Bila Murai Berkicau.......
Red Warriors bakal gegar Bukit Jalil
Gol!Gol!Gol! Gomo Kelate Gomo!....Itulah sorakkan yang tak putus-putus kedengaran di Stadium Sultan Mohamad Ke IV malam tadi dan diselangi dengan dentuman bakaran mercun di setiap penjuru stadium.
Cucu pun turut sama berada dalam kehangatan stadium itu.Pedih telinga cucu memang tak mampu cucu ceritakan lagi.Tetapi oleh kerana "kefanatikan" cucu sudah dipengaruhi oleh penyokong-penyokong Kelantan maka cucu sendiri pun sudah tidak menghiraukan lagi dentuman mercun.Buat pekak je!.
Keputusan perlawanan semalaman memang berpihak kepada apabila Kelantan menewaskan Perlis 2-0 pada Separuh Akhir pertama Piala Malaysia walaupun agak seimbang dipertontonkan.Kelantan hanya selangkah saja lagi untuk ke aksi Final di Bukit Jalil.
Gol Kelantan telah dijaringkan oleh Indra Putra Mahyyuddin melalui sepakan penalti setelah dijatuhkan oleh pertahanan Perlis.Manakala gol kedua Kelantan di perolehi pada masa kecederaan melalui sepakan sudut yang ditanduk oleh pemain pertahan pasukan Kelantan,Rizal Fahmi.
Kelantan akan berkunjung ke gelanggang Perlis bagi melengkapkan perlawanan kedua Separuh Akhir TM Piala Malaysia pada hari Sabtu ini.Ini merupakan peluang bagi Kelantan untuk beraksi pada peringkat final kerana membawa bekalan 2 gol ke Kangar.
Apa yang cucu nak kongsi di sini ialah pasukan Kelantan memang serasi dengan jurulatih berketurunan India kerana sejarah sudah membuktikan Kelantan tiga kali Kelantan layak ke separuh akhir hasil percaturan taktikal jurulatih kaum India iaitu M.Karathu,K.Rajagopal, dan pada tahun ini hasil sentuhan B.Satianathan. Jika ditakdirkan Kelantan mampu menjejakkan kaki ke final pada tahun ini, ia merupakan sejarah bagi jurulatih B.Satianathan setelah percubaan M.Karathu dan K.rajagopal terkandas di peringkat separuh akhir saja.
Walaupun cucu pulang dengan perasaan gembira setelah Kelantan menang dengan selesa tapi cucu agak hampa dan kecewa kerana masih ada lagi penyokong Kelantan yang membawa masuk dan mengibarkan bendera parti dalam stadium walaupun sudah dilarang beberapa kali melalui pembesar suara tetapi tidak dihiraukan sehingga penyokong-penyokong Kelantan yang duduk di Astaka terpaksa melaungkan kepada Tok Guru Nik Aziz (MB Kelantan) supaya mengarahkan sendiri penyokong yang membawa bendera parti menurunkannya .
Sepatutnya kita sama-sama penyokong Kelantan tidak membawa sama perbezaan ideologi politik kerana ia boleh membawa kepada berlaku perkara yang tidak di ingini.
Sebelum cucu berhenti berceloteh tidak lupa juga cucu nak maklumkan perlawanan antara Kelantan dan Perlis semalam juga turut dihadiri pertama kali sepanjang Kempen Piala Malysia berjalan oleh Menteri BesarYAB Datuk Nik Aiz Nik Mat.
Kedatangan beliau disambut oleh Presiden KAFA Tan Sri Anuar Musa.Walupun wujud perbezaan ideologi pollitik tetapi mereka mampu duduk bersama demi kepentingan kemajuan Bola Sepak Kelantan.
Jadi cucu pun harap penyokong Bola Sepak Kelantan juga mampu menjadi Kelab Penyokong Bola Sepak yang profesional dan terbaik di seluruh dunia kerana ia mampu membawa imej rakyat Kelantan di mata dunia.Majulah Sukan Untuk Negara.
bagus ulasan saudara. dapat memberi gambaran yg jelas kpd sy. harap teruskan ulasan saudara berkenaan sukan di kelantan dan dunia am nya. bravo bro!
ReplyDeletebereh boh..ambo akan usaha stakat dey..komen bro buat cucu teruja.
ReplyDelete