Sunday, December 30, 2012

GAMBAR TINJAUAN MNGEJUT TPM KE PUSAT PENEMPATAN BANJIR RANTAU PANJANG!

Semalam cakap, hari ni sampai, jadual lain dibatalkan smata2 utk mninjau mangsa banjir di Sek Gual Tinggi, Rantau Panjang. Itu lah TPM.. bkn tinjauan kosong mcm Nik Aziz.. tinjauan bersama bantuan... Alhamdulillah.. 
























Nik Aziz g main banjir je.. hampeh...


Monday, December 24, 2012

KENYATAAN AKHBAR BRKENAAN NIK AZIZ BERI KONSESI BALAK KPD 2 PEMIMPIN DAP



1. Nik Aziz sbg MB harus mnjawab dan menjelaskan kpd rakyat stelah pengakuan tlh dibuat oleh kedua2 pimpinan DAP ini sdiri, bukan memakihamun media dan BN.

2. Kenapa penganugerahan ini harus diberi kpd pimpinan DAP ini? Jika penganugerahan ini bertujuan untuk mnentukan halatuju sesuatu kputusan, maka Nik Aziz dgn jelas telah merasuah 2 pimpinan DAP dr Perak ini.

3. Adakah Nik Aziz sudah lupa bhw Ngeh Koo Ham merupakan manusia laknat yg telah menghina Rasulullah s.a.w dlm isu filem Innocence Of Muslim?. Jika hanya prsepakatan dlm PAKATAN Nik Aziz sanggup mnjadi pelacur politik dgn mnghalalkan sgalanya demi kuasanya sbg MB maka rakyat Kelantan khususnya harus mnuntut Nik Aziz utk mnjelaskan isu ini bkn hanya skadar menafikan  shj.

4. Saya mndesak agar Nik Aziz mnyaman segera blogger PISAU.NET jika prkara ini tidak benar. Jgn hanya mngeluarkan kenyataan utk saman dan menari dgn rakyat yg tidak mngetahui tntang kbenaran isu ini. Jika Nik Aziz benar, sila kemukakan dan prcepatkan proses saman terhadap blogger trsebut!


Wan Khairul Ihsan
Presiden OMBAK
Orang Muda Berpadu Anti Korupsi

GEMPAR! USTAZ HARON DIN AKAN KELUAR PAS?!!


Yup.. itu lah crita yg brlegar2 di pelusuk alam sekarang. Ustaz Haron Din yg kita semua sudah sedia maklum amat tidak suka kpd Anwar Aljub di khabarkan akn join group Ustaz Nasha dan Hassan Ali(group yg xblago angin dgn Nik Aziz).

Mnurut sumber dalaman PAS, kmarahan Haron Din kpd kpimpinan PAS semakin membuak2 selepas PKR dan DAP secara terbuka meminta utk menambah kerusi dlm PRU nanti dan kepimpinan PAS hanya sperti pak hangguk yg sudah terkena nasi kangkang, tidak brkeras utk prtahankan kerusi yg sedia milik mereka.

 Bagus lah kalo begitu ustaz.. lgpun kami nampak, ustaz dan beberapa kerat je lg dlm PAS yg betul2 konsisten dlm perjuangan mnjaga kesucian Islam. yg lain dah termakan chewing gum Anwar Aljub termasuk nik aziz si pemberi tanah.

Lagi cantik kalo ustaz dpt join UMNO, dpt jgk wangikan yg busuk2 dlm UMNO.. :)

Sunday, December 23, 2012

X-PENGARAH JSJ BKT AMAN YG HEBOH MASUK PAS DAH NYESAL MASUK PAS SLEPAS DIPAKSA BAI'AH!!


 
 
Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS. Borang keahlian menyertai PAS telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping. Penulis masih ingat riuh rendah dan gegak gempita portal Harakahdaily menyambut kemasukan Datuk Fauzi Shaari ke dalam PAS.
 
Borang keahlian diserahkan sendiri oleh Datuk Fauzi kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.
 
Pada hari ini mengejutkan apabila Datuk Fauzi melahirkan rasa kesal menyertai PAS kerana disuruh berbaiah untuk tidak meninggalkan PAS. Penulis tidak pasti adakah berita ini akan mendapat liputan yang sama meluas oleh saluran lidah rasmi PAS? Seluruh negara merasa terkejut dengan pengakuan Datuk Fauzi yang berkata, “Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS”
 
Semasa menyerahkan borang keahlian PAS, beliau menerangkan bahawa niatnya menyertai Pas bukan untuk menjadi calon atau mempunyai jawatan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu PAS ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS. Namun kini semuanya seakan-akan bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh Datuk Fauzi. Apakah Datuk Fauzi kini tidak yakin dengan perjuangan PAS? Apakah Datuk Fauzi tidak yakin beliau boleh mendedahkan kesemua “kepincangan polis” kepada rakan-rakannya di dalam PAS? Penulis berharap Datuk Fauzi tidak akan menyertai UMNO. Pasti ada tuduhan bahawa UMNO membeli Datuk Fauzi.
 
Melihat kepada kenyataan-kenyataan Datuk Fauzi sebelum ini menampakkan bahawa beliau menolak DAP dan ingin memperbaiki PAS daripada dalam, namun sebaliknya berlaku kerana diminta berbaiah cerai talak 3. Kesian Datuk Fauzi. Kecuali juak-juak PAS yang totok dan mengikut membabi buta, penulis tidak merasakan bahawa orang lura yang baru menyertai PAS akan bersedia untuk berbaiah. Tak tahulah kalau Abby Abadi. Nampak gayanya yang cerdik di sini adalah Hairie Othman. Beliau masuk PAS dan kemudiannya baru berkahwin. Jadi tidak perlulah berbaiah!
 
Persoalannya, pemimpin-pemimpin PAS sebelum ini pernah menafikan wujudunya baiah di dalam PAS. Kenyataan Nik Aziz Nik Mat November 2009, berkata isu itu (Baiah Cerai Talak 3) sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum. Katanya, sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS. Di Kelantan, isu bai’ah ini tak timbul langsung. Begitu juga dengan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, ketika ditanya pemberita di lobi parlimen dengan berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya anggota PAS.
 
Kini Datuk Fauzi menimbulkan kembali Baiah yang disangkal oleh 2 pemimpin tertinggi PAS mengenai Baiah cerai talak 3 isteri jika meninggalkan PAS, adakah semudah itu untuk mengugurkan talak 3 terhadap isteri untuk kepentingan politik? Oleh yang demikian selama ini 2 pemimpin tertinggi PAS ini hanya berbohong sahaja mengenai Baiah cerai talak 3 ini yang sememangnya wujud dalam PAS. Benarkah kedua-dua pemimpin PAS ini berbohong? Bukankah berbohong ciri-ciri orang munafik? Mursidul Am PAS dan Presidennya tidak harus berdiam diri mengenai perkara ini - http://www.selangordaily.com/?p=6799

 
Alamak, macamana ini?!! Hari itu masa masuk PAS disambut bagai putera Raja. Alih-alih keluar PAS pula?!! Ah, sudah. Mana orang No 1 dan No 2 PAS pusat dan Perak nak letak muka?!!
 
Inilah balasannya menerima manusia yang belot. Hidup senang lenang di bawah payroll Kerajaan BN, alih-alih nak gunakan duit pencen untuk lawan tangan yang menyuap pula. Kalau PAS ini pandai, sudah tentu mereka tidak akan menerima manusia seperti ini ke dalam parti mereka.
 
Tetapi apa boleh buat, PAS sudah sangat terdesak untuk ke Putrajaya. Tiada lagi pertimbangan waras dan keputusan bijak. Hanya kuasa yang dapat memenuhi tembolok nafsu mereka ketika ini. Sebab itulah juga mereka biasa sahaja menjual agama!
 
Sedangkan sejarah sudah berkali-kali membuktikan apa yang akan berlaku kepada para pengkhianat ini. Pernah dicatatkan satu masa ketika Kerajaan Islam Cordoba sedang berada diambang kehancuran, maka dikumpulkanlah kesemua pembesar dan pahlawan terbilang. Mereka diberi pilihan oleh musuh Kristian yang menang, sama ada memeluk agama Kristian, atau mati dipancung serta merta. Maka, ramailah yang mati dipancung kerana begitu sayangkan akidah dan Islam (rasa-rasanya pemimpin dan penganut PAS boleh jadi begitu tidak?), namun seorang pembesar ulung menawarkan diri untuk murtad demi kerana sangat takutkan mati. Namun, akhirnya beliau dibunuh jua oleh Raja Kristian kerana mereka berpendapat, jika beliau boleh belot kepada Islam, maka tidak mustahil beliau juga akan belot kepada Kristian satu masa nanti.
 
PAS Perak pun satu hal. Tidakkah mereka ingat peristiwa Feb 2009?!! Macamana ADUN UMNO yang mereka sambut bagai RAJA kembali kepada UMNO, bersama-sama 3 ADUN/EXCO mereka sehingga menyebabkan Pakatan rebah?!! Tidak sampai 4 tahun pakatan sudah ulang cerita yaang sama. Sahlah mereka ini semua manusia yang bodoh dan dungu!
 
Dan buat bekas polis tersebut, belajar-belajarlah bersyukur. Jangan jadi bodoh dengan ingat PAS itu cara untuk mempertahankan Islam. Bahkan semasa anda berkhidmat satu masa dahulu, secara tidak langsung anda telah mendaulatkan Islam dengan memastikan keselamatan dan ketenteraman Negara Islam ini terjaga. Jadi, mengapa pula perlu sertai parti yang menggelar anda ANJING setelah tamat berkhidmat?!! Janganlah keliru antara masalah peribadi di pejabat dengan pegangan politik yang boleh menentukan masa depan negara. Anda bukannya budak kecil yang belum cukup akalnya!
 
Peringatan ini juga kami tujukan kepada semua penjawat awam yang berkenaan, sama ada yang masih berkhidmat mahu pun yang akan bersara. Belajarlah bersyukur. Jangan menggigit tangan yang menyuap makanan kepada kita selama ini. Benar bukan BN yang beri reseki kepada kita, namun kalau BN gagal menjadi Kerajaan yang efektif, gaji bulanan pun belum tentu dapat. Tengok sahajalah di Greece, Italy dan beberapa negara Eropah yang lain. Belajar dan berfikir gunakan akal, bukan kepala lutut.
 
Dan kepada sesiapa yang masih lagi tidak percaya pemimpin PAS menjadikan isteri mereka sebagai taruhan judi politik, saksikan video di bawah ini. Jangan kata anda tidak diberi peringatan!
 
  




SUMBER : MYMASSA

Thursday, December 20, 2012

BILA NIK AZIZ HADIAHKAN BERIBU EKAR TANAH KELANTAN KPD DAP PERAK! ITU BUKAN RASUAH!!


Nama syarikat : UPAYAPADU PLANTATION (Syarikat 2 hinggit)
Ahli Lembaga Pengarah : Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming (sepupu)
Keluasan tanah : 4,529.9 hektar (10,526 ekar)
Lokasi : Relai, Chiku, Gua Musang
Nilai : RM 30,000,000.00
Tarikh pemberian : Semasa proses tawar-menawar memilih Menteri Besar Perak antara DAP dgn PAS.


Ini bukan rasuah! ini cuma utk menyejukkan hati pimpinan DAP Perak utk memilih Nizar (PAS) sbg Menteri Besar Perak. Itu saje. mane ade salahnya...

4 ribu hektar lebih je.. bkn byk pun.. lg pun byk lg tanah Melayu Kelantan yg xbagi kpd cina. xder kes lah... xpayahlah marah2 Nik Aziz.. die cume jalankan tugas die sbg Mursyidul am PAS. Sbg konsultant kalo trjadi kes2 yg mcm ni. jd sbg exco tanah Kelantan, beliau berhak anugerahkan kpd sape2 yg beliau berkenan. kita rakyat yg bodoh ni diam2 sudah lah... Kita rakyat yg bodoh ni yg mohon tanah sejemput pun xdpt tetaplah mnngundi PAS..






Artikel yg lbh detail blh klik sini. tp yg lg best dlm harakah daily xder langsung sebut psl ni. psl penafian dr geng2 'tok guru'. kate akhbar yg ikhlas... huhuhu...

Kami mahu dgr penafian dari Tok Guru dan Tok Guru sepatutnya buat penafian krn ini melibatkan tanah melayu Kelantan termasuk kami..




Wednesday, December 19, 2012

MUFTI DIPANGGIL JALANG!!


Masyaallah... naper sampai macamni permainan politik korang? tiada lg istilah "takut dosa".. nak politik tu politik lah, tp biar berpada lah.. kita semuakan sesama Islam.. sama2 menyembah Allah yg satu..

bila mufti mintak Hadi tarik balik "amanat" die, maksudnya itu utk kebaikan semua. bkn utk berpihak kpd UMNO.. dan kita juga harus akui yg "amanat" hadi lah antara penyebab sesama melayu kita smakin berpecah belah..

kpd yg samakan mufti tu dgn jalang. bertaubatlah.. sedih BK..

Thursday, December 6, 2012

AGENDA KRISTIAN UTK KRISTIANKAN MELAYU TRBONGKAR DI JURUSALEM!



MyNewshub – Ustaz Muhamad Al-Amin merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan sering muncul dalam program keagamaan di kaca televisyen.
Beliau juga seorang blogger popular yang sering menjadikan usaha dakwahnya di peringkat antarabangsa sebagai pengisian di dalam blognya, http://www.ustazamin.com.
Beliau juga dikenali sebagai seorang pendakwah yang sering ke Palestin, membawa rombongan pelancong Muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para Anbiya.
Namun kunjungannya ke sana baru-baru ini memberi kesan yang cukup mendalam dan pahit.
Ia berlaku apabila beliau dengan mata kepalanya sendiri menemui bukti yang beliau sifatkan sebagai ‘agenda Kristian di Malaysia’.
Bacalah pembongkaran beliau mengenai isu tersebut, Wallahualam.
—————————————————————————————

Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.
Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.
Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.
Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.
“Muhammad, mari sini” katanya.
“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.
“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.
“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.
“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.
“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.
“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.
“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.
“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.
“Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.
Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.
Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.
Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.
Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.
Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.
Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.
Mahmood memarahi saya…
“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”
Apa yang mampu saya jawab hanyalah…
“berpecah, dan ramai yang berpecah…”
Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”
Ya, kurang rasa sensitiviti….
Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……
1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…
Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.
Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.
Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.
Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.
Tulisan itu berbunyi..
PANAS: Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem
Decree For Malaysia
“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”
Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.
Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.
Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.
Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.
Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan.
Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.
Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-
1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.
2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.
3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.
4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.
5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.
6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.
7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.
Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membahu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.
Patah sayap bertongkat paruh, Imemperjuangkan dan mempertahakan Islam akan tetap menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan berputih mata…
al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu, tuan-tuan guru kita terdahulu dah pahlawan Islam Nusantara yang telah mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan pada kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin…
Tulisan beliau boleh dibaca DI SINI
credit : AIDC

Wednesday, December 5, 2012

APA KAITAN PAS KELANTAN DGN TRW??!!


Jawapan dia... XDER KAITAN APE2!! seperti biasa, mereka hanya reti menangguk di air keruh! gula2kan rakyat dgn beri cuti, beri gnjaran kpd pemain slps TRW merangkul gemilang. dan secara xlangsung rakyat nampak seperti mereka ambil berat psl TRW, mereka berbakti kpd TRW. watdafak!!

Masih kah kalian ingt semasa pasukan TRW masih trumbang-ambing mncari arah? mana krajaan negeri Kelantan masa tu?! mana?! lngsung mereka xambil peduli! tp bila Tan Sri Anuar Musa ambil alih dan dgn susah payahnya membina kmbali pasukan Kelantan shingga mncapai gemilang, baru lah timbul muka2 parasit ini dgn mengadakan majlis2 meraikan pemain, memberikan cuti umum kpd rkyat, mnghadiahkan gnjaran berupa rumah kpd apek, umrah kpd pemain2 dn beberapa ganjaran lain. dan rakyat2 yg dah 'totok' dgn PAS pun trmakan umpan dan mnganggap kerajaan negeri juga memainkan peranan penting dlm pembangunan bolasepak Kelantan... puiii!!!!

Tahukah kalian diawal2 pembentukan TRW dulu Tan Sri trpaksa memohon kpd UMNO dana utk KAFA selepas permohonan mereka kpd PAS Kelantan lngsung xdi endah?? dan hasil bantuan UMNO sbnyk 2 juta lah TSAM membina pasukan. dan UMNO skali lg memberi bantuan sbyk 1.2 juta. dan UMNO juga lah yg memberi peruntukan utk scoreboard elektronik di SSMIV. dan lg skali sbanyak 1 juta. cer kire brape byk UMNO dah bantu TRW... PAS??!!!

PAS hanya tahu kutip 20% hasil dr jualan tiket yg mana kita semua tahu, purata setiap prlawanan blh dikatakan stadium sntiasa penuh. cer kire brape PAS dapat free2! itu blm masuk bayaran utk sewa stadium lg dan tax utk lain2 lg! sheezy....

Memang xberdosa utk mngatakan krajaan Nik Aziz memang sebuah krajaan yg xbrtanggungjawab! cuma pandai mkn hasil dr susah payah pihak lain.. Kesian TSAM. Hasil penat lelah beliau dn jawatankuasanya membina pasukan, Nik Aziz dn ank2 buahnya pula yg tuai hasil...

Ada yg bilang, JGN POLITIKKAN SUKAN. Sape yg start dulu?! Bukan Nik Aziz dan konco2nya ke yg start dl??! rosokkk!!

Dah lah... serabut perut mikir ko krajaan PAS yg munafik nih!

Tuesday, December 4, 2012

PENYOKONG NIK AZIZ BUAT BENGONG LAGI!!!


Memang bodoh tahap gaban lah sesetengah penyokong Nik Aziz nih! Dulu pernah diorang cakap "Jangan perli janggut Nik Aziz, nanti kamu akan jadi kambing". Pernah diorang kata "jangan tegur Nik Aziz, nanti kamu akan pecah perut". Dan macam2 lagi lah bagi menunjukkan Nik Aziz ni KERAMAT. Apa lah bengong...

Dan yg paling terbaru adalah berkaitan penemuan terowong peninggalan Jepun di KAMPUNG PALEKBANG ( tempat Nik Aziz tipu sultan kata nak buat jambatan Kg.Cina-Palekbang). Kpd yg xtahu psl kisah penemuan ini blh klik disini.

Kenapa BK kate diorang ni bengong?! pasal ketaksuban diorang kpd Nik Aziz dah sampai ke tahap "xleh nok prubat doh..". Menurut cerita2 yg kedengaran dan jd bualan di kedai kopi sekitar Kelantan sekarang adalah penemuan terowong tersebut adalah berpunca bilamana pada suatu pagi selepas Nik Aziz sembahyang subuh. jeng..jeng..jeng... hahaha!

Suatu hari ketika selepas Nik Aziz br selesai solat subuh, dia didatangi oleh seorang lelaki tua. dan lelaki tua itu telah memberikan sepucuk surat kpd Nik Aziz. Di dlm surat itu trkandung tulisan yg berbunyi lbh kurang srh Nik Aziz bongkar sebuah tempat peninggalan sejarah di dmana di dlm nya trkandung isi bumi yg byk. Di dlm surat itu jg disertakan sebuah peta sbg petunjuk kpd Nik Aziz..  bengong..

BK pun xfhm lah knp diorang dgn mudahnya blh percaya benda2 karut mcm ni... kesian kat Nik Aziz, xpsl2 makin busuk nama dia..

Kpd pentaksub2 Nik Aziz, bertaubatlah... Nik Aziz tu manusia mcm BK jgk.. lbh dia cuma die MB je.. :)

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...