Thursday, October 15, 2009

Menjunjung Tradisi, Menzahir Perubahan


Bertemakan "Menjunjung Tradisi, Menzahir Perubahan" ucapan dasar penuh bertenaga disampaikan buat pertama kali oleh Presiden UMNO, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 pagi tadi. Sebagai ucapan dasar sulung beliau selaku Presiden UMNO, Dato' Sri Najib memberikan tumpuan sepenuhnya memperincikan halatuju UMNO ke arah masa depan yang lebih mencabar.

Beliau menggariskan usaha-usaha yang perlu diambil bagi memperkasakan kembali UMNO dan memastikan UMNO terus relevan sesuai dengan agenda pembaharuan dan perubahan yang hendak dibawa parti ini.


Teks penuh ucapan dasar Presiden UMNO boleh diperolehi di Blog Cekati Tembaga
.

Wednesday, October 14, 2009

Kelantan benam ATM 5-0

dipetik daripada Sinar Harian

Setelah tewas di tangan Kedah di Alor Star, Kelantan membalas kekalahan tersebut kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5-0, pada babak kedua perlawanan.

Keputusan tersebut sekali gus memastikan pasukan Red Warrior’s menjuarai dalam saingan peringkat Kumpulan E, Piala Malaysia 2009.

B. Sathianathan menurunkan kekuatan penuh dalam perlawanan semalam membuahkan hasil dengan menurunkan kesemua kesebelas pemain utama iaitu Indra Putra Mahayuddin, Mohd Halim Napi, Mohd Nazrul Irwan, Mohd Nor Farhan, Che Hishamuddin Hassan, Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Rizal Fahmi Rosid, Ahmad Azlan Zainal, Zairul Fitree Ishak, Mohd Khalid Jamlus, dan Mohd Hanif Mohd Nor.

Beraksi di depan penyo-kong sendiri di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, pasukan tuan rumah memulakan rentak agak berhati-hati dengan beberapa siri serangan pantas.

Banyak percubaan pemain Kelantan di separuh masa pertama tersasar daripada sasaran.

Sebaliknya, pasukan ATM meningkatkan lagi serangan demi serangan sehingga memaksa barisan pertahanan pasukan Kelantan bertahan.

Bagaimanapun, peluang terbuka setelah disempurnakan oleh Che Hishamuddin Hassan pada minit ke-38 meledakkan lagi semangat pemain Red Warrior’s.

Sehingga tamat separuh masa pertama Kelantan mengekalkan mata jaringan tanpa balas.

Selepas rehat, pasukan ATM yang ketinggalan satu gol menambahkan asakan demi mencari gol penyamaan namun pertahanan Kelantan nyata tidak memberikan peluang buat pasukan pelawat.

Pada minit ke-55, pemain berjersi nombor 10, Mohd Nor Farhan pantas menambahkan lagi mata jaringan melalui sepakan kencang melepasi penjaga gol ATM, Mohd Khairul Anuar.

Tiga minit kemudian, ketua pasukan Kelantan berjersi nombor 23, Indra Putra Mahayuddin dengan mudah mencari peluang menyempurnakan gol ketiga buat pasukan Kijang.

Manakala 20 minit terakhir dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan tidak disia-siakan Indra apabila berjaya menyumbat masuk dua gol pada minit ke-71 dan 81, sekali gus berjaya melakukan ‘hatrick’ dalam perlawanan semalam.

Malang buat pemain Mohd Nor Farhan apabila sekali lagi dia dilayangkan kad kuning setelah mengasari ketua pasukan ATM, Suhaimi Ishak lima minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

Ketua Jurulatih Kelantan, B.Sathianathan gembira dengan prestasi yang telah dipamerkan anak buahnya dalam perlawanan semalam pada separuh masa kedua.

“Saya gembira melihat kemajuan yang telah dipamerkan pemain Red Warrior’s di separuh masa kedua. Tetapi saya tidak berpuas hati dengan aksi mereka di separuh masa pertama walau banyak serangan dilancarkan ia disia-siakan.

“Saya paling berpuas hati dengan cara mereka simpan bola dan jarang bagi peluang kepada pihak lawan. Kemenangan semalam merupakan satu petanda yang baik buat pasukan Red Warrior’s musim ini,” katanya.
.

Monday, October 12, 2009

Tahniah Tan Sri Isa Samad

Seluruh warga kerja BICARA KELANTAN merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan cemerlang Tan Sri Isa Samad memenangi Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang. Sesungguhnya kemenangan cemerlang ini dicapai hasil penat lelah dan kerja keras yang berterusan.

BARISAN NASIONAL mengekalkan kerusi Bagan Pinang setelah Tan Sri Isa Abdul Samad mengalahkan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi .

Tan Sri Isa memperolehi 8,013 undi meninggalkan jauh Zulkefly yang hanya mendapat 2,578 undi.

BICARA KELANTAN berdoa agar Tan Sri Isa akan menjadi ADUN yang baik dan kebanggaan seluruh rakyat Bagan Pinang.
.

Sunday, October 4, 2009

Warna warni sekitar penamaan calon PRK Bagan Pinang

Penamaan Calon PRK DUN Bagan Pinang

















Lebih 1,000 penyokong Ibrahim Ali berdemo bantah desakan Pas

Cekati Tembaga menulis..

Hari ini (2 Oktober 2009), satu perhimpunan aman dilakukan oleh penduduk-penduduk Pasir Mas di sebelah Mini Stadium Pasir Mas sebagai membantah tindakan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan beberapa kerat pemimpin Pas yang mendesak Dato’ Ibrahim Ali agar meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen kawasan ini.

Perhimpunan ini yang melibatkan lebih 1,000 orang pengundi dan penduduk Pasir Mas, merupakan satu reaksi balas terhadap tindakan pimpinan-pimpinan Pas berkenaan yang kebelakangan ini begitu galak mengecam dan memburuk-burukkan Ahli Parlimen itu.

Nik Aziz sendiri secara terbuka mengecam Ibrahim dan menggesa beliau agar segera meletakkan jawatan malah lebih teruk lagi tergamak mendakwa amal ibadat Ibrahim tidak akan diterima Allah selagi beliau tidak meletak jawatan.



Rakyat Pasir Mas yang hadir melahirkan rasa kesal dengan tindakan pemimpin Pas yang telah menjadi semakin bongkak dan lupa diri itu. Perhimpunan hari ini adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap penghinaan kepada ahli parlimen mereka itu. Mereka melaungkan desakan agar Ibrahim Ali tidak tunduk kepada desakan itu dan terus mengekalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas.



Tindakan Pas mendesak Ibrahim berundur bermakna menghina pilihan rakyat dan menganggap undi yang mereka berikan kepada Ibrahim dalam pilihanraya umum lepas tidak berharga. Mereka juga mendesak agar Pas menghentikan provokasi mereka terhadap Ibrahim dan tidak mengganggu ahli parlimen itu meneruskan khidmatnya terhadap rakyat.



Perhimpunan ini juga melaungkan amaran akan bertindak balas terhadap tindak segelintir penyokong Pas yang telah membuang kain-kain rentang menyokong Ibrahim Ali.

Mereka menyatakan tidak akan teragak-agak untuk membuat perkara yang sama sekiranya perangai buruk ini diteruskan. Perhimpunan yang berlangsung kira-kira 45 berakhir dengan aman tanpa berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini.

Gambar-gambar lain perhimpunan ini boleh disaksikan di Blog Cekati Tembaga
.

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...