Tuesday, November 24, 2009

Demi Husam, anak pun Nik Aziz buang..

Cekati Tembaga menulis..

Telah bertahun lamanya Nik Aziz sedaya upaya bertungkus lumus menaikkan anak menantunya dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dari jawatan ekskutif biasa sehingga menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat yang dipengerusikannya sendiri itu.

Ketika melantik Ariffahmi Abdul Rahman, berbuih mulut Nik Aziz mendakwa menantunya itu adalah yang paling layak mengisi kerusi orang nombor 1 PMBK. Kata Nik Aziz menantunya ini punya kredibiliti yang baik, punyai integriti yang diyakini dan akhlak yang terpuji, disamping kelayakan akademik yang tinggi dan sangat sesuai mengetuai syarikat milik Kerajaan Negeri Kelantan itu.

Sebagai Menteri Besar pasti saja kata-kata Nik Aziz menjadi arahan apabila berkait bidang tugasnya. Pasti juga sebagai Mursyidul Am, 'nasihat' yang diberikan itu wajar dipatuhi tanpa bantah. Apa lagi sebagai kedudukannya sebagai Pengerusi PMBK akan mengukuhkan lagi kedudukan Menantunya dalam perbadanan itu.

Tetapi malangnya kedududukan tinggi Nik Aziz ini hanya mampu memberikan jawatan tetapi tidak berupaya mempertahankan kedudukan anak menantu kesayangannya itu dari diheret ke bawah dalam keadaan yang cukup hina.

Bermula dengan keputusan Ariffahmi menamatkan perkhidmatan Syed Azidi yang juga dikenali di alam blogger sebagai Kickdefella, mencetuskan ribut yang kencang dalam PMBK. Kickdefella bukan sesiapa, hanya orang biasa tetapi sebagai orang kanan dan kepercayaan Husam Musa, pemecatan Kickdefella secara tidak langsung telah mengisytiharkan perang dengan Husam.

Blogger itu juga bertindak balas dengan menyerang kembali Ariffahmi dan mendedahkan apa yang didakwanya sebagai kelemahan dan penyelewengan Ariffahmi dalam PMBK sehingga membawa kepada SPRM menyerbu pejabat Ariffahmi di PMBK.

Tindakan Kickdefella dikaitkan dengan arahan daripada Husam Musa sendiri untuk menyerang Ariffahmi. Walaupun dinafikan Husam tetapi rentetan daripada apa yang berlaku kita tidak harus menolak kemungkinan betapa keadaan Husam yang kian terdesak dan tidak sabar untuk menunggu Nik Aziz mewasiatkan jawatan Menteri Besar Kelantan kepadanya.

Jadi menggunakan orang yang dilihat bermusuh dengan Ariffahmi adalah tindakan yang baik untuk menyerang menantu Nik Aziz itu.

Pemecatan Kickdefella benar-benar mencabar kewibawaan Husam sebagai Exco kanan yang sentiasa menonjolkan diri sebagai 'budak tok guru'.

Rasa terkilan Husam tidak dapat dibendungkan lagi sehingga khabarnya Husam mengunjungi Nik Aziz untuk meluahkan rasa kecewanya dengan apa yang berlaku dan menafikan penglibatanya dalam mendedahkan penyelewengan dan kelemahan Ariffahmi.

Umum ketahui keluarga Nik Aziz amat tidak senang dengan Husam. Husam dilihat begitu dominen dalam mencorak keputusan Nik Aziz. Keluarga Nik Aziz melihat Husam sebagai terlalu banyak berperanan dalam kehidupan menteri besar Kelantan itu.

Husam bijak menggunakan peluang dan kedudukan rapatnya dengan Nik Aziz untuk meluah rasa dan menawarkan kononnya 'pengunduran' untuk menyelesaikan kemelut yang melanda Pas Kelantan ini.

Nik Aziz umumkan Ariffahmi akan letak jawatan

Sebab itu heboh berita di media kemungkinan Husam akan meletak jawatan. Tetapi yang sebenarnya adalah apa yang dikatakan seolah-olah kata dua Husam pada Nik Aziz, arahkan Ariffahmi letak jawatan atau dia sendiri akan berundur.

Ini yang menimbulkan konflik pada Nik Aziz, terpaksa memilih antara menantu atau pembantu.

Dan semalam Nik Aziz telah buat keputusan, rupanya pembantu lebih bernilai dari menantu!
.

2 comments:

Anonymous said...

ish3..hang xbaik cakap camtuu..camne hang tau mende tuu..hang betul2 jumpa dengan tok guru,menantu, husam n lain2 hingga hang tau perangai diorang..camne hang tau husam jumpa dengan tok guru pastu cakap dia punya kekecewaan&blablabla..hang jangan dengan 'khabar' seperti kata hang "khabarnya Husam mengunjungi Nik Aziz untuk meluahkan rasa kecewanya dengan apa yang berlaku dan menafikan penglibatanya dalam mendedahkan penyelewengan dan kelemahan Ariffahmi."
walaupun hang cakap itu sumber yang boleh dipercayai..dan satu lagi kalau hang gune andaian itu tanpa betul2 bukti yang 'betul2 kukuh' namanya fitnah!dosa besaq oi!!!!

Anonymous said...

1 lagi..aku xhabis agi(panjang pulak,xpuas hati dengan hang haha)..hang jangan nak memandai kata family tok guru xsenang dengan tok guru..hang pernah tinggal kat rumah tok guru k n sembang panjang dengan famili diorang k..jangan dengar mulut orang jerr..n bila masa pulak husam nak letak jawatan..hang jangan nak timbul fitnah lagi..tuan punye badan sendiri cakap dia g hospital..xpercaya lawat http://cetusan-hati.blogspot.com/..hang tulis jangan ikut nafsu n pandangan hang semata2..ish3 salam..

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...