UMNO Bahagian Pasir Mas telah selesai mengadakan Mesyuarat Perwakilannya pada hari Jumaat 14-08-2009 bertempat di Dewan Besar SMK Sultan Ibrahim 1 Pasir Mas.
Mesyuarat Perwakilan ini dirasmikan oleh YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien, Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Dalam Negeri. Kehadiran perwakilan dan penyokong UMNO mencecah 1,000 orang, cukup memberansangkan menandakan angin perubahan semakin bertiup kencang di bumi Pasir Mas.
Hishamuddin tiba tepat jam 3.00 petang disambut oleh Dato' Hj Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian dan Dato' Hj Abd Rahim Abd Rahman, Mantan Ketua UMNO Bahagian serta seluruh jawatankuasa 4 peringkat, diiringi oleh paluan rebana ubi yang menghangatkan lagi suasana.
Ketibaan Naib Presiden UMNO itu turut disambut dengan gema laungan "Anwar Pengkhianat" oleh Pemuda UMNO.
Dalam ucapannya Hishamuddin meluahkan rasa bangganya dengan semangat yang ditunjukkan oleh UMNO Bahagian Pasir Mas dalam mengembalikan semula keyakinan rakyat di negeri ini kepada UMNO.
Menurut Hishamuddin juga, kejayaan di Manek Urai baru-baru ini menunjukkan betapa sokongan rakyat sudah kembali kepada UMNO dan apa yang perlu adalah memastikan momentum ini dapat diterus dan dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa.
Berikut dibawakan suasana pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Mas.
.
No comments:
Post a Comment