Thursday, August 6, 2009

Siapa terasa apabila Nik Aziz puji Najib...

Cekati Tembaga menulis..

Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang telah cukup lama memegang jawatan itu, melakukan 2 'kejutan' dalam tempoh seminggu. Kejutan adalah perkara biasa kepada Nik Aziz, tetapi kejutan kali ini adalah jauh berbeza.

Kalau sebelum ini kejutan Nik Aziz adalah menuduh UMNO sesat seperti ajaran Ayah Pin, menuduh UMNO mewarisi perjuangan komunis dan terbaru mengungkapkan ayat '...pergi jahanamlah UMNO'. Ianya adalah kejutan jika dilihat Nik Aziz sebagai tokoh agama, tetapi bukan lagi kejutan apabila Nik Aziz bercakap sebagai tokoh politik.

Tetapi kali ini kejutan yang dicipta Nik Aziz cukup menarik.

Kejutan pertama pada hari Sabtu apabila beliau menyambut kedatangan Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu walaupun pada hari itu Dato' Najib datang sebagai Presiden UMNO, untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu.

Sebagai menghormati Nik Aziz walaupun terikat dengan jadual yang ketat, Dato' Najib telah meluangkan masa kira-kira 20 minit melayan tujuan kedatangan Nik Aziz pagi itu.

Keduanya, Nik Aziz sendiri 'menemani' Dato' Najib seharian di Pekan semasa pelancaran Zon Ekonomi Khas Wilayah Pantai Timur (SEZ-ECER) pada hari Selasa. Lebih mengejutkan bila Nik Aziz membuat kenyataan memuji perwatakan Dato' Najib sebagai pemimpin besar yang mempunyai 'air muka yang bersih dan jernih'. Ungkapan ini kalau dalam bahasa Kelantan ianya menggambarkan keperibadian yang tinggi dan terpuji.

Kata Nik Aziz, beliau menerima penghormatan yang tinggi 0leh Dato' Najib dengan senyuman dan layanan yang beliau sendiri tidak pernah perolehi sebelum ini.

Kalau sebelum ini kejutan yang dibuatnya akan menimbulkan perdebatan di media kerana ianya lebih bersikap kontroversi dan mencerca lawan tetapi kejutan kali ini lebih bersifat 'molek dipandang, sedap didengar'.

Sebahagian besar rakyat Malaysia akan tersenyum gembira dengan perkembangan minggu ini. Tetapi jangan terkejut kalau ada dua tiga wajah di dalam dan di luar Pas yang akan masam mencuka. Dan wajah-wajah ini akan dengan segera mencucuk dan menghasut Nik Aziz agar menukar pujian itu kepada cercaan.. memang itulah kerja dua tiga kerat ini.

walau apapun biarlah kejutan ini mewarnai hujung minggu pertama Ogos ini. Usah kita pertikai hasrat mahu pun niat Nik Aziz, ikhlas atau tidak biarlah Yang Maha Berkuasa yang tentukan. Sekurang-kurangnya pujian ini menunjukkan dalam hati kecil Nik Aziz masih waras dan hargai persaudaraan sesama muslim.. walaupun mungkin minggu depan tidak akan sama..
.

No comments:

Post a Comment