Thursday, April 29, 2010

Dato' Abd Rahim Abd Rahman dilantik Senator

Cekati Tembaga menulis..

Bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Dato' Hj Abd Rahim bin Hj Abd Rahman (gambar) akan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dan dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang DiPertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang Isnin ini.

Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Rahim & Co, firma hartanah terkemuka di negara ini dilantik ke jawatan berkenaan bersama 3 lagi tokoh. Antaranya adalah Datuk G. Palanivel, Timbalan Presiden MIC, Mohamad Ezam Mohd Noor (bekas Ketua Angkatan Muda PKR) dan Noriah Mahat, Ketua Wanita UMNO Pagoh, Johor.


Sebagai anak jati Pasir Mas Cekati Tembaga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato' Hj Abd Rahim Abd Rahman atas pelantikan ini.


Selamat Bertugas

Wednesday, April 21, 2010

Kelantan benam skuad warga kota 3-0

Cekati Tembaga menulis..

-->
Setelah menumpaskan Juara Pila FA N.Sembilan minggu lalu, Kelantan mengekalkan rentak kemenangan dalam Liga Super apabila menumpaskan Kuala Lumpur 3-0 di Stadium Sultan Mohamad ke-iv Kota Bharu malam tadi dan membolehkan Kelantan mengutip tiga mata penuh dan memperbaiki kedudukan ke tangga ketiga Liga Super.

Dalam perlawanan ini Kelantan yang berjersi serba putih menggunakan kesempatan bermain di laman sendiri dengan mempamerkan permainan mantap dengan dua gol dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha pada babak pertama dan satu lagi menerusi Mohd Badhri Radzi di babak kedua.

Di depan lebih 10,000 penyokong setia, skuad The Red Warriors ini memperaga aksi penuh menghiburkan terutama dalam tempoh 60 minit pertama dan seharusnya lebih banyak gol boleh disaksikan jika penyudah lebih tepat mampu dijelmakan para penggempur Red Warriors.

Begitu pun seperti kata Tan Sri Annuar Musa Presiden KAFA, beliau begitu berpuashati dengan aksi dipamerkan barisan pemain Kelantan.

Perlawanan berkenaan turut disiarkan secara langsung menerusi Astro di saluran Arena. Saksikan beberapa babak menarik perlawanan.


Kelantan memulakan perlawanan menyerang dari kanan ke kiri, tidak sebagaimana biasa ketika bermain di stadium ini Kelantan akan bermula dari sebelah kiri

Petugas keselamatan berkawal memastikan perlawanan berjalan lancar

Norshahrul Idlan Talaha menjadi penggempur penting Kelantan

Kerajinan S.Chanturu mengejar bola menarik perhatian penyokong tetapi melepaskan banyak peluang keemasan

Norshahrul Idlan Talaha menerima umpanan....

....dan rembatan kencang menggegar jaring Kuala Lumpur

Sebahagian daripada 10,000 penyokong setia Kelantan

Beberapa minit kemudian Shahrul Idlan buktikan dia penyerang terhebat dalam Liga Super dengan jaringan kedua untuk The Red Worriors

Piya menamatkan saki baki semangat pemain KL dengan jaringan ketiga Kelantan dalam babak kedua perlawanan

Monday, April 5, 2010

Calon BN Hulu Selangor - satu analisis mudah

dipetik daripada blog Ustaz Said

Berikut beberapa perkara menarik berkaitan Pilihanraya kecil P.094 Hulu Selangor, untuk tatapan semua, khusus untuk pucuk pimpinan BN. Semoga boleh membantu dalam memutuskan calon yang bakal dijadikan ayam sabung merampas kembali kerusi ini dari tangan PKR.

1. Keputusan PRU 2008 :
P094 - HULU SELANGOR
Peratus keluar mengundi 75.24
Undi Rosak 1,466
Majoriti 198
1. PALANIVEL A/L K. GOVINDASAMY (BN) 22,979
2. ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (PKR) 23,177

N09405 - HULU BERNAM
Peratus keluar mengundi 73.69
Undi Rosak 318
Majoriti 3,549
1. MOHAMED IDRIS BIN ABU BAKAR (BN) 7,985
2. ABDUL SUKOR BIN ALI (PAS) 4,436

N09406 - KUALA KUBU BAHARU
Peratus keluar mengundi 73.20
Undi Rosak 549
Majoriti 448
1. WONG KOON MUN (BN) 6,555
2. K ANNAMALAI RAMU A/L KANDASAMY (DAP) 6,107

N09407 - BATANG KALI

Peratus keluar mengundi 77.87
Undi Rosak 404
Majoriti 2,179
1. MOHD. NASHRUDDIN BIN ABD. AZIZ (PKR) 9,545
2. MOHD. ISA BIN ABU KASIM (BN) 11,724
  • Majoriti yang diterima BN dari ketiga-tiga DUN berjumlah 6719, tetapi BN kalah 198 undi di kerusi Parlimen.
  • Terdapat 5981 pengundi memangkah BN di peringkat DUN tetapi tidak mengundi calon BN di peringkat Parlimen.
  • Jumlah undi rosak 1,466, jauh lebih banyak daripada majoriti kemenangan PKR, 198.
  • Sejak PRU 2008, 9 PRK telah dijalankan. Tiada seorang pun calon yang kalah dalam PRU dicalonkan semula oleh BN.
  • Kemenangan PRK ini penting untuk moral BN, ketika PKR sedang porak-peranda

Pandangan Cekati Tembaga...

Berdasarkan fakta-fakta di atas, Cekati Tembaga berpendapat ;Keupayaan BN menang di 3 DUN tetapi tewas di kawasan Parlimen disebabkan faktor penolakan pengundi terhadap calon BN di kawasan parlimen secara peribadi ,

Undi rosak yang tinggi berbanding majoriti yang tipis menunjukkan pengundi yang memilih BN di DUN tetapi tidak mengundi BN di Parlimen, tetap tidak bersedia mengundi calon PKR walaupun tidak suka kepada calon BN

Faktor calon yang menjadi penentu kepada pengundi Hulu Selangor bukannya faktor parti,


Walaupun Cekati Tembaga berharap pemimpin UMNO yang akan dicalonkan namun atas dasar semangat BN, pemilihan pemimpin MIC juga boleh dibuat dengan syarat beliau pemimpin yang disenangi rakyat dan belum ada rekod ditolak pengundi ,

Oleh yang demikian, G. Palanivel, Timbalan Presiden MIC sama sekali tidak layak untuk dicalonkan semula.


NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...