Sunday, May 16, 2010

Apa Sudah Jadi Dengan PAS Tumpat

Baru-baru ini saya menghadiri satu ceramah yang dianjurkan oleh PAS Tumpat di Perkarangan Pejabat ADUN Kelaboran di Bandar Tumpat. Antara penceramah yang hadir pada malam tersebut ialah Ahli Parlimen Padang Serai iaitu N Gobalakrisnan dan Ust. Hamid Derani Sebagai Penceramah Tetap Urusetia Penerangan PAS Kelantan serta ADUN Kelaboran YB Mohd Zaki sebagai alu-aluan.
Apa yang dikuatirkan ialah kehadiran pada dalam tersebut amatlah mengecewakan pihak penganjur ceramah tersebut kerana tidak lebih 500 orang yang hadir mendengar ceramah tersebut. Jika di bandingkan dengan sambutan yang diterima dalam setiap ceramah anjuran PAS sebelum ini ianya amatlah jauh untuk dibandingkan. Ceramah ini boleh lah dianggap satu ceramah yang agak penting bagi PAS kerana itulah mereka menjemput N Gobalakrisnan bagi menarik perhatian pendengar yang semakin kurang berminat dengan ceramah PAS namun hasilnya juga memuaskan.
Mengapa terjadi begini, adakah pertelingkahan puak dalam PAS Kelantan juga memperngaruhi PAS Tumpat, bagi saya ianya mungkin berlaku kerana YB Zaki yang juga merupakan Setiausaha PAS Kelantan yang menggantikan YB Datuk Takiyyudin yang digugurkan dari jawatan tesebut kerana dikatakan tidak sehaluan dengan YB Datuk Husam, sekiranya ini terjadi kenapa senario ini turut melanda PAS Tumpat mungkin ahli-ahli PAS melihat YB Zaki merupakan salah satu pencatur dalam gerakan menghalang YB Ust. Ahmad Yaacob yang juga Timbalan Menteri Besar untuk menduduki tahta Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar.
Sepatutnya ceramah yang dihadiri oleh penceramah luar yang mempunyai pengaruh yang kuat semestinya mendapat sambutan yang hangat namun 500 orang yang hadir pada malam tersebut merupakan satu protes secara senyap yang dibuat oleh ahli-ahli PAS, sebenarnya senario ini sudah pun menular dalam ceramah-ceramah mereka yang lalu kerana kehadiran yang dicatatkan juga amat mengecewakan dan memaluklan PAS Tumpat.
Adakah pengaruh Ust. Ahmad Yaacob begitu besar di Tumpat sehinggakan ahli-ahlinya yang kecewa dengan tindakan YB Zaki memulau beliau telah menyebabkan setiap ceramah yang dianjurkan oleh YB Zaki tidak mendapat sambutan namun sebaliknya berlaku pada YB Timbalan Menteri Besar.
Saya melihat senario ini akan terus berlarutan selagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat tidak menamakan siapa pengantinya bila beliau bersara kelak, ini kerana puak-puak yang dikatakan sedang melobi bagi memastikan ketua mereka menjadi Menteri Besar, terus-terusan mencari kesalahan secara halus bagi menjatuhkan lawan masing-masing.
Selaku pemerhati politik di Kelantan saya merasakan sekiranya PAS Kelantan tidak meleraikan kekusutan yang ada maka tidak peliklah tragedi 1978 yang melanda PAS Kelantan sekali lagi akan berlaku dan sekiranya ini benar-benar berlaku maka Barisan Nasional Kelantan yang diterajui UMNO akan kembali diberi mandat oleh rakyat Kelantan, itu pun sekiranya UMNO Kelantan berjaya memberi keyakinan kepada Rakyat bahawa UMNO lebih baik dari PAS dalam mentadbir Kelantan.

Sunday, May 9, 2010

Amanat Tok Guru Haji Lah - Nik Aziz Wahabi..

Bicara Pasir Mas menulis..

Ceramah Agama dan Isu-Isu Semasa oleh Pengasas dan Tuan Guru Pondok Geting Tumpat, Tok Guru Hj Abdullah Sa'amah di perkarangan KADA Slow Machang, Pasir Mas mendapat sambutan luar biasa dengan menarik lebih 2,000 hadirin.

Ceramah yang diadakan pada 7 Mei 2010 dianjurkan oleh Biro Penerangan UMNO Bahagian Pasir Mas yang turut menampilkan Sdra. Wan Khairul Ihsan Wan Muhamad, bekas Ketua Pemuda AMK Kelantan menyebabkan jalan masuk ke Kg Slow Machang dari arah bandar Pasir Mas dan Jalan Pasir Pekan sesak teruk.

Ceramah ini telah diwar-warkan sejak 2 minggu lepas. Penampilan Tok Guru Haji Lah memang menjadi igauan ngeri kepada Pas kerana di setiap tempat ceramah Tok Guru Hj Lah sentiasa dihadiri ribuan pendengar.

Banner ceramah Tok Guru Hj Lah ini pada awalnya telah digantung di 10 lokasi strategik sekitar bandar Pasir Mas namun 9 daripadanya telah disabotaj. Melihat kepada perbuatan khianat yang tidak bertanggungjawab ini, pihak penganjur membuat keputusan menaikkan tambahan 20 keping lagi banner yang sama di lebih banyak lokasi.

Ini menyebabkan Pas menjadi lebih cemas apabila menyedari promosi ceramah ini akan turut menarik perhatian penyokong mereka. Oleh itu, sebagai jalan terakhir mereka telah menganjurkan satu ceramah yang menampilkan Mahfuz Omar dan Hamid Derani pada masa yang sama di Mini Stadium Pasir Mas bagi menghalang penyokong mereka mendengar ceramah Tok Guru Hj Lah.

Dalam ceramahnya, Tok Guru Haji Lah menjelaskan mengapa beliau mendakwa Nik Aziz dan Pas Wahabi. Beliau menggariskan 13 perkara yang menjadi persamaan nyata antara Nik Aziz dan pengikut Wahabi di timur tengah. Antaranya adalah isu mengenang dan menyambut hari lahir Rasulullah, 4 mazhab umat Islam, Sifat 20, menyamakan Abu Jahal lebih baik dari umat Islam, tahlil dan talkin orang mati.

Tok Guru Hj Lah juga mendakwa sebab utama Nik Aziz menolak perpaduan dengan UMNO adalah kerana mahu melaksanakan fahaman Wahabi di negara ini kerana dia sedar UMNO akan menolak fahaman tersebut disebabkan UMNO berpegang pada ahli sunnah wal jamaah.

Tok Guru Hj Lah menyifatkan Pas yang asal sudah mati kerana Pas hari ini tidak lagi mempunyai roh membela Islam sepertimana Pas dahulu. Pas sekarang hanyalah jasad sahaja kerana inipati perjuangannya sudah terpesong jauh sehingga sanggup menjadikan DAP yang terang-terang menentang Islam sebagai sahabat karib demi menjatuhkan kerajaan Islam yang telah lebih 50 tahun terbukti berjaya menjaga kedaulatan Islam di bumi ini.

Oleh itu Tok Guru mengajak semua umat Islam dan orang Melayu agar menuinggalkan Pas dan bersama membentuk perpaduan dengan UMNO untuk menjaga tanahair ini.















Wednesday, May 5, 2010

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...