Monday, December 21, 2009

Lawatan JASA Kelantan ke Pondok Moden Jeli

Cekati Tembaga menulis..

Pada hari Sabtu (19/12/2009) Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kelantan mengadakan lawatan muhibbah sehari ke Pusat Dakwah Parlimen Jeli yang juga dikenali sebagai Pondok Moden Jeli.

Rombongan JASA Kelantan ini diketuai oleh pengarahnya, Hj. Hishamuddin Abd Rashid dan disertai oleh Pegawai-Pegawai JASA seluruh negeri Kelantan.

Dalam sesi taklimat yang disampaikan oleh Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Jeli, Roslan Mohamed, pegawai-pegawai JASA diberikan penerangan tentang program-program dakwah dan kerohanian yang dilaksanakan di pondok moden Jeli.

Hadir bersama pada program ini adalah Setiausaha UMNO Bahagian Jeli, En. Zahari Che Mahmood.

Sementara itu ketika berucap di hadapan 120 peserta pada majlis perasmian Kem Kerohanian Peringkat Parlimen Jeli, Pengarah JASA Kelantan menyatakan bahawa rakyat Jeli sememangnya bertuah kerana mempunyai seorang pemimpim yang cakna kepada rakyat.

Menurutnya, generasi baru Jeli terutama pelajar-pelajar amat bertuah. Program-program yang dilaksanakan mengisi jiwa seterusnya membentuk dan memantapkan lagi anak-anak Jeli.

Menurut beliau juga, program-program yang dijalankan JASA Kelantan di parlimen ini sentiasa mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk UMNO Bahagian Jeli.


Pusat Dakwah Jeli, antara bukti komitmen Dato' Pa dalam meningkatkan syiar Islam di Jeli

Pondok Moden Jeli dilengkapi dengan surau yang luas


Kedudukan surau bersebelahan dengan asrama perempuan

Sebahagian perserta lelaki yang baru sampai

Kemudahan dewan makan

Bangunan asrama yang selesa

Padang permainan untuk beriadah

Pengarah JASA Kelantan bersama pegawai-pegawai JASA diberi taklimat oleh Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Jeli

Kelas Tahnim mendapat sambutan hangat

Tekun mengikuti bacaan penceramah jemputan

Sebahagian daripada peserta kelas Tahnim Al-Quran

Hj Hishamuddin Ab Rashid, Pengarah JASA Kelantan berucap kepada peserta Kem Kerohanian Jeli
Sebahagian peserta yang mengikuti kem kerohanian Dato' Pa menyampaikan Kuliah Maghrib Cakna Dato' Pa sebagai pemimpin berjiwa rakyat terserlah

No comments:

Post a Comment