Thursday, February 11, 2010

KELANTAN HARI INI

Kelantan diera semasa pemerintahan Nik Aziz cukup berbeza cukup berbeza dengan Allahyarham Tan Sri Ahmad Yaacob, dari segenap segi yang ada di bumi kelantan tercinta ini.

Pada 1978 BN Kelantan memerintah secara mutlak Negeri Kelantan dengan penuh sifat inginkan pembangunan Kelantan, yang mana pada masa itu, walaupun Malaysia mengalami krisis ekonomi namun Kerajaan kelantan pada masa itu tetap berusaha membangunkan Negeri Kelantan, dengan usaha yang jitu dan padu maka wujudlah beberapa mercu tanda yang cukup indah di Kelantan iaitu Komplek Kerajaan Negeri iaitu Kota Darul Naim dan Balai Islam serta beberapa projek-projek kecil,

Setelah BN tewas di tangan PAS pada PRU ke-8 iaitu pada tahun 1990, maka bermulalah zaman keruntuhan Ekonomi bagi Kelantan. Kerajaan PAS Kelantan tidak berjaya membangunkan Kelantan sebagaimana kerajaan terdahulu, tanah-tanah milik MPKB dan PKINK mula di jual dengan harga yang murah kepada pelabor demi poket negeri serta orang-orang tertentu.

Kini setelah 20 tahun PAS masih lagi lemah dalam pembangunan Kelantan, terutamanya dari segi insfrastruktur serta modal insan, ini kerana apa yang ada di Kelantan pada hari ini hanyalah pusat-pusat membeli belah yang menjadi ukuran majunya Kelantan, tambahan lagi keadaan anak-anak muda yang kononnya diperintah oleh kerajaan Islam menyamai dengan anak-anak muda di negeri yang diperintah oleh kerajaan bukan Islam.

Walaupun di tepi-tepi jalan di kelantan diletakkan pelbagai zikir serta ayat Al-Quran namun itu hanyalah syiar Islam semata-mata yang mana ianya dilihat sebagai RETORIK POLITIK semata-mata, ini kerana papan tersebut kini sudah usang dan tumbang namun tiada kerja-kerja pembaikan atau penambahan dibuat.

Dari segi pembangunan insfrastruktur kelantan amatlah jauh jika nak dibandingkan dengan negeri BN, apa yang dibina oleh PAS Kelantan semenjak 20 tahun memerintah hanyalah sebuah Masjid Rantau Panjang (Masjid Beijing) namun proses pembinaan masjid tersebut bagi menyambut Jubli Perak dan ianya hanya siap pada tahun lalu, manakala jalan-jalan kerajaan negeri yang menjadi tanggungjawab mereka di baiki, dibina dan ditambah oleh Kerajaan Pusat.

Kerajaan Kelantan pada hari ini merupakan kerajaan yang hanya mementingkan kantung politik mereka dan kantung orang tertentu, jika dilihat mereka yang rapat dengan Tok Guru orang itu dilihat begitu mewah dan kaya sekelip mata ,walaupun sebelum ini mereka ibarat melukut di tepi gantang, tidakkan kita berasa kurang yakin dengan kerajaan yang ada? adakah mereka masih mampu mentadbir negeri yang serba kekurangan.

Pelbagai masalah yang timbul semenjak pemerintahan PAS, termasuk lah isu air yang berlarutan sampai belasan tahun sehingga sekarang, selain daripada itu isu yang semakin hangat diperkatakan sekarang ialah Perbadanan Menteri Besar Kelantan iaitu pelantikan menatu Nik Aziz sebagai CEO PMBK dan kesilapan PMBK dan EXCO Negeri dalam pembinaan Bazaar Tok Guru yang mana kerajaan negeri terpaksa menanggu kerugian RM 23 juat bagi menyelesaikan masalah tersebut. Kerugian demi kerugian timbul akibat ketidak pandaian kerajaan PAS di Kelantan.

Sedarlah anak-anak Kelantan kembalilah kita kejalan yang benar lagi sebenarnya, kerana hanya kita yang mampu memajukan Kelantan, bukan Nik Aziz, bukan Husam atau pun Nik Amar tetapi kita, ianya hanya ada dihujung pen atau pensel semasa PRU Ke-13 nanti, insyallah kita semua akan mendapat keberkatan kerana memilih kerajaan yang ikhlas memajukan Kelantan. Hidup Kelantan, Hidup Tanah Serendah Sekebun Bunga, Hidup 1malaysia


2 comments:

Anonymous said...

sebelum tu, baik saudara yg kembali ke pangkal jalan..Kalau saudara tahun Kelantan x membangun kenapa hak Kelantan dinafikan royalti minyak..? Jangan citela masalah Kelantan kalau Pusat sendiri pun sama...rakyat dah tahu belang UMNO & BN...ni kes terbaru...apa cita beli Kapal selam tapi x leh nak menyelam...???????? belanja sampai 1 billion...bazirkan duit rakyat je...dah la tu bawak bertobat la...

Takbiiir..Allahuakbar..!!!

Anonymous said...

hak tak hak, org tak nak bagi puak mung tak malu ko dok meminta2? meminta drp musuh pulak tu, aset tanah ada kenapa tak diusahakan secara cerdik? kata tok guru bijak laksana, mengapa diberi percuma je kpd komunis perak ngeh dan nga? hanya krn nak letak nizar lambai meroyan yg tak bui sikit habuk kpd pas, melayu dan islam tu? selepas dua tahun drp penulisan ini terbukti pas dah sesat dan munafik dkt2 kapir doh. puak mung bodoh dan bengong ANON 7.34

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...