Pada hari Sabtu (19/12/2009) Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kelantan mengadakan lawatan muhibbah sehari ke Pusat Dakwah Parlimen Jeli yang juga dikenali sebagai Pondok Moden Jeli.
Rombongan JASA Kelantan ini diketuai oleh pengarahnya, Hj. Hishamuddin Abd Rashid dan disertai oleh Pegawai-Pegawai JASA seluruh negeri Kelantan.
Dalam sesi taklimat yang disampaikan oleh Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Jeli, Roslan Mohamed, pegawai-pegawai JASA diberikan penerangan tentang program-program dakwah dan kerohanian yang dilaksanakan di pondok moden Jeli.Hadir bersama pada program ini adalah Setiausaha UMNO Bahagian Jeli, En. Zahari Che Mahmood.
Sementara itu ketika berucap di hadapan 120 peserta pada majlis perasmian Kem Kerohanian Peringkat Parlimen Jeli, Pengarah JASA Kelantan menyatakan bahawa rakyat Jeli sememangnya bertuah kerana mempunyai seorang pemimpim yang cakna kepada rakyat.
Menurutnya, generasi baru Jeli terutama pelajar-pelajar amat bertuah. Program-program yang dilaksanakan mengisi jiwa seterusnya membentuk dan memantapkan lagi anak-anak Jeli.
Menurut beliau juga, program-program yang dijalankan JASA Kelantan di parlimen ini sentiasa mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk UMNO Bahagian Jeli.
Pondok Moden Jeli dilengkapi dengan surau yang luas
Kedudukan surau bersebelahan dengan asrama perempuan
Sebahagian perserta lelaki yang baru sampai
Kemudahan dewan makan
Bangunan asrama yang selesa
Padang permainan untuk beriadah
Pengarah JASA Kelantan bersama pegawai-pegawai JASA diberi taklimat oleh Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Jeli
Kelas Tahnim mendapat sambutan hangat
Tekun mengikuti bacaan penceramah jemputan
Sebahagian daripada peserta kelas Tahnim Al-Quran
No comments:
Post a Comment