Sunday, November 4, 2012

Nurul Izzah halalkan murtad?!!



Kita lihat sejauh mana Hipokritnya pemimpin - pemimpin PAS bila mereka baca mengenai perkara ini. Kalau dengan Chua Soi Lek, bukan main lagi diorang hentam.

Siap diorang hantar memorandum dan sebagainya. Jadi, kali ini, apa pulak yang akan mereka katakan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nurul Izzah ni?

Adakah mereka bersetuju dengan cadangan yang telah diluahkan oleh Nurul Izzah berkaitan dengan kebebasan beragama termasuk bagi umat Islam ni?

Adakah PAS juga akan turut serta menyatakan bahawa umat Islam sepatutnya diberikan Hak untuk menukar agama sesuka hati mereka dimasa akan datang?
“Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’, ia seharusnya dilaksanakan sama rata,” katanya ketika menjadi panel forum'Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang hari ini.
Bukannya Si Nurul Izzah ni tak tau bahawa menukar agama bagi umat Islam ni dianggap MURTAD dan ianya merupakan satu DOSA Besar!!!

Dan bagaimana pula dengan cadangan dia bahawa pihak berkuasa tidak mempunyai Hak untuk menghalang kegiatan LGBT ni? Adakah PAS juga akan turut menyokong perkara tersebut?

Selain LGBT, Nurul Izzah juga turut menyarankan bahawa undang - undang berkaitan dengan maksiat juga dilihat tidak adil kepada rakyat.

Bagi Nurul Izzah, apa yang dilakukan oleh rakyat didalam bilik tertutup merupakan hak kebebasan mereka juga dan tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalangnya.
“Pelaksanaan (undang-undang ketika ini) tidak menghormati (pelaku) dan tidak membawa sebarang makna dari segi Islam dan juga mana-mana agama.Kita (Muslim) ada sekatan-sekatan tertentu, tetapi ia tidak seharusnya menceroboh ruang privasi,” tegas beliau.
Hak Pelaku tu perlu dihormati, tetapi bagaimana pulak dengan Hak Agama Islam tu sendiri? Adakah dia nak Hak agama Islam tu hanya dibakul sampahkan begitu sahaja?

Secara tak lansung tindakan Si Nurul Izzah ni sebenarnya telah mengHalalkan maksiat dikalangan rakyat Malaysia serta umat Islam.

Tindakan dia sebenarnya adalah untuk menghalakan perbuatan terkutuk yang telah dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini. 

Kalau maksiat tu pun dia tak anggap sebagai satu dosa besar, apatah lagi dengan isu pertukaran agama dikalangan umat Islam dan membenarkan mereka jadi Murtad!!! Lagi la dia buat tak peduli!!! Janji, orang undi dia. Bab Halal Haram ni, dia bukannya ambik berat sangat!!!


credit : semut hitam

No comments:

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...