Sunday, August 30, 2009
Friday, August 28, 2009
Pas tolak permohonan seorang sahabat dapatkan "tiket ke syurga"
.
Thursday, August 27, 2009
keutamaan bulan Ramadhan.
Keutamaan dan keistimewaan puasa Ramadhan bukan sahaja terletak pada kewajipan puasanya sahaja, tetapi juga pada amalan-amalan lain yang dilakukan di dalamnya. Maka perbanyakkanlah amalan di bulan ini semoga kita memperolehi kelebihan yang disediakan oleh Allah kepada hamba-hambaNya. Antara amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah (SAW) ialah :-
1. Dari Abu Hurairah RA. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Sembahyang lima waktu, sembahyang Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan yang lain adalah penghapus dosa antaranya apabila tidak dilakukan dosa-dosa besar.
2. Dari Abu Hurairah R.A. katanya Rasulullah SAW. bersabda yang beramksud " Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka ia diampun dosanya yang terdahulu "..
3. Dari Anas bin Malik meriwayatkan daripada Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud " Bahawasanya bulan Ramadhan ini telah mendatangi kamu, padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka barangsiapa yang tidak mendapat pahala padanya maka sesungguhnya ia tidak mendapat semua kebajikan , dan tidak mendapat kebajikan Ramadhan melainkan tiap-tiap orang yang tidak mendapat pahalanya "
4. Dari Abu Hurairah RA. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud " Apabila datang malam pertama bulan Ramadhan , maka segala syaitan dan jin yang jahat dirantaikan dan ditutup pintu-pintu neraka sedangkan pintu syurga dibukakan. Seorang penyeru berseru "Wahai orang-orang yang mencari kebaikan , terimalah !..Dan wahai orang yang mencari kejahatan, berhentilah !.." Dan Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan dari neraka , yang demikian itu berlaku pada tiap-tiap malam Ramadhan"..
Bersambung........
Wednesday, August 26, 2009
pembahagian puasa
Para ulama' membahagikan puasa kepada empat bahagian:
- Puasa wajib
- Puasa sunat
- Puasa haram (Haram berpuasa)
- Puasa makruh (Makruh berrpuasa).
- Puasa Ramadhan
- Puasa Qadha'
- Puasa Nazar
- Puasa kifarah.
Puasa Sunat:
1. Puasa enam hari Bulan Syawal.
2. Puasa Bulan Muharram.
3. Puasa Hari Asyura.
4. Puasa Hari Tasu'a.
5. Puasa Hari 'Arafah.
6. Puasa Hari-Hari Putih.
7. Puasa Sehari dan berbuka sehari.
Puasa Haram (Haram berpuasa):
1. Puasa Hari Syak.
2. Puasa Sunat yang dilakukan oleh wanita tanpa izin suami.
3. Puasa pada Hari raya Puasa.
4. Puasa pada Hari raya Haji.
5. Puasa pada Hari-Hari Tasyriq.
6. Puasa Orang yang Khuatir akan kebinasaan dirinya.
Puasa Makruh (Makruh berpuasa) :
1. Puasa sepanjang masa.
2. Puasa Hari Jumaat sahaja tanpa didahului berpuasa pada hari Khamis atau tanpa diikuti
berpuasa pada hari Sabtu.
Bersambung.......
Tuesday, August 25, 2009
Monday, August 24, 2009
Sunday, August 23, 2009
PELIK TAPI BENAR
*BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).
*Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.
*Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.
*Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).
*Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.
*Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.
*Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.
*Bila orang luar hina nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).
*Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.
*Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.
*Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.
*Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.
*Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.
*Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.
*Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)
*Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.
*Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.
*Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).
*Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.
*Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya.
Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.
*Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.
*Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.
Thursday, August 20, 2009
puasa ramadhan
sesungguhnya aku bersyukur..
Sehari dua lagi umat islam akan menjalankan ibadat puasa Ramadhan. Diharapkan kedatangan ramadhan pada tahun ini akan membawa banyak kelebihan kepada orang yang berpuasa dengan penuh ikhlas kepada Allah SWT..Sebelum itu marilah sama-sama kita mempelajari dan memahami tentang puasa Ramadhan dengan selengkapnya.
Pengertian puasa: Puasa bererti menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan bermula dari fajar sodiq hingga tenggelam matahari dan berniat di waktu malam.
Rukun puasa:
1. Niat:
i. Wajib niat tiap-tiap hari (waktu malam)
ii. Hendaklah berniat pada waktu malam.
iii. Tiada batal niat kerana jima'/makan minum dan sebagainya (waktu malam)
iv. Sah niat orang haid yang sudah putus darahnya walaupun belum lagi mandi haid.
v. Dita'yinkan niat puasa samada puasa ramadhan/nazar/kafarah.
vi. Meniatkan ghadin (Esok) adalah wajib.
2. Menahan diri daripada sebarang yang membatalkan puasa.
Setengah yang membatalkan puasa:
i. Jima' : memasukkan khasyafah ke dalam faraj atau dubur manusia atau lainnya,
walaupun tida keluar mani sekalipun.
ii. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
iii. Keluar mani dengan bergurau senda dengan perempuan.
iv. Sengaja muntah.
v. Memasukkan sesuatu benda ke dalam yang dinamakan rongga dengan syarat jika
sampai ia kepada rongga itu daripada lubang yang terbuka
vi. Riddah.
vii. Menelan air liur bercampur darah gusi.
viii. Hilang akal (gila)
ix. Pitam sepanjang hari
Bersambung..............
ulama celupar musuh kebenaran
sesungguhnya aku bersyukur..
Sejak akhir-akhir ini banyak sangat petua songsang dikeluarkan oleh orang-oarng tertentu, antaranya ialah anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana mengamal islam palsu......tuduhan begini tidak sepatutnya dilemparkan kepada sesama islam, apatah lagi soal masuk syurga neraka ini hak Allah, bukan boleh ditentukan oleh manusia.....
Dlam surah Annisa' ayat 124 bermaksud " Barangsiapa melakukan kebaikan samada lelaki mahupun perempuan dan ianya orang beriman, maka mereka akan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak akan dizalimi sedikit pun"..Berdasarkan ayat ini jelas dan nyata bahawa yang masuk syurga ialah orang yang beriman dan beramal soleh, tidak pun dinyatakan syarat menganggotai mana-mana badan politik yang berlebelkan islam. Dengan ini jelas petua tersebut bertentangan dengan ol quran dan hadis nabi (SAW).
Dalam sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud " Janganlah seorang lelaki menuduh seorang lelaki lain dengan tuduhan fasik, dan juga jangan menuduh dengan tuduhan kafir, jika sekiranya tuduhannya itu tidak benar maka gelaran fasik dan kafir itu akan kembali kepadanya"...oleh yang demikian, janganlah kerana mahu meraih sokongan , kita sanggup melemparkan tuduhan yang bukan-bukan kepada orang lain, apatah lagi orang yang kita tuduh itu lebih baik daripada orang yang menuduh.
Jadilah ulama yang baik, dan jangan jadi ulama' yang menghuruharakan pegangan masyarakat islam.
Monday, August 17, 2009
RIBUT TIADA... POHON TUMBANG???
Pemilik kereta yang menjadi mangsa pasrah dengan kejadian tersebut. Nak tuntut dengan pihak mana kerosakan kereta mereka...? Insurans mungkin lepas tangan kerana kejadian itu disebabkan bencana alam dan ianya tidak termasuk dalam polisi insurans yang dibuat oleh pemilik kereta tersebut. Adakah pihak MPKB-BRI akan memberi pampasan atau lepas tangan?Apapun mangsa perlu membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan atau barangkali menyaman pihak berwajib kerana kecuaian mengurus hakmilik mereka.
Segala kejadian adalah hak Allah S.W.T. tetapi kita sebagai hamba-Nya perlulah teliti dalam menjalankan tugas. Apapun pihak MPKB-BRI perlu peka dengan kejadian tersebut supaya tidak menyusahkan rakyat... Kena buat siasatan dan juga pantauan ke atas semua hakmilik MPKB-BRI supaya tidak timbul masalah kepada rakyat.
Saturday, August 15, 2009
Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Mas meriah
UMNO Bahagian Pasir Mas telah selesai mengadakan Mesyuarat Perwakilannya pada hari Jumaat 14-08-2009 bertempat di Dewan Besar SMK Sultan Ibrahim 1 Pasir Mas.
Mesyuarat Perwakilan ini dirasmikan oleh YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien, Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Dalam Negeri. Kehadiran perwakilan dan penyokong UMNO mencecah 1,000 orang, cukup memberansangkan menandakan angin perubahan semakin bertiup kencang di bumi Pasir Mas.
Hishamuddin tiba tepat jam 3.00 petang disambut oleh Dato' Hj Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian dan Dato' Hj Abd Rahim Abd Rahman, Mantan Ketua UMNO Bahagian serta seluruh jawatankuasa 4 peringkat, diiringi oleh paluan rebana ubi yang menghangatkan lagi suasana.
Ketibaan Naib Presiden UMNO itu turut disambut dengan gema laungan "Anwar Pengkhianat" oleh Pemuda UMNO.
Dalam ucapannya Hishamuddin meluahkan rasa bangganya dengan semangat yang ditunjukkan oleh UMNO Bahagian Pasir Mas dalam mengembalikan semula keyakinan rakyat di negeri ini kepada UMNO.
Menurut Hishamuddin juga, kejayaan di Manek Urai baru-baru ini menunjukkan betapa sokongan rakyat sudah kembali kepada UMNO dan apa yang perlu adalah memastikan momentum ini dapat diterus dan dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa.
Berikut dibawakan suasana pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Mas.
.
Thursday, August 13, 2009
Hina Raja Melayu tidak layak jadi rakyat Malaysia
Aku cukup tertarik dengan kenyataan S.S Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar golongan yang menghina Raja Melayu dilucutkan kerakyatan mereka. Beliau turut mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi Raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman.
Tegasnya beliau lagi, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum.
Beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara ini.
Apabila menjadi warganegara Malaysia, tidak kira kaum apa sekalipun, wajib taat kepada Raja kerana Institusi Beraja adalah sebahagian daripada negara.
Sejarah telah menyimpan ikatan persetujuan kaum pendatang Cina dan India diterima sebagai warganegara dengan memberikan mereka hak kerakyatan. Ianya adalah pengorbanan terbesar orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini.
Sebagai balasannya orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai Bumiputera, Raja-Raja Melayu menjadi raja kepada seluruh rakyat dan menaungi semua kaum. Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara dan Agama Islam menjadi agama rasmi. Dan ikatan ini menjadi persefahaman yang diterima semua kaum.
Tapi hari ini ikatan ini kian longgar. ada orang bukan Melayu tidak lagi iktiraf melayu sebagai penduduk asal negara ini. Malah seperti Anwar Ibrahim sendiri menjadi kepala dalam usaha mensamaratakan hak semua kaum di negara ini. Tidak akan ada lagi keistimewaan sebagai Bumiputera, Islam tidak lagi diletakkan sebagai agama rasmi negara kerana semua agama disamaratakan.
Melayu hanya ada Tanah Melayu, kerana kita penduduk asal tanahair ini. Golongan pendatang masih ada negara asal nenek moyang mereka. Orang Cina masih ada negara China, orang India ada negara India. Tapi bagi orang melayu, inilah saja bumi yang ada dan Melayu akan pertahankan tanahairnya ini sampai kiamat.
Orang yang tidak berminat lagi menjadi warganegara Tanah Melayu ini, lekaslah kemas kain baju pulanglah ke negara nenek moyang mereka atau mana-mana negara yang kamu suka. Tanah Melayu tak perlukan mereka yang tidak setia.
PAS tak bantah DAP hina Islam
sesungguhnya aku bersyukur..
Bila DAP hina islam,PAS kata tak apa kerana DAP bukan islam..tak faham islam..maka PAS tak perlu bantah....PAS nak biarkan orang bukan islam hina islam ke ?...kalau macam tu lah sikap yang diambil oleh PAS...agama islam akan terus dihina oleh bukan islam. PAS kena ingat bahawa islam mesti dipertahankan kesuciannya , biar sesuai dengan sabda nabi (s.a.w) " berkata benarlah kamu walaupun ianya pahit". PAS kena tegur kawan rapatnya DAP jangan sampai DAP semakin berani menghina islam....tu lah tugas pendakwah,membetulkan kesilapan yang dilakukan oelh mana-mana pehak, walaupun kawan sendiri.
Ingatlah kita semua , jangan meletakkan parti lebih penting daripada agama.
Tuesday, August 11, 2009
Siapa punya agenda ni..
Sempena kunjungan Dato' Sri Najib ke Batu Caves baru-baru ini, ada pihak telah mendirikan poster gergasi Perdana Menteri menyerupai sebuah patung di situ sempena festival Satu Malaysia di situ selama tiga hari sehingga Ahad.
Ini pastinya mempunyai agenda tersendiri kerana sebelum ini replika Anwar Ibrahim yang didirikan di kawasan berdekatan mendapat bantahan keras umat Islam.
Malah sebelum ini bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin menyifatkan replika seperti itu sebagai suatu bentuk perhambaan dan perlu dihapuskan segera.
Oleh itu, apabila Dato' Najib melawat kawasan Batu Caves, mereka yang punya agenda mendirikan replika ini bagi menunjukkan masyarakat mendewa-dewakan pemimpin. Inilah agenda jahat hasil pendekatan komunis yang mahu merosakkan imej Perdana Menteri kita.
Kepada sesiapa yang bertanggungjawab, sila turunkan replika ini segera..
.
Monday, August 10, 2009
ARAK di Selangor - menanti kenyataan rasmi Pas
Muktamad! ARAK memang tidak ada apa-apa halangan untuk dijual di mana-mana kawasan di Selangor termasuklah di depan rumah kawan-kawan kita di negeri itu. Kalau kedai serbaneka di sebelah Masjid pun jual ARAK kita tak boleh pertikai sebab Menteri Besar Selangor kata tidak ada halangan untuk jual ARAK di kawasan majoriti Islam. Terpulanglah pada kedai tu nak jual ke tidak..
Tuntutan Pas Selangor agar larangan itu dikuatkuasakan tidak dilayan Khalid. Malah Khalid arahkan semua Exconya tutup mulut dalam isu ini. Katanya isu ARAK tidak berbangkit lagi.
Aku simpati juga kepada Dr Hassan Ali dan pimpinan Pas Selangor. Mereka sendirian dalam hal ini. Tidak ada backup dari Pas Pusat.
Mana ketegasan Mursyidul Am?
Mana pengaruh Presiden Pas?
Mana Timbalan Presiden?
Nak harap suara Anwar Ibrahim kritik DAP tak payah mimpilah.. nak dengar juga apa komen Zaid Ibrahim yang kononnya akan diangkat jadi ayam sabung baru PKR.
Dalam hal ARAK ini hanya Ketua Pemuda Pas Pusat yang bangkit bersuara, bertegas agar larangan ini dikuatkuasakan juga di Selangor. Pemuda Pas Pusat memberikan tempoh sebulan kepada kerajaan Selangor untuk menguatkuasakan larangan itu.
Khalid memberi alasan tidak mempunyai kuasa dalam hal ini. Bukankah Hassan Ali bertindak berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang digubal oleh kerajaan Barisan Nasional Selangor dan dikuatkuasakan oleh kerajaan BN Selangor pada 22 November 1996. (Rujuk Hambali Latif)
Masa BN perintah dulu pun sudah dikuatkuasakan enakmen ini tetapi mengapa zaman Khalid Ibrahim boleh dia kata tiada kuasa.
Apa yang tak ada kuasanya. Atau apakah Khalid bermaksud tidak ada kuasa itu kerana kuasa beliau sebagai Menteri Besar dipegang oleh orang lain? Atau apakah beliau perlu mendapat restu dan kelulusan DAP 'dua beranak' terlebih dahulu?
Beza semasa BN memerintah, Melayu dan ISLAM menjadi ketua tetapi pada zaman pembangkang memerintah orang bukan Melayu dan bukan ISLAM yang naik jadi kepala, patutlah Melayu dan ISLAM dalam pakatan pembangkang kena ikut kepala mereka.
Begitulah nasib ISLAM di negeri termaju negara.
.
Ulama Nyanyok..
Sesungguhnya aku bersyukur..
Rasulullah S.AW. bersabda yang bermaksud " berjaga-jagalah kamu daripada tiga golongan manusia iaitu golongan ulama' yang lalai,tok fakir sombong dan ahli tasawwup yang jahil. Ketiga-tiga golongan tersebut boleh membawa kerosakan kepada masyarakat. Ulama' lalai (Nyanyok) boleh menghuru-harakan pegangan masyarakat, kerana selalunya ulama nyanyok ini sentiasa berubah-ubah dalam penetapan hukum, adakala ia mengeluarkan fatwa boleh melakukan sesuatu perkara, tetapi pada masa yang lain pula dalam perkara yang sama dia mengatakan tidak boleh.
Barangkali penetapan hukum oleh ulama nyanyok ini berdasarkan kepada kepentingan dirinya sendiri atau kepentingan kumpulannya.. Kalau untung kepada dirinya atau kumpulannya dia akan kata boleh , tapi kalau nampakmerugikan dirinya atau kumpulannya dia akan ubah dengan mengatakan tidak boleh..
Elakkan diri terpengaruh dengan golongan seperti ini... Jangan merendahkan taraf ulama' dengan fatwa yang berubah-ubah dan mengelirukan masyarakat..
Saturday, August 8, 2009
Arak di Selangor - Nik Aziz tidak mahu campur..
Seperti yang dijangka, sebagaimana dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini, Nik Aziz enggan masuk campur apabila diminta mengulas kontroversi penjualan ARAK berleluasa tanpa sekatan di Selangor.
Menurut Nik Aziz apa yang dibuatnya di Kelantan adalah menghadkan penjualan ARAK dan hanya boleh dijual di kedai-kedai tertentu sahaja. Nasib baik Nik Aziz mengaku di Kelantan pun ada ARAK, kalau tidak esok juga aku pergi ambil gambar kedai-kedai menjual ARAK di Kota Bharu.
Aku bukan mahu mengulas soal kedai-kedai yang menjual ARAK di Kelantan. Lebih elok kita fokus kepada isu di Selangor ini.
Persoalannya di sini adalah Nik Aziz sebagai orang paling dihormati oleh orang Pas hari ini, tidak sewajarnya dilihat sebagai lepas tangan.
Betul dalam hal-hal biasa yang tidak melibatkan kepentingan agama Islam, sebagai Menteri Besar Kelantan beliau tidak wajar mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh seorang Menteri Besar di negeri lain.
Tetapi soal ini adalah soal maruah umat Islam. Wajarkah sebagai tokoh yang disegani (sekurang-kurangnya di kalangan penyokong Pas), mengeluarkan kenyataan tidak mahu campur tangan walaupun ini adalah soal kepentingan agama?
Bukankah soal ARAK inilah yang menjadi antara senjata Pas menyerang kerajaan BN Selangor pimpinan Khir Toyo dulu? Bukankah menjadi manifesto Pas untuk memerangi habis-habisan isu ARAK ini, tetapi apabila kena kepada 'adik-beradik' dalam pembangkang sendiri ia seakan berubah lagu?
Kalaulah isu ini berlaku di Johor atau Pahang, pasti Pas akan ke depan menyerang UMNO menuduh UMNO mahu orang Islam minum ARAK lantaran tidak menghalang air kencing setan itu dijual di kawasan orang Islam.
Sejak bila Nik Aziz dan segelintir orang Pas ini tidak sensitif dengan isu ARAK di kawasan orang Islam? Apakah tolak ansur politik lebih diutamakan daripada keselamatan anak-anak muda Islam daripada terjerumus ke kancah dosa ini?
Apabila kedai-kedai di kawasan penduduk Islam dibenarkan menjual ARAK maknanya kepada siapa benda haram itu hendak dijual? Takkan kedai runcit di Shah Alam mahu jual ARAK kepada orang Cina dari Bukit Bintang. Atau takkan orang India di Batu Caves yang datang beli ARAK di kedai serbaneka di Shah Alam. Mestilah target jualannya juga kepada penduduk sekitar, dan kalau dah penduduk sekitar 95% orang Islam, apakah 5% orang bukan Islam itu yang menjadi sasaran jualan kedai-kedai ini?
Memang Khalid Ibrahim boleh kata beliau akan meminta kedai-kedai ini jangan menjual kepada remaja dan orang Islam, tetapi kalau orang hendak beli takkan mereka tidak mahu jual. Siapa tidak mahu untung kan...
Dalam hal ini biarpun Nik Aziz mengambil jalan selamat tidak mahu masuk campur, kita wajar memberi pujian kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, Dato' Dr Hassan Ali kerana berani menentang arus kuat dalam menegakkan kebenaran dan menyelamatkan akidah umat Islam di Selangor. Beliau dah jalankan kewajipannya sebagai orang yang diberi tanggungjawab menjaga kesucian agama Islam di negeri itu.
Biarpun Hassan Ali adalah musuh dalam politik tetapi kita jangan biarkan beliau keseorangan kerana ini soal maruah umat Islam.
Walaupun nampak dalam Pas sendiri berbelah bahagi antara menyokong atau mempersoalkan tindakan Hassan Ali memerangi ARAK ini, UMNO bertanggungjawab membela beliau demi hak umat Islam dan kebenaran.
Pemuda-pemuda UMNO wajar sinsing lengan. Wanita UMNO usah membisu. Puteri UMNO jangan mengambil sikap tunggu dan lihat. Usah nanti kita menyesal kemudian hari melihat botol dan tin ARAK bersepah di kaki-kaki lima dan menyaksikan umat Islam tidak dapat membezakan antara cola dan ARAK.
Pada masa itu semua sudah terlambat..air mata darah pun tidak akan bermakna..
.
Friday, August 7, 2009
Tahniah Khalid Ibrahim, Arak bebas diniagakan di mana-mana sahaja di Selangor..
Hari ini selepas mesyuarat majlis ekonomi negeri di Shah Alam, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor menegaskan bahawa tiada pengharaman penjualan alkohol di negeri itu tetapi penjual harus mengamalkan "kawalan diri".
Maknanya kerajaan gabungan PKR+DAP+PAS Selangor membenarkan ARAK diniagakan di mana-mana tempat pun di Selangor. Maknanya juga, di kawasan majoriti orang Islam pun ARAK tidak akan disekat dari jualan.
Wah hebat sekali Selangor sekarang pada zaman gabungan 3 parti ni, ARAK pun berleluasa.
Jadi secara automatik apa yang dilaungkan oleh Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali, yang juga Exco Hal Ehwal Islam Selangor, mendesak pengharaman menyeluruh jualan arak di kawasan berpenduduk majoriti Islam hanya buat kering air liur sahaja.
Kita bersangka baik terhadap desakan Dr Hassan Ali itu, moga-moga beliau ikhlas sekurang-kurangnya atas sifat seorang Exco yang menjaga agama Islam di Selangor. Tetapi kita nak tahu reaksi beliau atas keputusan Khalid Ibrahim itu.
Apakah Dr Hassan Ali akan terima begitu sahaja atau adakah sekarang beliau sedang menyiapkan alasan apabila ditanya wartawan nanti?
Lebih penting dari itu, adakah rakyat Selangor yang berbangsa Melayu dan beragama Islam akan akur dengan keputusan kerajaan yang mereka pilih itu?
Suka juga untuk mendengar komen Nik Aziz tentang hal ini.. cuma harap-harap bukan komen selamatkan diri lah... "Saya tak campur, itu urusan Selangor"...
Apa macam Tok Guru..
.
Thursday, August 6, 2009
Siapa terasa apabila Nik Aziz puji Najib...
Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang telah cukup lama memegang jawatan itu, melakukan 2 'kejutan' dalam tempoh seminggu. Kejutan adalah perkara biasa kepada Nik Aziz, tetapi kejutan kali ini adalah jauh berbeza.
Kalau sebelum ini kejutan Nik Aziz adalah menuduh UMNO sesat seperti ajaran Ayah Pin, menuduh UMNO mewarisi perjuangan komunis dan terbaru mengungkapkan ayat '...pergi jahanamlah UMNO'. Ianya adalah kejutan jika dilihat Nik Aziz sebagai tokoh agama, tetapi bukan lagi kejutan apabila Nik Aziz bercakap sebagai tokoh politik.
Tetapi kali ini kejutan yang dicipta Nik Aziz cukup menarik.
Kejutan pertama pada hari Sabtu apabila beliau menyambut kedatangan Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu walaupun pada hari itu Dato' Najib datang sebagai Presiden UMNO, untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu.
Sebagai menghormati Nik Aziz walaupun terikat dengan jadual yang ketat, Dato' Najib telah meluangkan masa kira-kira 20 minit melayan tujuan kedatangan Nik Aziz pagi itu.
Keduanya, Nik Aziz sendiri 'menemani' Dato' Najib seharian di Pekan semasa pelancaran Zon Ekonomi Khas Wilayah Pantai Timur (SEZ-ECER) pada hari Selasa. Lebih mengejutkan bila Nik Aziz membuat kenyataan memuji perwatakan Dato' Najib sebagai pemimpin besar yang mempunyai 'air muka yang bersih dan jernih'. Ungkapan ini kalau dalam bahasa Kelantan ianya menggambarkan keperibadian yang tinggi dan terpuji.
Kata Nik Aziz, beliau menerima penghormatan yang tinggi 0leh Dato' Najib dengan senyuman dan layanan yang beliau sendiri tidak pernah perolehi sebelum ini.
Kalau sebelum ini kejutan yang dibuatnya akan menimbulkan perdebatan di media kerana ianya lebih bersikap kontroversi dan mencerca lawan tetapi kejutan kali ini lebih bersifat 'molek dipandang, sedap didengar'.
Sebahagian besar rakyat Malaysia akan tersenyum gembira dengan perkembangan minggu ini. Tetapi jangan terkejut kalau ada dua tiga wajah di dalam dan di luar Pas yang akan masam mencuka. Dan wajah-wajah ini akan dengan segera mencucuk dan menghasut Nik Aziz agar menukar pujian itu kepada cercaan.. memang itulah kerja dua tiga kerat ini.
walau apapun biarlah kejutan ini mewarnai hujung minggu pertama Ogos ini. Usah kita pertikai hasrat mahu pun niat Nik Aziz, ikhlas atau tidak biarlah Yang Maha Berkuasa yang tentukan. Sekurang-kurangnya pujian ini menunjukkan dalam hati kecil Nik Aziz masih waras dan hargai persaudaraan sesama muslim.. walaupun mungkin minggu depan tidak akan sama..
.
NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!
Promote your blog!
Koleksi Artikel
-
▼
2009
(68)
-
▼
August
(22)
- Doa Ramadhan hari 7,8,9
- Pas tolak permohonan seorang sahabat dapatkan "tik...
- Doa Ramadhan hari-6
- keutamaan bulan Ramadhan.
- Doa Ramadhan hari-5
- pembahagian puasa
- Doa Ramadhan hari-4
- Doa Ramadhan hari-3
- PELIK TAPI BENAR
- Doa Ramadham hari 1&2
- puasa ramadhan
- ulama celupar musuh kebenaran
- RIBUT TIADA... POHON TUMBANG???
- Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Mas meriah
- Hina Raja Melayu tidak layak jadi rakyat Malaysia
- PAS tak bantah DAP hina Islam
- Siapa punya agenda ni..
- ARAK di Selangor - menanti kenyataan rasmi Pas
- Ulama Nyanyok..
- Arak di Selangor - Nik Aziz tidak mahu campur..
- Tahniah Khalid Ibrahim, Arak bebas diniagakan di m...
- Siapa terasa apabila Nik Aziz puji Najib...
-
▼
August
(22)