Wednesday, September 22, 2010

Laporan polis berhubung sumbangan RM 4 billion kpd PAS Kelantan


3.30 Petang - Bertempat di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan yg diwakili oleh Pen. Setiausaha Pergerakan itu, Che Othman Che Wil telah membuat laporan polis berhubung dengan sumbangan sebanyak RM 4 Billion yg didakwa telah disumbangkan oleh sebuah syarikat kpd Parti PAS berkaitan dgn Projek Super Mega Seri Tujuh.


Che Othman yg turut diiringi oleh kira-kira 40 org anggota Pemuda Kelantan dalam kenyataan akhbarnya menjelaskan bahawa laporan polis dibuat agar pihak berkuasa dapat menyiasat tentang kesahihan berhubung dakwaan ini kerana ia melibatkan imej sebuah kerajaan negeri Kelantan.

Kenyataan penuh akhbar (sila klik pd gmbr utk paparan lebih besar)

Saturday, July 31, 2010

Tan Sri Annuar Musa dipilih Timbalan Presiden FAM 2010-2014

Cekati Tembaga menulis...

Cekati Tembaga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Annuar Musa, Bapa Pemodenan Bolasepak Kelantan yang telah dipilih untuk bergandingan dengan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Timbalan Presiden FAM untuk sessi 2010-2014.

Kongres Tahunan ke-47 FAM yang berlangsung hari ini turut menyaksikan jawatan Presiden dimenangi tanpa bertanding oleh DYMM Tuanku Sultan Ahmad Shah.

Pemilihan Tan Sri Annuar Musa menepati ramalan ramai yang merasakan beliau adalah tokoh paling layak menyandang jawatan No.2 FAM ini setelah seluruh negara melihat perubahan mendadak kepada pasukan Bolasepak Kelantan yang diterajui beliau.

Keupayaan Annuar Musa mengubah sama sekali pasukan Kelantan daripada sebuah pasukan belasahan dan penghuni tetap dasar liga, menjadi sebuah pasukan yang amat disegani dan paling dicemburui lawan, membuktikan pemilihan ahli-ahli kongres FAM sememangnya menepati kehendak seluruh peminat bolasepak tempatan.

Kehadiran Annuar Musa dalam pasukan Kelantan bukan sekadar mengubah perspeksi negatif terhadap pasukan itu, tetapi menjenamakan semula Kelantan sebagai "The Red Worriors".

Kelantan kini bukan sekadar pasukan bolasepak tetapi kini menjadi sebuah industri bolasepak yang berkembang pesat dengan penghasilan pelbagai produk berjenama The Red Worriors sehingga diiktiraf oleh Malaysia Book of Record sebagai pasukan yang paling banyak mengeluarkan produk menggunakan jenama tersebut.

Annuar Musa sudah buktikan, tanpa bantuan daripada kerajaan PAS Kelantan sekalipun, The Red Worriors tidak menjadikannya sebagai halangan untuk menjadi pasukan yang hebat. Beliau sudah buktikan dengan keupayaan merencana pasukan menjadikan Kelantan sebagai rebutan penaja.

Syabas diucapkan kepada Tan Sri Annuar Musa.

Seluruh negara kini menunggu sentuhan ajaib Annuar Musa untuk merombak lanskap bolasepak negara. Seluruh negara mengharapkan Annuar Musa mencipta keajaiban seterusnya untuk bukan sekadar meningkatkan mutu bolasepak negara malah mengembalikan nostalgia kegemilangan Skuad Harimau seperti zaman lagenda Mokhtar Dahari.

Tetapi sedikit kegusaran kepada peminat The Red Worriors, bimbang kalau-kalau Annuar terpaksa menumpukan lebih masa di FAM, akan terabai pembangunan The Red Worriors.

Semoga kebimbangan ini tidak menjadi kenyataan, sebagaimana The Red Worriors memerlukan Annuar Musa, begitu jugalah seluruh negara menagih sentuhan beliau. Kita terimanya dengan redha..

Saturday, July 17, 2010

Ribuan rakyat Pasir Mas hadir Menyambut "Jaguh Kampung"...

Oleh Cekati Tembaga..

Majlis Sambutan Jaguh Kampung Pahlawan Melayu Tok Him anjuran penyokong-penyokong Ahli Parlimen Pasir Mas itu di Dataran Stesen Keretapi Pasir Mas, dihadiri oleh lebih 2,500 orang rakyat Pasir Mas.

Majlis bermula kira-kira jam 3.00 petang dengan perarakan ratusan pemuda bermotosikal, bermula dari Jambatan Tendong hingga ke tapak acara sambutan yang terletak di tengah-tengah bandar Pasir Mas.

Ketibaan YB Dato' Ibrahim Ali disambut dengan tiupan serunai dan persembahan Silat Cantik. Beliau kemudian diusung di atas tandu dan diarak penyokong-penyokongnya ke pentas utama.

Majlis dimulakan oleh bacaan sajak penuh bersemangat berjudul Adi Jagat Wira Bangsa. Ia disusuli oleh ucapan AJK Perkasa Pusat dari Selangor, YDP Perkasa Perlis dan kemudiannya ucapan Dato' Ibrahim yang juga Presiden PERKASA.

Turut hadir pimpinan PERKASA Pusat dan Kelantan serta pimpinan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK). Majlis berakhir kira-kira jam 6.15 petang.

Berikut dibawakan gambar-gambar menarik sepanjang program petang tadi.

\

Wednesday, June 23, 2010

Hakikat Sebenar Hubungan Anwar, George Soros, dan ICG (International Crisis Group). Siapa yang lebih Yahudi?

bile perut memulas...





1. Siapakah George Soros, dan peranannya dalam Krisis Ekonomi Asia Tenggara 1997?

• George Soros merupakan seorang rakyat Amerika berbangsa yahudi dan pakar spekulasi mata wang asing. Beliau dikenali di arena antarabangasa kerana taktiknya yang licik memanipulasikan nilai mata wang demi meraih keuntungan tanpa mengira mana-mana pihak termasuk negara-negara lain.
• Tindakan beliau memanipulasikan mata wang negara Asia Tenggara dipercayai antara punca kejatuhan ekonomi di rantau ini.
• Pakar ekonomi John Perkins dalam bukunya Confession of an Economic Hitman, mendakwa pakar spekulasi mata wang seperti George Soros bertanggungjawab menjatuhkan ekonomi sesebuah negara demi membuka laluan kepada IMF bagi menghulur bantuan rangsangan kewangan atas syarat faedah yang tinggi kepada negara yang meminjam
• Tindakan IMF itu dilihat mempunyai tujuan tertentu, terutama demi mengawal sumber asli, dan mempengaruhi dasar luar, negara Asia Tenggara, terutama terhadap pelabur luar.
• Negara-negara yang menerima bantuan ransangan IMF seperti Thailand,dan Indonesia, dilihat tidak mampu memulihkan ekonomi mereka, malah pengangguran, dan kes bankrapsi terus meningkat sehingga pentadbiran negara terbabit terjejas akibat dibebani hutang IMF

2. Apakah peranan ICG di arena antarabangsa, dan hubungannya dengan George Soros?


• International Crisis Group (ICG), merupakan sebuah badan yang ditubuhkan bekas Timbalan Pengerusi Bank Dunia Mark Malloch Brown yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Soros Fund Management, dan Open Society Institut milik George Soros.
• Selain menyumbang dana kewangan melalui badan Open Society Institut kepada ICG. George Soros juga merupakan Ahli Majlis Eksekutif badan itu.
• ICG yang mendapat bantuan negara-negara barat dilihat memainkan peranan penting di peringkat antarabangsa sebagai badan perisikan maklumat bagi membantu Amerika Syarikat, dan negara-negara barat menangani konflik dan krisis di arena global.


3. Benarkah Anwar Ibrahim Merupakan penasihat dan Ahli Majlis Eksekutif ICG?


• Mengikut Laporan Maxim News, selain Bekas Menteri Luar Israel Shlomo Ben-Ami, dan ahli Senate Amerika Syarikat Nancy Kassenbaum Baker, Anwar Ibrahim merupakan antara Ahli Majlis Eksekutif ICG yang dilantik pada 29 June 2006.
• Selain itu juga Kerajaan Amerika Syarikat mempunyai perwakilan tersendiri dalam ICG, yang diwakili oleh bekas Setiausaha Dalam Negeri Amerika Syarikat, Morton bramowitz, Kenneth Adelman Pengerusi Kawalan Senjata Api Amerika, dan Zbignew Brzezinsk Bekas Penasihat Pertahanan Negara President Amerika Syarikat yang bertanggung jawab terhadap peperangan menentang terrorism di Afghanistan, dan Iraq. Selain Anwar Ibrahim, kesemua mereka yang dinyatakan termasuk George Soros, dan pengasas ICG Mark Malloch Brown berbangsa Yahudi.



4. Benarkah ICG mendapat bantuan kewangan daripada badan-badan Yahudi?


• Mengikut laporan daripada laman web ICG sendiri,
Sarlo Foundation of the Jewish Community Endowment Fund,
Ford Foundation,
Carnegie Corporation of New York,
United States Institute of Peace,
• Merupakan antara badan yahudi yang membiayai aktiviti ICG.


5. Benarkan George Soros, dan ICG terlibat dengan Jabatan Perisikan Israel?


• Penganalisa politik Wayne Madsen dalam artikelnya ‘Soros Funds Infiltration” pada bulan Febuari 2009 terbitan OnlineJournal.com, mendakwa George Soros mengunakan Open Institut Society, dan Soros Fund Management yang bertanggungjawab membiayai ICG, untuk menyalurkan maklumat tentang krisis-krisis global terutama yang berkait rapat tentang isu Islam dan terrorism kepada kerajaan Israel

6. Benarkah Anwar Ibrahim yang merupakan Penasihat ICG mempunyai hubungan yang rapat dengan George Soros?

• Semasa Krisis Ekonomi Asia Tenggara 1997, Anwar Ibrahim selaku bekas menteri kewangan pada masa itu menyokong, dan menyarankan Malaysia menerima bantuan kewangan daripada IMF. Walaupun mengetahui impak negatif bantuan tersebut yang telah dialami negara Asia Tenggara yang lain.
• Selain itu beliau juga begitu tegas mempertahankan Soros dan spekulator mata wang asing dan peranan mereka. Walaupun jelas tindakan George Soros mengundang krisis ekonomi Asia tenggara 1997.
• Anwar Ibrahim berpendapat bahawa sejajar dengan konsep Free Market Economy ( Dasar Ekonomi Bebas) pakar-pakar spekulator tidak harus disekat dan perlu diberi kebebasan penuh.
• Kenyataan yang dibuat Anwar Ibrahim dalam Asian Wall Street Journal itu masih dipegang kukuh beliau sehingga hari ini .
• Manakala semasa Anwar Ibrahim di penjara atas dakwaan salah guna kuasa, George Soros begitu lantang mengkritik tindakan Kerajaan Malaysia, dan tangkas membela Anwar Ibrahim.



7. Benarkan Anwar Ibrahim mendapat sokongan kewangan George Soros semasa kempen Piliharaya negara?


• Kenyataan itu disokong sendiri oleh Raja Petra Kamarudin. Dalam artikelnya yang ditulis pada 12 Febuari 2010 dalam lawan web Malaysia Today bertajuk “Anuar Shaari, dan George Soros”, penulis kontroversi itu mendakwa …
• I then called back the US and told my contact that the four people who were there are legitimate. I also gave him the names of the four people and my US contact confirmed that I was right.
• It is important that I confirm that these four are authorised to act on behalf of the Free Anwar Campaign, my US contact informed me. Then he asked me another question. “Is it true that the opposition is very short of money and that if they had a few million Ringgit then the opposition has a better chance of winning the next general election?”
• “That is true,” I replied.

“Okay,” my US contact told me. “Then we will help arrange something for them. Ten or twenty million Ringgit is no problem for us. We can handle that.”
• I found out later from a very senior party leader that the money came from George Soros (see more here: http://www.georgesoros.com/). The four in fact personally met Soros in his office. And I was even told who had arranged for the meeting and the subsequent funding.
• Jelas di sini mengikut kenyataan Raja Petra, Anwar Ibrahim didakwa mendapat sokongan kewangan yang besar bagi kempen pilihanraya beliau daripada rakan karibnya di ICG yang juga merupakan individu yang bertanggungjawab menjatuhkan ekonomi rantau Asia Tenggara.


8. Kenapa George Soros yang dikenali dengan sikapnya yang licik dan sekularis, begitu berbesar hati membantu seorang pemimpin yang memperjuangan idea-idea islam, yang jelas bertentangan dengan prisip beliau?


• Sukar untuk kita memahami kenapa George Soros begitu besar hati membantu kempen dan perjuangan Anwar Ibrahim, yang berpolitik di bawah tiket Islam.
• Lebih - lebih lagi apabila George Soros dikenali dengan sikapnya yang pro aliran Sekular, dan didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Kerajaan Israel.
• Apa yang lebih menghairankan Anwar Ibrahim yang begitu jelas menentang gerakan Yahudi, sanggup menerima dana, dan bantuan daripada seorang kapitalis barat yang dianggap sebagai rakan karibnya.



9. Apakah perbezaan ICG dan APCO


• APCO merupakan sebuah syarikat komunikasi global, yang terlibat dalam industri media dan penyiaran maklumat.
• Paul Stedlen yang mewakili APCO di Malaysia merupakan seorang bekas wartawan dan jurucakap bagi badan tersebut
• Fungsi APCO adalah hanya untuk membantu melalui arena media bagi memulihkan imej negara daripada sudut diplomatik dan koprat.


• Selain itu APCO juga merupakan syarikat antarabangsa yang mempunyai cawangan di seluruh dunia termasuk di rantau Arab.

• Manakala ICG yang di anggotai Anwar Ibrahim merupakan sebuah badan yang diwakili pegawai perisikan dan pertahanan Kerajaan Amerika Syarikat dan Kerajaan Israel.

• ICG juga didapati bertanggungjawab menyediakan maklumat risikan dan nasihat untuk membantu negara barat menghadapi ancaman dan krisis keselamatan global.

• ICG merupakan sebuah badan yang dibiayai oleh badan-badan sekular dan pro Yahudi, di bawah pimpinan George Soros.


10. Benarkah terdapat ada percanggahan pendirian Anwar Ibrahim tentang APCO?


• Jelas sekali di mata rakyat Malaysia Anwar Ibrahim begitu vokal dan lantang membangkit isu APCO di parlimen, malah menggesa Kerajaan supaya tidak lagi berurusan dengan APCO, walaupun badan itu hanya berfungsi sebagai penasihat imej kepada Malaysia.
• Namun yang menghairankan kehadiran APCO sebagai Ahli Badan Penasihat Antarabangsa ICG langsung tidak ditentang Anwar Ibrahim yang juga merupakan penasihat, dan ahli Majlis Eksekutif ICG itu.
• Malah Anwar Ibrahim sendiri mengetahui Majlis Eksekutif ICG yang diwakilinya sering menggunakan khidmat dan nasihat APCO.
• Justeru ramai yang keliru tentang pendirian Anwar yang sering bercanggah dan tidak konsisten ini.

Sunday, May 16, 2010

Apa Sudah Jadi Dengan PAS Tumpat

Baru-baru ini saya menghadiri satu ceramah yang dianjurkan oleh PAS Tumpat di Perkarangan Pejabat ADUN Kelaboran di Bandar Tumpat. Antara penceramah yang hadir pada malam tersebut ialah Ahli Parlimen Padang Serai iaitu N Gobalakrisnan dan Ust. Hamid Derani Sebagai Penceramah Tetap Urusetia Penerangan PAS Kelantan serta ADUN Kelaboran YB Mohd Zaki sebagai alu-aluan.
Apa yang dikuatirkan ialah kehadiran pada dalam tersebut amatlah mengecewakan pihak penganjur ceramah tersebut kerana tidak lebih 500 orang yang hadir mendengar ceramah tersebut. Jika di bandingkan dengan sambutan yang diterima dalam setiap ceramah anjuran PAS sebelum ini ianya amatlah jauh untuk dibandingkan. Ceramah ini boleh lah dianggap satu ceramah yang agak penting bagi PAS kerana itulah mereka menjemput N Gobalakrisnan bagi menarik perhatian pendengar yang semakin kurang berminat dengan ceramah PAS namun hasilnya juga memuaskan.
Mengapa terjadi begini, adakah pertelingkahan puak dalam PAS Kelantan juga memperngaruhi PAS Tumpat, bagi saya ianya mungkin berlaku kerana YB Zaki yang juga merupakan Setiausaha PAS Kelantan yang menggantikan YB Datuk Takiyyudin yang digugurkan dari jawatan tesebut kerana dikatakan tidak sehaluan dengan YB Datuk Husam, sekiranya ini terjadi kenapa senario ini turut melanda PAS Tumpat mungkin ahli-ahli PAS melihat YB Zaki merupakan salah satu pencatur dalam gerakan menghalang YB Ust. Ahmad Yaacob yang juga Timbalan Menteri Besar untuk menduduki tahta Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar.
Sepatutnya ceramah yang dihadiri oleh penceramah luar yang mempunyai pengaruh yang kuat semestinya mendapat sambutan yang hangat namun 500 orang yang hadir pada malam tersebut merupakan satu protes secara senyap yang dibuat oleh ahli-ahli PAS, sebenarnya senario ini sudah pun menular dalam ceramah-ceramah mereka yang lalu kerana kehadiran yang dicatatkan juga amat mengecewakan dan memaluklan PAS Tumpat.
Adakah pengaruh Ust. Ahmad Yaacob begitu besar di Tumpat sehinggakan ahli-ahlinya yang kecewa dengan tindakan YB Zaki memulau beliau telah menyebabkan setiap ceramah yang dianjurkan oleh YB Zaki tidak mendapat sambutan namun sebaliknya berlaku pada YB Timbalan Menteri Besar.
Saya melihat senario ini akan terus berlarutan selagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat tidak menamakan siapa pengantinya bila beliau bersara kelak, ini kerana puak-puak yang dikatakan sedang melobi bagi memastikan ketua mereka menjadi Menteri Besar, terus-terusan mencari kesalahan secara halus bagi menjatuhkan lawan masing-masing.
Selaku pemerhati politik di Kelantan saya merasakan sekiranya PAS Kelantan tidak meleraikan kekusutan yang ada maka tidak peliklah tragedi 1978 yang melanda PAS Kelantan sekali lagi akan berlaku dan sekiranya ini benar-benar berlaku maka Barisan Nasional Kelantan yang diterajui UMNO akan kembali diberi mandat oleh rakyat Kelantan, itu pun sekiranya UMNO Kelantan berjaya memberi keyakinan kepada Rakyat bahawa UMNO lebih baik dari PAS dalam mentadbir Kelantan.

Sunday, May 9, 2010

Amanat Tok Guru Haji Lah - Nik Aziz Wahabi..

Bicara Pasir Mas menulis..

Ceramah Agama dan Isu-Isu Semasa oleh Pengasas dan Tuan Guru Pondok Geting Tumpat, Tok Guru Hj Abdullah Sa'amah di perkarangan KADA Slow Machang, Pasir Mas mendapat sambutan luar biasa dengan menarik lebih 2,000 hadirin.

Ceramah yang diadakan pada 7 Mei 2010 dianjurkan oleh Biro Penerangan UMNO Bahagian Pasir Mas yang turut menampilkan Sdra. Wan Khairul Ihsan Wan Muhamad, bekas Ketua Pemuda AMK Kelantan menyebabkan jalan masuk ke Kg Slow Machang dari arah bandar Pasir Mas dan Jalan Pasir Pekan sesak teruk.

Ceramah ini telah diwar-warkan sejak 2 minggu lepas. Penampilan Tok Guru Haji Lah memang menjadi igauan ngeri kepada Pas kerana di setiap tempat ceramah Tok Guru Hj Lah sentiasa dihadiri ribuan pendengar.

Banner ceramah Tok Guru Hj Lah ini pada awalnya telah digantung di 10 lokasi strategik sekitar bandar Pasir Mas namun 9 daripadanya telah disabotaj. Melihat kepada perbuatan khianat yang tidak bertanggungjawab ini, pihak penganjur membuat keputusan menaikkan tambahan 20 keping lagi banner yang sama di lebih banyak lokasi.

Ini menyebabkan Pas menjadi lebih cemas apabila menyedari promosi ceramah ini akan turut menarik perhatian penyokong mereka. Oleh itu, sebagai jalan terakhir mereka telah menganjurkan satu ceramah yang menampilkan Mahfuz Omar dan Hamid Derani pada masa yang sama di Mini Stadium Pasir Mas bagi menghalang penyokong mereka mendengar ceramah Tok Guru Hj Lah.

Dalam ceramahnya, Tok Guru Haji Lah menjelaskan mengapa beliau mendakwa Nik Aziz dan Pas Wahabi. Beliau menggariskan 13 perkara yang menjadi persamaan nyata antara Nik Aziz dan pengikut Wahabi di timur tengah. Antaranya adalah isu mengenang dan menyambut hari lahir Rasulullah, 4 mazhab umat Islam, Sifat 20, menyamakan Abu Jahal lebih baik dari umat Islam, tahlil dan talkin orang mati.

Tok Guru Hj Lah juga mendakwa sebab utama Nik Aziz menolak perpaduan dengan UMNO adalah kerana mahu melaksanakan fahaman Wahabi di negara ini kerana dia sedar UMNO akan menolak fahaman tersebut disebabkan UMNO berpegang pada ahli sunnah wal jamaah.

Tok Guru Hj Lah menyifatkan Pas yang asal sudah mati kerana Pas hari ini tidak lagi mempunyai roh membela Islam sepertimana Pas dahulu. Pas sekarang hanyalah jasad sahaja kerana inipati perjuangannya sudah terpesong jauh sehingga sanggup menjadikan DAP yang terang-terang menentang Islam sebagai sahabat karib demi menjatuhkan kerajaan Islam yang telah lebih 50 tahun terbukti berjaya menjaga kedaulatan Islam di bumi ini.

Oleh itu Tok Guru mengajak semua umat Islam dan orang Melayu agar menuinggalkan Pas dan bersama membentuk perpaduan dengan UMNO untuk menjaga tanahair ini.















Wednesday, May 5, 2010

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...