KUALA LUMPUR: Satu rakaman video menjadi bukti kukuh bahawa tindakan pelajar-pelajar Pondok Tal Tujuh di Kota Bharu menyertai Umno di Pasir Mas baru-baru ini bukannya fitnah, sebaliknya ia keputusan sukarela mereka.
Video berdurasi 46 saat itu dirakam krew Astro Awani yang membuat liputan majlis penyerahan borang keahlian pelajar terbabit kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanapi Mamat dalam satu majlis ringkas di Tendong, Pasir Mas pada 1 April lalu.
Pada saat ke-13 video itu, salah seorang daripada pelajar itu, Mohd. Hafni Zaini, secara jelas dan terang berucap di rostrum menyatakan bahawa beliau sebagai wakil kepada pelajar-pelajar pondok itu ingin menyertai Umno.
Kata Mohd. Hafni: "... mewakili, saya wakil... saya ingin sokong Umno."
Semalam, Mohd. Hafni menafikan dia menyertai Umno dan video penafian itu dimuat naik ke YouTube
Bagaimanapun, pemerhatian daripada video tersebut, Mohd. Hafni jelas kelihatan seperti membaca skrip penafian kemasukannya dalam Umno.
Sementara itu, Hanapi ketika mengulas penafian Mohd. Hafni itu mendakwa, pemimpin PAS telah ‘membeli’ beberapa pelajar Pondok Tal Tujuh sehingga mereka yang baru menyerahkan borang keahlian Umno pada Isnin lalu menafikan tindakan mereka.
Kata Hanapi, tindakan terdesak PAS itu bertujuan menutup kelemahan mereka yang gagal memerintah negeri ini sehingga ramai guru dan pelajar pondok bertindak keluar daripada parti itu. -UTUSAN ONLINE
2 comments:
. Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.
2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?
Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?
3. Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:
"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah.
" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"
4. Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.
5. Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan tertiaty (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan.
6. Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?
Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi?
Suatu hari di sebuah parlimen di Negara yang di perentah oleh Pakatan Rosak ...
Kalifah Lim : Tuan yang dipertua ... saya ingin bentangkan satu usul ... iaitu kalimah Allah buleh digunakan oleh semua agama ...
Kapal Sink : Saya sokong usul ini yang dipertua ... saya rasa 2/3 ahli dewan yang mulia ini pun bersetuju di atas usul ini ....
Nwar Berahi : Saya amat bersetuju dengan usul ini ... ini adalah usul yang amat baik kerana melalui usul ini semua orang adalah sama rata sahaja ... tidak kira Islam mahupun bukan Islam ... sebagai orang yang bukan Islam ... mereka tentu merasa selesa menggunakan kalimah Allah yang amat rapat dengan umat Islam ... dan ini tentu mendekatkan mereka dengan orang Islam ... dan ini membantu membentuk perpaduan Negara ...
Haji Adi : (tergagap-gagap) Er ... Yang dipertua saya tidak setuju di atas usul ini ...
Nwar Berahi : Tuan Haji Adi ... mengapa pulak tuan berkata demikian ... tidakkah di dalam perjanjian sebelum pru yang kita menang dengan jayanya ... tuan dah bersetuju agar kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain ... dan sebagai buktinya ... ini adalah dokumen persetujuan yang tuan tandatangan menyatakan persetujuan tersebut dan saksi bagi perjanjian yang tuan tandatangani itu pun ada dalam dewan yang mulia ini ... kalifah lim ... kapal sink ...
Kalifah lim dan kapal sink (serentak) : benar yang dipertua .. betul tu Haji Adi ...
Haji Adi : Er tapi yang dipertua. Pimpinan pas yang lain tidak bersetuju ...
Nwar Berahi : Tuan Haji Adi ... tidakkah tuan dah bersetuju dalam hal ini dan tuan pun mengaku bahawa tuan akan memperjelaskan kepada pimpinan pas dan ahli pas bahawa kebaikan yang agama Islam dapat dari penggunanaan kalimah Allah oleh agama lain ... ini adalah satu konsep dakwah yang secara halus untuk mendekatkan seluruh umat manusia kepada Islam ... besar manfaatnya itu Tuan Haji ... banyak pahala yang tuan akan dapat nanti ...
Haji Adi : Er .... Er ..... Er ...
Geng Ulamak : Yang dipertua kami bantah .....
Geng Parasit : Yang Dipertua kami bersetuju agar usul ini diluluskan .... Tuan-tuan ulamak ... seperti dijelaskan oleh perdana menteri kita yang bijak seperti kata Tuan Guru Nik Aziz ... saya amat setuju dan tidak nampak apa salahnya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam ... kata Tuan Guru Nik Aziz juga ... bahkan Iblis pun gunakan kalimah Allah ... jadi apa salahnya kita manusia yang lebih mulia dari Iblis ini menggunakan kalimah Allah ... ini adalah salah satu dakwah juga ... tuan yang dipertua ... kita teruskan usul ini dengan mengundi ... bagi yang menentang mereka boleh undi tidak menyokong ... tiada masalahnya.
Undian pun dijalankan ... akhirnya majoriti setuju agar kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain ....
Perlembagaan pun dipinda .... undang-undang pun dipinda ....
Tidak lama kemudian ... pada gereja tertera perkataan Allah ... pada kuil terpampang kalimah Allah .... tokong tergantung kalimah Allah .... Gudwara tertulis kalimah Allah .... dan lain-lain rumah ibadat pun tercatat kalimah Allah ... semuanya dalam tulisan jawi ...
Suatu hari di sebuah tempat ceramah .... haji Adi berceramah jugak ... isunya kalimah Allah juga .... katanya .... “semua yang terjadi di dalam isu ini salah KDN ... kerana er ... er .... er ... sebenarnya salah umno kerana bersubahat ... er ... er ... er ... sebenarnya kerana umno tidak bersungguh-sungguh menentang usul itu ... kami geng ulamak dah menentang usul itu ...
Post a Comment