Bila Murai Mula Berkicau....
Sunday, December 6, 2009
Undian Piala Dunia 2010
Bila Murai Mula Berkicau....
Labels:
sukan
Wednesday, December 2, 2009
Gambar menarik demonstrasi penyerahan memorandum di SUK
Tuesday, December 1, 2009
Himpunan Rakyat Kelantan bantah Nik Aziz..
Sekarang sedang berlangsung satu himpunan rakyat Kelantan di hadapan Kota Darul Naim sebagai bukti bantahan rakyat terhadap keceluparan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dengan bongkaknya mendoakan kemusnahan hidup Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Perhimpunan ini anjuran Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan (JPRK) bertujuan melahirkan rasa kesal rakyat terhadap sikap permusuhan yang ditonjolkan Nik Aziz sehingga tergamak berdoa laknat seperti itu.
Bicara Kelantan akan membawakan gambaran peristiwa bersejarah itu untuk tatapan semua tengah hari ini.

Tuesday, November 24, 2009
Demi Husam, anak pun Nik Aziz buang..
Cekati Tembaga menulis..
Telah bertahun lamanya Nik Aziz sedaya upaya bertungkus lumus menaikkan anak menantunya dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dari jawatan ekskutif biasa sehingga menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat yang dipengerusikannya sendiri itu.
Ketika melantik Ariffahmi Abdul Rahman, berbuih mulut Nik Aziz mendakwa menantunya itu adalah yang paling layak mengisi kerusi orang nombor 1 PMBK. Kata Nik Aziz menantunya ini punya kredibiliti yang baik, punyai integriti yang diyakini dan akhlak yang terpuji, disamping kelayakan akademik yang tinggi dan sangat sesuai mengetuai syarikat milik Kerajaan Negeri Kelantan itu.
Sebagai Menteri Besar pasti saja kata-kata Nik Aziz menjadi arahan apabila berkait bidang tugasnya. Pasti juga sebagai Mursyidul Am, 'nasihat' yang diberikan itu wajar dipatuhi tanpa bantah. Apa lagi sebagai kedudukannya sebagai Pengerusi PMBK akan mengukuhkan lagi kedudukan Menantunya dalam perbadanan itu.
Tetapi malangnya kedududukan tinggi Nik Aziz ini hanya mampu memberikan jawatan tetapi tidak berupaya mempertahankan kedudukan anak menantu kesayangannya itu dari diheret ke bawah dalam keadaan yang cukup hina.
Bermula dengan keputusan Ariffahmi menamatkan perkhidmatan Syed Azidi yang juga dikenali di alam blogger sebagai Kickdefella, mencetuskan ribut yang kencang dalam PMBK. Kickdefella bukan sesiapa, hanya orang biasa tetapi sebagai orang kanan dan kepercayaan Husam Musa, pemecatan Kickdefella secara tidak langsung telah mengisytiharkan perang dengan Husam.
Blogger itu juga bertindak balas dengan menyerang kembali Ariffahmi dan mendedahkan apa yang didakwanya sebagai kelemahan dan penyelewengan Ariffahmi dalam PMBK sehingga membawa kepada SPRM menyerbu pejabat Ariffahmi di PMBK.
Tindakan Kickdefella dikaitkan dengan arahan daripada Husam Musa sendiri untuk menyerang Ariffahmi. Walaupun dinafikan Husam tetapi rentetan daripada apa yang berlaku kita tidak harus menolak kemungkinan betapa keadaan Husam yang kian terdesak dan tidak sabar untuk menunggu Nik Aziz mewasiatkan jawatan Menteri Besar Kelantan kepadanya.
Jadi menggunakan orang yang dilihat bermusuh dengan Ariffahmi adalah tindakan yang baik untuk menyerang menantu Nik Aziz itu.
Pemecatan Kickdefella benar-benar mencabar kewibawaan Husam sebagai Exco kanan yang sentiasa menonjolkan diri sebagai 'budak tok guru'.
Rasa terkilan Husam tidak dapat dibendungkan lagi sehingga khabarnya Husam mengunjungi Nik Aziz untuk meluahkan rasa kecewanya dengan apa yang berlaku dan menafikan penglibatanya dalam mendedahkan penyelewengan dan kelemahan Ariffahmi.
Umum ketahui keluarga Nik Aziz amat tidak senang dengan Husam. Husam dilihat begitu dominen dalam mencorak keputusan Nik Aziz. Keluarga Nik Aziz melihat Husam sebagai terlalu banyak berperanan dalam kehidupan menteri besar Kelantan itu.
Husam bijak menggunakan peluang dan kedudukan rapatnya dengan Nik Aziz untuk meluah rasa dan menawarkan kononnya 'pengunduran' untuk menyelesaikan kemelut yang melanda Pas Kelantan ini.
Sebab itu heboh berita di media kemungkinan Husam akan meletak jawatan. Tetapi yang sebenarnya adalah apa yang dikatakan seolah-olah kata dua Husam pada Nik Aziz, arahkan Ariffahmi letak jawatan atau dia sendiri akan berundur.
Ini yang menimbulkan konflik pada Nik Aziz, terpaksa memilih antara menantu atau pembantu.
Dan semalam Nik Aziz telah buat keputusan, rupanya pembantu lebih bernilai dari menantu!
.

Monday, November 23, 2009
JASA Kelantan bantu mangsa banjir
Cekati Tembaga menulis..
Pagi ini satu pihak Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Kelantan menghulurkan sumbangan kepada 11 mangsa banjir dalam DUN Limbongan, yang berlindung di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Sekolah Menengah Kamil, Pasir Puteh.
Penduduk yang terlibat adalah dari kawasan Wakaf Bunut dan Pasir Puteh Bandar. Mangsa banjir yang ditemui melahirkan rasa syukur atas keperihatinan JASA Kelantan yang memberi sumbangan.
Majlis penyerahan bantuan sumbangan JASA Kelantan di sempurnakan oleh Hj Rujahan Salleh, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh. Hadir sama adalah Naib Ketua Bahagian, Ketua Penerangan dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian. Pihak JASA Kelantan diwakili oleh Pn. Hjh. Siti Meryam, Pemangku Pegawai Parlimen Pasir Puteh.
Subscribe to:
Posts (Atom)
NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!
Promote your blog!
Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)