO Bahagian Pasir Mas

Sebahagian hadirin wanita

Dato' Pa bersiap sedia dengan fakta penjelasan isu tuntutan kerajaan negeri

Dato' Hanafi memberikan ucapan aluan

Dato' Pa memberi penerangan berkaitan isu tuntutan royalti minyak kerajaan Pas Kelantan

Dato' Pi tekun mendengar penerangan Dato' Pa

Sebahagian hadirin terpaksa berembun di luar kerana kerusi dalam dewan penuh

Dato' Pa sedang memberi penjelasan

Penjelasan isu royalti minyak menjadi lebih senang difahami apabila menggunakan skrin

Sebahagian lagi hadirin

Naib Ketua Pemuda, Sdra. Fareez dan Dato' Wan Suhaimi Wan Daud, aktivis masyarakat di kalangan hadirin