Hari ini pula telah berlaku satu tragedi di mana pohon telah tumbang dan telah meretakkan hati dan airmata pemilik 2 buah kereta. Tragedi ini telah berlaku di depan Medan Selera Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Tragedi ini berlaku lebih kurang jam 4 petang dan syabas kepada pihak PDRM kerana tindakan cepat mengawal lalulintas bagi mengelakkan kesesakan. Pihak MPKB-BRI telah dikerah ke tempat kejadian lebih kurang 10 minit kemudian utk memotong pokok yang tumbang tersebut.
Pemilik kereta yang menjadi mangsa pasrah dengan kejadian tersebut. Nak tuntut dengan pihak mana kerosakan kereta mereka...? Insurans mungkin lepas tangan kerana kejadian itu disebabkan bencana alam dan ianya tidak termasuk dalam polisi insurans yang dibuat oleh pemilik kereta tersebut. Adakah pihak MPKB-BRI akan memberi pampasan atau lepas tangan?Apapun mangsa perlu membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan atau barangkali menyaman pihak berwajib kerana kecuaian mengurus hakmilik mereka.
Segala kejadian adalah hak Allah S.W.T. tetapi kita sebagai hamba-Nya perlulah teliti dalam menjalankan tugas. Apapun pihak MPKB-BRI perlu peka dengan kejadian tersebut supaya tidak menyusahkan rakyat... Kena buat siasatan dan juga pantauan ke atas semua hakmilik MPKB-BRI supaya tidak timbul masalah kepada rakyat.

1 comment:
Dasyat! aku brani bertaruh MPKB-BRI tidak akan bagi apa-apa pampasan!
Post a Comment