1. Kata Hang Tuah “Tak akan Melayu hilang di dunia.” Dapatkah kata-kata keramat ini menentu yang Melayu tak akan hilang di dunia?
2. Di Singapura kerana tidak ada lagi sekolah Melayu dan bahasa penghantar di sekolah-sekolah di Republik itu ialah Inggeris dan China; segala urusan rasmi dan tidak rasmi menggunakan Bahasa Ingggeris atau China, maka orang Melayu sudah pun tidak menggunakan Bahasa Melayu. Mereka menggunakan Bahasa Inggeris walaupun semasa bercakap dengan anak pinak, keluarga dan kawan-kawan Melayu.
3. Budaya, adat istiadat Melayu juga terhakis. Yang tinggal hanyalah agama Islam mereka.
4. KeMelayuan mereka sudah tinggal separuh. Kita boleh ramal yang hakisan keMelayuan mereka akan berterusan sehingga akan hilanglah Melayu di Singapura.
5. Di sebelah utara pula kita dapati orang keturunan Melayu yang tidak dapat bertutur kata dalam Bahasa Melayu. Mereka Islam dan bangsa rasmi mereka ialah Thai. Maka hilanglah juga Melayu disitu.
6. Tetapi di Malaysia juga kehilangan Melayu sedang berlaku. Ada anak muda Melayu yang tidak lagi ingin dikenali sebagai orang Melayu. Mereka orang Malaysia. Ada pula yang hanya akui mereka orang Islam dan tidak perlu dikaitkan diri mereka dengan kaum Melayu.
7. Tetapi yang akan menghilangkan Melayu di dunia ialah dakwaan bahawa sesiapa yang bercakap berkenaan dengan bangsa Melayu, mereka akan dituduh “racist”. Oleh itu orang Melayu sudah tidak lagi berani menyebut perkataan Melayu kerana tidak mahu dituduh “racist”.
8. Kasihan Hang Tuah. Besar kemungkinan kata-katanya tidak lagi akan menjadi kenyataan. Demikianlah apabila kita bergantung kepada kata-kata hikmat untuk nasib kita, akhirnya akan hilang hikmatnya.
Saya ada postkan komen saya dalam blog Insanberdakwah.blogspot dan saya sampaikan mesej yg sama dlm Bicara Kelantan utk renungan semua.
ReplyDeleteDengan nama Allah SEDARLAH org-org Melayu bahawasanya ada permainan yg sangat HALUS sedang dijlnkan untuk memecah-belahkan kita. Apabila barisan kita longgar maka mudahlah 'mereka' menyiat-nyiatkan semangat, memijak-mijak maruah dan agama kita.
Mesti kita ingat 'mereka' akan menggunakan bangsa kita yg bersengkongkol dgn mereka sbg alat, kuli utk merealisasikan hasrat mereka utk menjatuhkan Melayu. Sedang 'mereka' melihat dari atas. Baling batu sorok tangan. Biar saja Melayu yg buatkan utk mereka. Apabila kita jatuh, 'mereka' berkuasa. Kemudian apabila 'mereka' berkuasa 'mereka' akan menolak tepi org melayu yg bersekongkol dlm kumpulan mereka secara sgt HALUS. Tanpa disedari akhirnya Melayu sekongkol mereka HILANG kuasa. Yg ada cuma nama dan jawatan tetapi tanggungjawab, keputusan dan KUASA semuanya berada dlm genggaman 'mereka'. Apakah cukup dgn itu??? TIDAK!! 'Mereka' kemudian akan BERSATU dgn sesama kaum 'mereka' yg selama ini menjadi 'pembangkang mereka'. Faham apa yg saya maksudkan?? Ingatlah 'mereka' ini tidak mempunyai semangat patriotik atau setiakawan, ikhlas spt kita. Bagi mereka KUASA dan WANG adalah segalanya. Dgn kuasa mereka akan meneruskan agenda bangsa mereka dan dgn wang mereka akan menikmati kehidupan dgn mudah dan selesa.
Setelah itu untuk menjadi lebih MANTAP dan KUAT lagi 'mereka' akan bersatu pula dgn Singapura. Maka sempurnalah perjuangan mereka dan sempurna pulalah kebodohan dan kelalaian kita. Pernahkah datuk nenek moyang kita terfikir Singapura akan jatuh ke tangan org lain??? Jadi perkara ini pun TIDAK mustahil utk berlaku wahai saudaraku....
Pada masa itu apa akan jadi pada Melayu...kita pasti akan layu dan mati kerana gara-gara tergamak menggadai perpaduan kita, maruah kita, jatuh menjatuhkan sesama sendiri, kita pecahkan undi majoriti Melayu kita...yg akhirnya membunuh agama, diri dan keturunan kita. Di sini siapa yg kemudiannya meraih untung??? Kemudian Melayu akan dipinggirkan, diketepikan, tidak diberi jawatan dan kuasa yg tinggi lagi, tidak digeruni dan dihormati lagi, tidak diendahkan dan dipandang lagi. KIta akan menjadi hamba org di tanah sendiri SELAMANYA. Kenapa saya kata SELAMANYA?? Kerana bila kuasa BERALIH dan BERADA DLM GENGGAMAN mereka....jangan harap ianya akan kembali kpd kita lagi.
Ingatlah AMAT PENTING utk kita bersatu menyokong pada SATU PIMPINAN yg mana dgn secara tidak langsung akan mengekang pihak yg berada dlm kumpulan kita....yg pasti akan bersatu dgn 'mereka' jika sekiranya 'mereka' berkuasa. Memang setiap kepimpinan dan kerajaan ada kelemahan....tetapi jika kelemahan dan kesilapan itu tidak sampai menggadai atau terjual maruah bangsa, agama dan negara kita maka maknanya kelemahan dan kesilapan itu masih boleh diperbetulkan...kerana tadak ada satu pun kepimpinan di dunia ini yg SEMPURNA melainkan kepimpinan Rasullullah SAW. Jadi yg mesti kita takutkan ialah kepimpinan yg menggadai maruah bangsa, agama dan negara kita kepada 'mereka' dan yahudi.
Maaf kerana terpaksa berkias sebab isu ini agak sensitif. Renung-renungkanlah....semasa kita masih ada kuasa, dihormati dan dipandang org....jangan sampai terlambat baru menyesal. Kalau sudah nasi menjadi bubur, tiada gunanya lagi....Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati kita dan keturunan kita....InsyaAllah. Maaf atas kekurangan saya....terima kasih dan wassalam.