Wednesday, April 21, 2010

Kelantan benam skuad warga kota 3-0

Cekati Tembaga menulis..

-->
Setelah menumpaskan Juara Pila FA N.Sembilan minggu lalu, Kelantan mengekalkan rentak kemenangan dalam Liga Super apabila menumpaskan Kuala Lumpur 3-0 di Stadium Sultan Mohamad ke-iv Kota Bharu malam tadi dan membolehkan Kelantan mengutip tiga mata penuh dan memperbaiki kedudukan ke tangga ketiga Liga Super.

Dalam perlawanan ini Kelantan yang berjersi serba putih menggunakan kesempatan bermain di laman sendiri dengan mempamerkan permainan mantap dengan dua gol dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha pada babak pertama dan satu lagi menerusi Mohd Badhri Radzi di babak kedua.

Di depan lebih 10,000 penyokong setia, skuad The Red Warriors ini memperaga aksi penuh menghiburkan terutama dalam tempoh 60 minit pertama dan seharusnya lebih banyak gol boleh disaksikan jika penyudah lebih tepat mampu dijelmakan para penggempur Red Warriors.

Begitu pun seperti kata Tan Sri Annuar Musa Presiden KAFA, beliau begitu berpuashati dengan aksi dipamerkan barisan pemain Kelantan.

Perlawanan berkenaan turut disiarkan secara langsung menerusi Astro di saluran Arena. Saksikan beberapa babak menarik perlawanan.


Kelantan memulakan perlawanan menyerang dari kanan ke kiri, tidak sebagaimana biasa ketika bermain di stadium ini Kelantan akan bermula dari sebelah kiri

Petugas keselamatan berkawal memastikan perlawanan berjalan lancar

Norshahrul Idlan Talaha menjadi penggempur penting Kelantan

Kerajinan S.Chanturu mengejar bola menarik perhatian penyokong tetapi melepaskan banyak peluang keemasan

Norshahrul Idlan Talaha menerima umpanan....

....dan rembatan kencang menggegar jaring Kuala Lumpur

Sebahagian daripada 10,000 penyokong setia Kelantan

Beberapa minit kemudian Shahrul Idlan buktikan dia penyerang terhebat dalam Liga Super dengan jaringan kedua untuk The Red Worriors

Piya menamatkan saki baki semangat pemain KL dengan jaringan ketiga Kelantan dalam babak kedua perlawanan

No comments:

Post a Comment