Cekati Tembaga menulis..
Tuduhan jahat Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Machang yang mendakwa Dato' Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Mas) mempunyai saham dalam Ascot Sports, sebuah syarikat judi yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan adalah tuduhan yang amat serius.
Ia bukan sahaja mencemarkan imej bersih Dato' Him Adi Jagat, malah mempersendakan pilihan hati rakyat Pasir Mas yang memberi mandat kepada beliau sebagai wakil rakyat.
Kita minta Dato' Him jangan bermurah hati dengan Saifuddin kerana manusia seperti ini memang tidak boleh dibuat 'kira bicara'.
Jangan hanya kerana kita berstatus YB Ahli Parlimen, dengan suka-suka boleh menuduh dan memfitnah wakil rakyat lain yang tidak sehaluan dengan kita.
Juga jangan kerana status sebagai ahli Dewan Rakyat, kita boleh bercakap apa saja biarpun kita tahu apa yang kita tuduh itu hanya khayalan dan rekaan kita sendiri.
Kita cabar Saifuddin ulangi tuduhan ini di luar Dewan Rakyat, dan tunggulah laporan polis yang berduyun-duyun..
Sebab itu dalam bab ini kita minta Dato' Him bertegas, jangan bagi muka pada Saifuddin dan jangan sesekali beralah...
Rakyat Pasir Mas tidak akan tengok saja wakil rakyat yang dipilih mereka difitnah...

1 comment:
Salam bro, kawan setuju sangat kalau Datuk Berahi buat saman..... jangan biarkan puak-puak munafik ini berterusan melemparkan fitnah...
Post a Comment