Tuesday, August 28, 2012

NIK AZIZ DAN CHAI2 NYA XFAHAM MAKNA PERIBAHASA!! #BNGOMO




Tun M tempohari ada mengeluarkan peribahasa inggeris yang berbunyi'better the devil you know than the angel you don't'.  Saya begitu yakin bahawa orang yang tidak biasa menggunakan peribahasa Inggeris seperti Nik Aziz akan mengungkapkan peribahasa tersebut sebagai "lebih baik syaitan yang kamu kenal daripada malaikat yang kamu tidak kenal".

Orang yang tinggi pemikiran seperti Tun M pasti akan menggunakan bahasa Inggeris dan bukannnya bahawa Melayu bagi mengungkapkan peribahasa ini kerana ianya peribahasa Inggeris. Tun M sebenarnya menyindir parti lawan atau pembangkang yang kita lihat sangat baik seperti Malaikat tetapi batiniahnya lebih teruk jika hendak dibandingkan dengan syaitan yang kita sedia tahu jahat.

Sindiran ini juga ibarat menghentam sifat kepura-puaraan pakatan dalam memperjuangkan kebajikan rakyat. Dahulu mereka kata mereka mahu mewujudkan negara Islam tetapi sekarang mereka kata mahu mewujudkan negara berkebajikan kerana tiada dalam Al-Quran menyatakan negara Islam.

Berkenaan Isu Hudud, PAS berlolong mengatakan mereka mahu melaksanakan hukuman Hudud. Persoalannya mampukah mereka melaksanakan sesuatu rang undang-undang tanpa persetujuan majoriti di Dewan Rakyat? sudikah DAP mengorbankan prinsip mereka mahu membenarkan Hudud dilaksanakan di Malaysia? Sebagai Islam saya menyokong hukuman ini dilaksanakan tetapi biarlah ianya berpaksikan Islam dan bukan hanya sandiwara politik.

Berbalik kepada peribahasa Inggeris, peribahasa asal berbunyi'better the devil you know than the devil you don't'. Tun M ternyata telah mengubah perkataan Devil kepada Angel. Itu bukan masalah besar kepada orang yang mindanya celik. Jika kita buka kamus Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu. Angel mempunyai banyak maksud selain Malaikat. 


Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'angel' mempunyai banyak maksud seperti malaikat, bidadari, baik hati dan menyebelahi pihak yang benar. Namun, agak mengecewakan apabila Seorang Tokoh yang diiktiraf pembangkang hanya berfikiran cetek dengan mengambil maksud angel itu ialah Malaikat. Ini adalah dakwaan yang cuba diputar belitkan dengan bantuan harakah kononnya Tun M rela berbaik dengan Syaitan daripada Malaikat yang sebenar. 


Kalau ada pun individu yang rela berbaik dengan syaitan dengan menerima bantuan syaitan ialah Nik Aziz sendiri seperti rakaman dibawah:


Dari sudut mantik pula, peribahasa tersebut telah menyindir pakatan pembangkang yang membawa maksud lebih baik kita kenal dengan orang yang jahat daripada orang yang munafik. Orang yang jahat kita tahu dia memang jahat tetapi orang yang munafik ini adalah orang yang berpura-pura. Bila berkata dia berdusta, bila berjanji dia mungkir. Salah satu janji pembangkang yang kita tahu mereka dusta ialah impian 16 September merampas kerajaan melalui lompat parti.

Secara jelasnya, Nik Aziz tidak memahami perumpamaan yang diberikan oleh Tun M dan sewajarnya Nik Aziz dan harakah memohon maaf atas kekhilafan mereka menyampaikan maklumat yang "Tepat dari Sumber"

Wallahualam...


credit to harapan-esok.blogspot.com


UMNO SELAMANYA!!!

No comments:

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...