Sunday, November 25, 2012

DALAM PAS SENDIRI ADA 3 VERSI HUDUD! JENG KOIL..




Setiap kali menjelang Pilihanraya Umum (PRU), mesti isu Hudud akan timbul. Pakatan Rakyat pula akan asyik menyalahkan UMNO, sedangkan hakikatnya, PAS lah yang memukul gendang isu ini untuk menarik minat penyokong-penyokong PAS mengundi mereka di dalam PRU. Biarlah penulis menulis sedikit sebanyak apa itu Hudud dan apa beza dengan Hudud yang PAS hendak laksanakan.
Undang-undang syariah terbahagi kepada tiga elemen iaitu:
1. Hudud
2. Qisas
3. Ta’zir

Dalam undang-undang syariah Malaysia, Qisas, Ta’zir dan Diat telah dilaksanakan kecuali Hudud. Mari kita lihat perbandingan antara Hudud, Qisas dan Ta’zir
1. Hukum Hudud
Dari segi istilah Hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang WAJIB dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.
2. Qisas
Dari segi syarak, Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. kerana kesalahan kesalahan yang melibatkan hak individu. Mengikut hukum Qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
3. Diat
Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu Qisas @ Diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, Qisas bunuh dikenakan. Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.
4. Ta’zir
Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir;
(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.
(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah. Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 utk menyediakan draf Hudud. Hudud juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan. Namun, belum ada perlaksanaannya lagi. Walaupun begitu terdapat 3 versi Hudud yg berbeza dari segi fasal dan huraiannya. Hudud adalah milik Allah, dan telah ditetapkan oleh Allah. Tetapi mengapa pula boleh berbeza-beza mengikut negeri-negeri yang berlainan?
Seperti dalam artikel Dato’ Safei Daud :
Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.
Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.
Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.
Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.
Mana satukah hudud yang sebenar antara ketiga-tiga hudud Pas itu?
Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25).  Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah.
Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud itu? Draf Hudud oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi rakyat. Ini kerana Hudud dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana petikan dlm surat Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang menyatakan;
1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.
3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.
4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:
(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW.Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan Agama Islam.
5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.
6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain.
Inikah kebenaran HUKUM HUDUD yg nak diperjuangkan PAS?

Sebagai penambahan, beza penentangan Chua Soi Lek dgn Lim Guang Eng terhadap hudud adalah :
- Chua Soi Lek menentang hudud yg digariskan oleh  PAS krn berlaku ketidakadilan.
- Lim Guang Eng menentang hudud! xkira hudud PAS atau hudud yg benar! 

tulisan : hambaliabdullah

Thursday, November 22, 2012

[LAMPIRAN ENAKMEN JENAYAH] NIK AZIZ DAN NIK RAZI LANGGAR MAIN2!


lagu ni la jd bila diri dah rasa kebal dari dosa, dah rasa ilmu trlalu hebat sehinggakan blh keluarkan fatwa sendiri. begini lah jadi bila diri sudah trlalu takbur dgn pujian dan sokongan dari rakyat.

di bawah ini BK sertakan lampiran enakmen jenayah syariah yg dgn terang membuktikan Nik Aziz dgn adiknya telah dgn mudah, dgn senang, dan selamba badaknya langgar tanpa rasa apa2 krn merasakan dirinya bwh sikit pada nabi (bakali..)...


 keputusan jemaah ulamak mengenai mslh kafir mengkafir
(klik pd gambar utk paparan lbh besar)

Nik Aziz tanpa rs takut telah melanggar enakmen jenayah syariah negeri Kelantan apabila mengatakan UMNO murtad
(klik pd gambar utk paparan lbh besar)

Nik Razi juga telah melanggar enakmen ini apabila mendoakan utk hapuskan UMNO.
(klik pd gambar utk paparan lbh besar)


molek wak masuk guk duo ore ni blh 3 bulan... :)

Sunday, November 18, 2012

(AUDIO) MAHFUZ OMAR & MAZLAN ALIMAN DI HENTAM DLM MUKTAMAR

gmbar sekadar hiasan.. :)

memang pun... memang sekarang ini ramai pemimpin2 mereka dilihat cuba utk mnjadi hero kpd penyokong2 parti mereka. pakat duk berebut uri sungguh. nmpk sgt perjuangan kbanyakan pemimpin mereka lbh kpd prjuangan utk diri sendiri. bukan lg utk Islam..

Tuesday, November 6, 2012

"Ostad" Badrol Amin xleh blah...



Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan bahawa ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrulamin Baharon ada hubungan dengan Al-Arqam, yang diharamkan pada 1994, dengan menghadiri Majlis Ulang Tahun ke-12 Global Ikhwan Sdn Bhd sempena ulang tahun kelahiran ke-75 bekas pengasasnya, Ashaari Muhammad.
Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, Badrulamin ditahan, pada Khamis lalu, kerana beliau disyaki menyokong dan membantu kumpulan ajaran sesat al-Arqam dengan memunculkan diri pada majlis tersebut. Menurutnya seramai 16 orang telah ditahan termasuk Badrulamin di bawah Seksyen 12 (C) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995, yang boleh disabitkan denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Laporan sebelum ini menyebut bekas pengikut kumpulan al-Arqam cuba menghidupkan gerakan itu dengan berselindung di bawah nama Global Ikhwan, satu rangkaian perniagaan.
Mereka ditahan dalam satu operasi malam Khamis lalu.
Majlis Khamis dihadiri sekitar 3,500 orang.
Tambahnya, "kita telah mengambil keterangan daripada 16 orang yang disyaki membantu dan menyokong kumpulan itu termasuk Badrulamin yang kita telah ambil keterangan percakapan mereka yang direkod pada masa dan hari yang sama.
"Setelah itu mereka dibawa ke Mahkamah Syariah Kuang untuk sebutan kes kali pertama dan dibon dengan Mahkamah Syariah, dan mahkamah memutuskan semua orang disyaki dibebaskan dengan bon jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan lanjut di mahkamah, 20 Disember nanti.
"Kita tahan mereka kerana disyaki menyokong dan membantu kumpulan al-Arqam (yang telah diharamkan) dengan menghadiri program ulang tahun Keputeraan Abuya ke-75 yang dikaburi dengan sambutan majlis sebuah syarikat Al-Ikhwan," katanya kepada sidang media di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Marzuki berkata, melalui risalah yang diedarkan yang bertajuk "Abuya terus memimpin walaupun ghaib" telah menunjukkan kesalahan dari segi syariah.
Katanya, tinjaun yang dilakukan pada 30 dan 31 Oktober lalu telah mendapati wujudnya perkara-perkara yang dilarang dalam fatwa sebagaimana terkandung dalam Fatwa Negeri Selangor yang dibuat pada 9 Ogos 1995.
Antara aktiviti-aktiviti sosial yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan pegangan al-Arqam, wujudnya perbuatan mengadakan persembahan dan kebudayaan yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan pegangannya, cara ulang tahun Keputeraan Abuya Ke-75 dengan slogan "Abuya terus memimpin walaupun ghaib", ada perbuatan mengedar buku, majalah, risalah yang memaparkan wajah-wajah Abuya dan ajarannya serta tanda-tanda lain yang dikaitkan al-Arqam.
Selain itu, dilihat ramai individu atau kumpulan-kumpulan yang memberi bantuan dan bekerjasama dengan kehadiran yang dipohon.
"Hasil daripada intipan dan risikan kita telah dapat tangkap seramai 16 orang dan kita biar mahkamah membuat keputusan terhadap mereka.
"Masyarakat patut dan boleh berfikir dengan risalah dan penerbitan yang dikeluarkan berkaitan ajaran itu serta tindakan susulan akan diambil terhadap syarikat yang menerbitkannya," katanya lagi.

credit : Hambali Abdullah

Sunday, November 4, 2012

Nurul Izzah halalkan murtad?!!



Kita lihat sejauh mana Hipokritnya pemimpin - pemimpin PAS bila mereka baca mengenai perkara ini. Kalau dengan Chua Soi Lek, bukan main lagi diorang hentam.

Siap diorang hantar memorandum dan sebagainya. Jadi, kali ini, apa pulak yang akan mereka katakan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nurul Izzah ni?

Adakah mereka bersetuju dengan cadangan yang telah diluahkan oleh Nurul Izzah berkaitan dengan kebebasan beragama termasuk bagi umat Islam ni?

Adakah PAS juga akan turut serta menyatakan bahawa umat Islam sepatutnya diberikan Hak untuk menukar agama sesuka hati mereka dimasa akan datang?
“Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’, ia seharusnya dilaksanakan sama rata,” katanya ketika menjadi panel forum'Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang hari ini.
Bukannya Si Nurul Izzah ni tak tau bahawa menukar agama bagi umat Islam ni dianggap MURTAD dan ianya merupakan satu DOSA Besar!!!

Dan bagaimana pula dengan cadangan dia bahawa pihak berkuasa tidak mempunyai Hak untuk menghalang kegiatan LGBT ni? Adakah PAS juga akan turut menyokong perkara tersebut?

Selain LGBT, Nurul Izzah juga turut menyarankan bahawa undang - undang berkaitan dengan maksiat juga dilihat tidak adil kepada rakyat.

Bagi Nurul Izzah, apa yang dilakukan oleh rakyat didalam bilik tertutup merupakan hak kebebasan mereka juga dan tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalangnya.
“Pelaksanaan (undang-undang ketika ini) tidak menghormati (pelaku) dan tidak membawa sebarang makna dari segi Islam dan juga mana-mana agama.Kita (Muslim) ada sekatan-sekatan tertentu, tetapi ia tidak seharusnya menceroboh ruang privasi,” tegas beliau.
Hak Pelaku tu perlu dihormati, tetapi bagaimana pulak dengan Hak Agama Islam tu sendiri? Adakah dia nak Hak agama Islam tu hanya dibakul sampahkan begitu sahaja?

Secara tak lansung tindakan Si Nurul Izzah ni sebenarnya telah mengHalalkan maksiat dikalangan rakyat Malaysia serta umat Islam.

Tindakan dia sebenarnya adalah untuk menghalakan perbuatan terkutuk yang telah dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini. 

Kalau maksiat tu pun dia tak anggap sebagai satu dosa besar, apatah lagi dengan isu pertukaran agama dikalangan umat Islam dan membenarkan mereka jadi Murtad!!! Lagi la dia buat tak peduli!!! Janji, orang undi dia. Bab Halal Haram ni, dia bukannya ambik berat sangat!!!


credit : semut hitam

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...