Tuesday, October 2, 2012

BAJET 2012! KJ REMBAT ANWAR! AGAIN... #BNGOMO


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menolak dakwaan bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) menzalimi mana-mana pihak atau negeri yang ditadbir pakatan pembangkang. 

Ia sebagai respons kepada dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membangkitkan isu kononnya kerajaan persekutuan menzalimi negeri-negeri berkenaan daripada segi bantuan kewangan. 

"Kerajaan BN tidak menzalimi atau menghukum mana-mana pihak. Ketua Pembangkang (Anwar) kata kena rujuk Kementerian Kewangan. Saya sudah jumpa kementerian terbabit dan minta statistik," kata Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 yang bermula di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau menguatkan hujahnya dengan memberi contoh jumlah kutipan cukai kerajaan pusat yang diperoleh dari Kelantan pada 2008 adalah RM249 juta. 

"Kalau ikut semangat federalisme, sepatutnya kerajaan pusat belanjakan sekurangnya-kurangnya RM249 juta dengan apa yang disumbangkan rakyat Kelantan kepada tabung yang disatukan di peringkat persekutuan. Tapi perbelanjaan kerajaan pusat (kepada Kelantan) RM4.3 bilion.

"Kedah pula, kutipan cukai kerajaan persekutuan pada 2008 ialah RM1 bilion. Tapi yang dibelanjakan (kerajaan pusat kepada Kedah), oleh kerana Kedah di bawah pembangkang dan tidak pilih BN, kita belanjakan hampir RM6 bilion. 

"Macam mana hendak kata kita zalim? Itu Kedah dan Kelantan. Kita faham sebab negeri berkenaan memerlukan perbelanjaan," katanya.  Bagi Selangor pula, beliau berkata untuk tempoh sama, kutipan cukai adalah RM13 bilion namun perbelanjaan kerajaan pusat kepada negeri itu mencecah RM14.5 bilion. 

Jelasnya, bagi Pulau Pinang, cukai yang diperoleh adalah RM16.7 bilion manakala perbelanjaan kerajaan pusat untuk negeri itu mencecah RM20.4 bilion termasuk peruntukan membina lapangan terbang baharu dan jambatan. 

"Tadi, dengar Ketua Pembangkang kata rezab Selangor meningkat tetapi masalahnya kerajaan persekutuan mengeluarkan berbilion ringgit kerana banyak perkara tidak dapat diselesaikan kerajaan negeri itu.

"Dia (Anwar) bangga rezab Selangor naik tetapi apa guna naik kalau (urusan) sampah pun tidak boleh kutip?" kata Khairy. 

Ulasan Khairy itu membuatkan beberapa anggota parlimen pembangkang 'panas telinga' dan cuba mengalih perhatian sambil meminta Khairy membuat perbandingan dengan negeri-negeri lain.  Hamim Samuri (BN-Ledang) mempertahan Khairy, sambil menegaskan jawapan yang diberikan bertepatan dengan dakwaan Anwar. 

"Angka-angka yang disebut Anggota Parlimen Rembau datang daripada pegawai-pegawai Kementerian Kewangan. Kata (kerajaan BN) zalimi negeri-negeri pembangkang. Itu tajuknya (fokus). Saya juga rujuk Kementerian Kewangan dan ia betul. Maknanya, mereka (pembangkang) menghina pegawai-pegawai Kementerian Kewangan," katanya. 

Khairy turut menyentuh janji-janji pembangkang yang gagal dilaksanakan khususnya di Selangor, termasuk janji memberikan elaun khas kepada wanita tidak bekerja.

"Masalahnya ada yang kata manifesto (pilihan  raya) bukan janji. Kita masih lagi membiayai dan membantu rakyat di negeri-negeri pembangkang kerana kerajaan BN bertanggungjawab dan tidak mahu rakyat ketinggalan disebabkan pemerintahan pembangkang," kata Khairy. 

Hari pertama sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 itu hampir mencetuskan kekecohan apabila anggota parlimen pembangkang mempertikai tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengehadkan masa perbahasan bagi Ketua Pembangkang. 

Bagaimanapun, Pandikar Amin menolak dakwaan itu dengan berkata beliau selama ini telah berlaku adil kepada kedua-dua pihak yang diberi peruntukan masa bersesuaian untuk berhujah.

"Bilangan sebelah kerajaan ramai dan bukan semua dapat bercakap. Itupun telah saya seimbangkan. Sejak mula saya jadi speaker, saya cuba sebaik mungkin untuk beri peluang kepada kerajaan dan pembangkang. 

"Saya terlampau beri laluan yang seluasnya kepada semua. Janganlah saya beri betis, minta pula paha...bila beri paha janganlah hendak pijak kepala," tegas beliau. - Bernama. CREDIT : HELANG BUANA


psssttt... Pernah 1 ketika BK amat mluat dgn KJ, tp skang BK amat kagumi KJ.. :)


UMNO SELAMANYA!!


SELINGAN.. :)

No comments:

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...