Bersaksikan hening pagi Jumaat pertama tahun baru 2010, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Mohamed Rahmat telah kembali ke rahmatullah pagi ini di kediaman beliau di No. 42, Jalan Setiajaya, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Bicara Kelantan merakamkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Allahyarham atas kehilangan tokoh ini. Bicara Kelantan difahamkan jenazah beliau akan dikebumikan selepas Asar di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara.
Karier politik Allahyarham bermula dengan menyertai UMNO sejak 1963 dan menjadi Ahli Parlimen Johor Bahru Barat (Pulai) dalam Pilihan Raya Umum 1969.
Melihat kepada ketokohan dan keupayaan beliau sebagai Menteri Penerangan Malaysia dari tahun 1978 sehingga 1982, Perdana Menteri telah melantik beliau sebagai Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya Setiausaha Agung Barisan Nasional.
Kementerian Penerangan kini menjadi antara kementerian terpenting negara berkat usaha keras beliau selama ini dan juga dasar-dasar yang diperkenalkan selama 2 kali menjadi Menteri Penerangan.
Sesungguhnya ketiadaan beliau merupakan kehilangan besar kepada negara. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang Soleh.
.
2 comments:
Salam BK, Al-Fatihah buat Arwah..... seoarang bos yang baik yang pernah dikenali......
YANG GAMBI -
betul,arwah seorang tokoh yang cukup prihatin kebajikan pegawai dan kakitangannya..
Post a Comment