Tuesday, March 23, 2010
Monday, March 22, 2010
Wajarkah Jom Heboh pada saat Tuanku masih gering ?
Istilah al-haramu untuk kamu wa al-halalun untuk aku, mungkin cukup sesuai dengan kerajaan Pas Kelantan terutama berkaitan penganjuran Karnival Jom Heboh yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-iv, Kota Bharu pada 26 dan 27 Mac ini.
Kalau sebelum ini Pas begitu kuat melalak 'mengfatwakan' Jom Heboh sebagai haram atas alasan akan mewujudkan percampuran lelaki dan perempuan, juga kerana mendakwa Jom heboh menggalakkan percambahan budaya hedonisme tetapi apabila Kelantan dijadikan lokasi karnival ini, nadanya bertukar serta merta.
Kini tidak ada lagi kedengaran Jom Heboh sebagai pesta maksiat sebaliknya ia kini dianggap sebagai karnival riadah keluarga, bagi menghalalkan penganjuran karnival ini di negeri Nik Aziz. Kononnya penganjuran Jom Heboh di Kelantan menjadi bukti kerajaan Pas tidak pernah menolak hiburan bahkan sentiasa prihatin kepada perkembangan artis tanahair.Kita tidak mahu persoalkan penganjuran Karnival Jom Heboh di negeri ini, apatah lagi mahu mempertikaikan dasar baru Pas Kelantan yang lebih liberal dan terbuka, tetapi apa yang dikesalkan apakah kena pada ketika dan saatnya program ini diadakan.
Apakah wajar pada saat KDYMM Tuanku Sultan sedang gering, kerajaan baginda menganjurkan pesta?
Apakah molek ketika Tuanku Sultan masih belum sembuh sepenuhnya, pimpinan kerajaan yang dilantik baginda terlopong di hadapan pentas, ralit ikuti persembahan konsert artis-artis undangan?
Sistem bunyi canggih yang dibawa khas dari Kuala Lumpur pasti akan bergema di segenap penjuru bandar Kota Bharu malah akan menembusi pagar dan kamar istana di Kubang Kerian kerana jaraknya yang sejengkal kera.
Apatah lagi Tuanku Sultan sendiri menitahkan semua acara Sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan tahun ini dibatalkan dan diganti dengan bacaan Yasin dan Solat Hajat. Tetapi kerajaan Pas Kelantan tetap bertegas akan meneruskan sambutan, termasuklah Jom Heboh.
Kalau inilah akhlak dan sikap pemimpin negeri lantikan Tuanku Sultan, pasti rakyat Tuanku tidak akan sampai hati melihat Rajanya diperlakukan sebegitu rupa.
Sunday, March 21, 2010
KEGUSARAN PAS TUMPAT
Saturday, March 20, 2010
Hampir 2,000 ikuti pendedahan Ezam di Galok, Chetok
Lokasi yang dipilih adalah di perkarangan Rumah Abg. Zin, seorang tokoh veteran di Kg. Galok, kira-kira 15 km dari bandar Pasir Mas.
Tetapi apabila Anwar dipecat daripada kabinet, Tun Dr. Mahathir arahkan serta merta bantuan berupa pinjaman RM600 juta untuk pastikan rakyat Kelantan tidak terus dibekalkan dengan air tidak berkualiti.
Ustaz Omar Khalid memulakan ceramah mengupas penyelewengan yang dilakukan Pas
Dato' Haji Hanafi Mamat menyampaikan salam Dato' Mustapa Mohamad, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan kepada seluruh hadirin
Ezam mendedahkan Anwar adalah Master of Perception
Ezam mencabar Anwar dan Wan Azizah menyaman beliau jika apa yang dikatakannya tidak betul, beliau sedia berdepan di Mahkamah
Hadirin turut merakam kenyataan Ezam
Sebahagian lagi masyarakat Pasir Mas yang hadir
Hadirin terpaku mendengar pendedahan Ezam
Sebahagian lagi yang hadir
Setelah majlis bersurai masih lagi menunggu untuk bersalam dengan Ezam..Friday, March 5, 2010
Pendedahan Mufti Perak mengejutkan..

BANGI 4 Mac - Setelah berdiam diri hampir dua tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meluahkan apa yang terbuku di hati.
Beliau menceritakan keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.
"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).
"Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.
"Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.
"Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini yang dipengerusikan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Dr. Idris Zakaria.
Panelis lain yang turut menyertai program itu ialah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ruhanie Ahmad dan Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof. Madya Datuk Abdul Halim Sidek
Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud Pas akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.
Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.
"Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.
"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.
"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya.
Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi Pas telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.
Beliau mendakwa, Pas Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.
"Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat," katanya.

