Monday, May 28, 2012

DRAMA PECAH TANAH HIGHWAY NIK AZIZ-HUSAM #BNGomo

Hari ini selesai sudah Majlis Pecah Tanah Hiway Baru Kelantan. Derma di kutip untuk menyiapkan hiway 73km. Ucapan aluan oleh Husam Musa dan perasmian oleh Nik Aziz di nati2kan oleh rakyat Kelantan untuk mendengar pembangunan yang akan berlaku di Kelantan setelah 22 tahun PAS memerintah

Ucapan oleh Husam Musa amat teratur, terusun rapi ceritanya, cuma Nik Aziz je celaru, tiada text ucapan dan sering tersasul.

Ucapan berkisar soal KEBAJIKAN, rakyat di seru menderma untuk bekalan kebajikan di akhirat besok. Cerita Iskandar Zulkarnain membuat tembok menghalang Yakjuz Makjuj dengan bantuan 'DERMA' dari penduduk di situ di buat misal seperti Kerajaan Kelantan yg juga memohon DERMA rakyat utk buat Hiway.

Sungguh tidak logik cerita yg di kaitkan seolah-olah mengenepikan tugas dan amanah yang di pikul oleh pemimpin. Pemimpin/EXCO/YB ADUN/Mneteri Besar seolah-olah di lihat tidak perlu menyelesaikan amanah terhadap jawatan yg di pikul utk menyediakan sebuah Negeri yang bahagia (Baldatun Toyyibatun)

Nik Aziz juga ada menceritakan kisah penyatupaduan golongan Muhajirin dan Ansar, tetapi beliau lupa bahawa UMNO dan PAS juga perlu bersatu tetapi tidak berlaku! Salah siapa? Apakah cerita dan dalil2 Agama hanya di gunakan untuk kepentingan Parti Politik sahaja?

Jika Hiway ini boleh di siap dgn kutipan derma, saya juga mencadangkan supaya di buat kutipan derma untuk menyiapkan Stadium Bukit Merbau, menyelenggara sistem saliran air bersih, membaiki jalan-jalan kampung yang rosak, dan juga membantu rakyat yg memerlukan.

Apapun keputusan di tangan rakyat, zahirkan ada PRU13 nanti mana satu pilihan anda. Buat kajian sendiri, perbandingan yang tulus suci jangan emosi, wasalam










TQ bngomo.blogspot.com


UMNO SELAMANYA!!!


No comments:

Post a Comment