Sunday, November 1, 2009

Singa Utara Lena Di Ulit Kijang




Bila Murai Mula Berkicau.......
Penantian 39 tahun rakyat Kelantan untuk melihat The Red Warrior's beraksi di peringkat final TM Piala Malaysia akhirnya makbul setelah mengalahkan Perlis 3-1 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Utama Kangar semalam. The Red Warrior layak ke aksi final dengan agregat 5-1 setelah menang dengan jaringan 2-0 pada peringkat separuh akhir pertama di Kota Bharu.Kesemua jaringan Kelantan semalam diperolehi melalui penyerang pasukan Kelantan iaitu Norfarhan Mohamad.(gambar).

Tahniah dan syabas cucu ucapkan kepada jurulatih Kelantan B.Sathianathan dan Pahlawan Merah nya.Tidak lupa juga kepada Presiden Kafa,Tan Sri Anuar Musa dan barisan kabinetnya yang telah berjaya memacu pasukan Kelantan berada di puncak Bukit Jalil pada 7 November 09 ini.

Sesungguhnya rakyat Kelantan dan juga peminat The Red Warrior patut berterima kasih kepada Presiden Kafa, Tan Sri Anuar Musa dan barisan kabinetnya kerana telah mampu membawa anjakan paradigma ke dalam pengurusan bolasepak Kelantan dan seterusnya membuktikan Kelantan juga mampu bersaing dengan gergasi bola sepak di Malaysia sekiranya pengurusan dan kebajikan pemain dan juga staff diutamakan.

Selama 2 musim Tan Sri Anuar Musa memacu Kafa,perubahan yang berlaku kepada prestasi bola sepak Kelantan amat memberangsangkan dan seolah-olah seperti "gergasi yang dikejutkan dari lena" kerana berlaku peningkatan yang mendadak.

Jika sebelum ini pasukan bola sepak Kelantan seperti tidak wujud dalam kancah bola sepak tanahair,ibarat seperti "hidup segan mati tak mahu".Penonton yang hadir boleh dibilang dengan jari jika hendak dibandingkan dengan zaman pentadbiran Tan Sri Anuar Musa ibarat langit dengan bumi.
Ini membuktikan pengurusan dan suntikan kewangan yang baik mampu membawa Kelantan ke tahap yang lebih gemilang.Walaupun Tan Sri Anuar Musa tidak mampu mengemudi BN untuk merampas Kelantan dari Kerajaan Pas tetapi beliau mampu menjana idea dan keringat untuk memajukan suka bola sepak Kelantan tanpa di bantu oleh Kerajaan Negeri.

Cuba saudara dan saudari bayangkan, alangkah indah dan bersemaraknya sukan di Negeri Kelantan baik sukan bola sepak mahupun sukan apa sekali jika Kerajaan BN yang memerintah Kelantan kerana Kerajaan yang sedia ada ini tidak sehaluan dengan Kerajaan Pusat.

Andai kata BN mampu memenangi Pilihanraya Umum yang Ke 12 yang lepas dan memrintah Kelantan ketika ini sudah tenntu manifesto Pilihanraya BN Kelantan akan dilaksanakan.Salah satu manifesto PRU yang ke 12 adalah Membina Stadium Baru untuk rakyat Kelantan.

Apa yang cucu perhatikan memang stadium Kelantan sekarang ini sudah tidak relevan lagi dengan kemajuan dan pembangunan sukan sekarang ini.Apatah lagi sekarang mutu bola sepak Kelantan di berada di puncak.

Sesungguhnya rakyat Kelantan berada dalam kerugian kerana telah menolak Kerajaan BN yang secara tidak langsung menolak pembangunan sukan di negeri ini.

Akhir kata dari cucu,sekali lagi cucu nak ucapkan tahniah kepada the Red Warrior kerana mampu mara ke final TM Piala Malaysia di Bukit Jalil pada sabtu ini.Tidak lupa juga kepada penyokong pasukan Kelantan yang setia menyokong dan mampu membawa "Gelombang Merah" sepanajang musim ini.

Majulah Sukan Untuk Oghe Mudo Kelate..

No comments:

Post a Comment