Friday, April 13, 2012

PTPTN DITUBUH SEMASA 'PEMERINTAHAN' ANWAR! DUSHH!!!!


Cik Ali Cik Limah Pakai Sedondong
Pergi Meminang Anak Cik Rahim
Siang Malam Kerjanya Berbohong
Itulah dia Anwar Bin Ibrahim

Tahun 1997, Tun Dr Mahathir (1997-Datuk Seri) telah mengambil cuti selama dua bulan lebih dan beliau telah melantik timbalannya ketika itu , Anwar Ibrahim , sebagai pemangku PM.

Tarikh Anwar dilantik sebagai pemangku PM pada 19.Mei.1997 dan tamat pada26.Julai.1997.

Apabila Tun Dr M melantik Anwar sebagai pemangku PM bermakna pada waktu itu Anwar mempunyai kuasa yang dimiliki oleh seorang PM.

Tun bagi kuasanya sebagai PM kepada Anwar dan Tun serah kepadanya untuk buat apa-apa sahaja keputusan sepanjang beliau bercuti.

Keratan akhbar dibawah ini sebagai bukti bagaimana berkuasanya Anwar sebagai pemangku PM.
Utusan Malaysia 16.Mei.1997
Utusan Malaysia 23.Mei.1997
Itu baru satu contoh bagaimana berkuasanya Anwar sebagai seorang pemangku PM. Banyak lagi yang lain masih ada.

Anda mungkin tertanya-tanya, apa ke jadahnya si RBF ni menceritakan kuasa Anwar sebagai pemangku PM ?

Sekarang mari saya tunjukkan kepada anda apa mesej yang saya nak sampaikan....

Hari ini Anwar dan pendekar-pendekar tiga sukunya bercakap pasal pemansuhan PTPTN.

PTPTN zalim....

PTPTN kejam....

PTPTN membebankan....

Dan Anwar berjanji akan mansuhkan PTPTN jika dia menjadi PM.

Kah....kah....kah....kah....kah....1 Tanah Melayu kena tipu dengan Anwar....

Kena tipu beb.......kena tipuuuuuuuuu.......

Kenapa saya kata kena tipu ?

Berikut adalah info berhubung penubuhan PTPTN yang dipetik dari portal rasmiPTPTN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Perhatikan tarikh yang saya hitamkan....

Siapa yang memiliki kuasa PM pada ketika itu ?

Siapa ?

Siapaaaa ?

Siapaaaaaaaa ?

Waktu itu dia ada kuasa PM , dia setuju dan dia benarkan PTPTN ditubuhkan. Hari ini dia kata jika dia menjadi PM dia akan hapuskan PTPTN. Khaikkkkkk ptuihhhhhhh......

Cuba anda semua fikirkan, pada masa itu dia mempunyai kuasa sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab memberi kebenaran kepada PTPTN untuk mengeluarkan pinjaman, kuasa sebagai seorang TPM dan yang paling penting kuasa PM pun ada di tangan dia pada ketika itu. Tun Dr M sendiri kata Anwar ada kuasa penuh apabila memangku jawatan PM

Dayung sudah ditangan,perahu sudah di air . Sepatutnya kalau dia tidak bersetuju dengan PTPTN kerana zalim, kejam dan membebankan dia patut batalkan penubuhan PTPTN pada ketika itu kerana segala kuasa berada ditangannya.

Nak percaya Anwar lagi ?

credit : rbfonline

Thursday, April 12, 2012

ISU KOMISYEN RM 540 JUTA PEMBELIAN KAPAL SELAM SCORPENE YG PEMBANGKANG TIDAK DEDAHKAN!!


Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan pemimpin pembangkang lain yang pernah menjaja propaganda kononnya kerajaan Malaysia telah membayar sejumlah 114.96 juta euro (RM540 juta) kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd untuk komisyen pembelian dua buah kapal selam Scorpene. Berdasarkan laporan rasmi kontrak perolehan terbukti fitnah pembangkang nyata tidak berasas.

Komisyen RM540 juta yang diwar-warkan oleh Anwar dan balacinya sebagai komisyen pembelian kapal selam tersebut sebenarnya adalah nilai kontrak yang diberikan kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun manakala pembayaran oleh kerajaan kepada syarikat tersebut pula dilakukan secara berperingkat bergantung kemajuan projek yang dilaksanakan.

Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad serta K.S Ombak Laut Sdn Berhad bertanggungjawab secara langsung dalam pelbagai skop kerja sokongan & koordinasi misalnya;-

i. Penyediaan kemudahan kediaman & kelengkapan untuk kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis dan Sepanyol.

ii. Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan kelengkapan untuk keperluan 156 orang krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun di Perancis dan Sepanyol.

iii. Menyediakan insuran kesihatan bagi melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka berada di Perancis dan Sepanyol.

iv. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya.

v. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis dan Sepanyol.

Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu juga meliputi khidmat koordinasi yang perlu disediakan oleh syarikat Perimekar Sdn Bhd. Perkhidmatan koordinasi yang dimaksudkan itu antaranya merangkumi tanggungjawab syarikat Perimekar Sdn Bhd untuk memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses pembinaan, program off-set, membantu kontraktor utama membabitkan urusan maklumat prosedur perlaksanaan kontrak, penyelarasan latihan krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam bulan.

Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu selain ianya bukan bayaran komisyen, ia juga sama sekali bukan merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut.

Berkemungkinan untung bersih tahunan yang menjadi miliki syarikat tersebut adalah dalam jangkaan sekitar sejuta euro atau lebih sedikit, pendek kata ia bukannya satu kontrak yang mewah atau satu komisyen jatuh dari langit seperti yang di fitnah ke sana ke mari oleh Anwar dan pemimpin PR terhadap PM dan kerajaan.

Dalam apa saja isu yang Anwar cuba palitkan pada PM dan kerajaan Malaysia akhirnya Allah s.w.t membuka pintu kebenaran di penghujungnya sekaligus meletakkan DS Najib serta kerajaan pimpinannya di tempat yang sewajarnya jauh berbeza dengan nasib Anwar dan pemimpin pembangkang yang hingga kini satu demi satu aib mereka di buka dan menjadi tontonan ramai.

- Ahmad Albab

Sunday, April 8, 2012

Inikah punca Nik Aziz Kena Serangan Jantung??!!!

Panglima Perang Cyber: PAS Akan Kalah Punca Nik Aziz Kena Serangan Jantun...

Da byk kali BK mintak scara baik ngan Nik Aziz agar brenti2 la jd MB.. cukup2lah.. duk umah je main ngan cucu.. lg brmakne dlm mniti usia senja.. kan da kena jantung.. hurmmm..

Saturday, March 31, 2012

PEJUANG UMNO MENINGGAL SEMASA MEMASANG BENDERA BN...

bulatan merah adalah tempat di mana arwah ingin memasang bendera BN

Tadi pagi BK dikejutkan dgn berita kematian sahabat BK yg juga aktivis UMNO Bukit Panau Allahyarham Ustaz Rosli Husin, 47 dan juga Allahyarham Mohd. Daisan Ibrahim,37.

BK sempat melawat keluarga arwah pg td dan menurut abg Allahyarham Ustaz Rosli, arwah meninggal dunia disebabkan terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi semasa memasang bendera BN di papan tanda berdekatan dgn kabel pncawang trsebut.

Menurut saksi yg berada ditempat kejadian, batang buluh yg digunakan si arwah tidak menyentuh dan masih jauh dr kabel pencawang tetapi mngkin disebabkan buluh yg digunakan masih baru(lembap) mnyebabkan tarikan elektrik yg brvoltan tinggi itu mnyambar btng buluh dan mangsa. Apa2 pun prkara ini sdh dlm siasatan pihak brkuasa..

BK mohon kpd semua agar dapat kita sedekahkan al-fatihah buat si arwah, smoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. takziah buat keluarga mereka...

p/s --> kpd blogger2 yg trsalah maklumat menyebarkan berita bhw arwah mninggal semasa memasang bendera DAP, BK mohon agar ditarik balik artikel tersebut.. Adalah tidak enak sekiranya keluarga si mati membacanya... terima kasih..

NIK AZIZ KAGUMI MAHATHIR!


Malas BK nak nulis panjang2, mau baca ulasan klik sini.

Peace!!

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...