Monday, January 17, 2011

Nik Aziz vs Nik Aziz


dulu...

hukuman itu tidak boleh dilaksanakan kerana menurut tuntutan Perlembagaan Persekutuan, negeri tidak mempunyai kuasa terhadap undang-undang jenayah.

“Ada undang-undang tersendiri yang termaktub di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

“Undang-undang jenayah adalah di bawah bidang kuasa undang-undang persekutuan, bukan di bawah kerajaan negeri dan keputusan terhadapnya terletak di bawah kuasa Parlimen,” katanya.

sekarang..

keputusan kerajaan negeri tidak melaksanakan hukum hudud kerana kebimbangan bahawa kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, beliau tidak mahu perlembagaan negeri itu digantung sekali lagi seperti yang pernah dilakukan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada sekitar tahun 1977 dahulu.


-> Nampak tak permainan dia kat situ? alasan dia akan sentiasa berubah mengikut keadaan semasa. sama seperti fatwa2 yg dia keluarkan, akan berubah mengikut siapa yg dia tuju. kalo berkenaan geng dia, fatwa itu akan jadi halal, kalo bukan geng dia fatwa itu akan jadi haram.

kepada kamu2 yg menyanjung sampai ke tahap meminum air slipar dia, berhenti lah menjadi pok'ke.... Wassalam..

Thursday, January 6, 2011

Tuduh Rais Yatim, PAS perangkap wakil rakyat sendiri..

Cekati Tembaga menulis...

Semalam Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim menafikan tuduhan beliau terbabit dalam kes jenayah perkosaan pada 2007 serta semua dakwaan lain yang dilemparkan penulis blog di internet dan parti pembangkang. Penafian ini boleh kita baca dalam hampir semua akhbar hari ini.

Penafian ini juga dengan sendirinya menjawab fitnah jahat juak-juak PAS yang selama ini giat memainkan isu berkenaan. Rentetan tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap Rais Yatim ini disusun sedemikian rupa bagi menunjukkan seolah-olah kabinet Dato' Najib menyimpan seorang menteri perogol.

Fitnah terhadap Rais Yatim giat disebar juak-juak Pas tanpa sebarang bukti, apatah lagi saksi. Tidak ada orang yang melihat, malah tidak ada pengakuan daripada mangsa sendiri..hanya bergantung pada laporan hearsay yang tiada hujung pangkalnya.

Hampir seminggu Rais Yatim diserang dari pelbagai penjuru sehingga kita yang membaca blog pun rasa gelisah, apatah lagi tidak ada kenyataan balas dikeluarkan oleh Rais Yatim mahu pun pegawainya.

Tetapi semalam, sidang akhbar Rais Yatim menjawab semuanya.

Bukan sekadar menafi tuduhan tersebut, bahkan meminta siasatan rapi dibuat mengikut lunas undang-undang malah beliau menyatakan kesediaan untuk memberi sepenuh kerjasama dalam menjayakan siasatan. Syabas Pak Rais.

Tindakan Pak Rais betul dan berani. Kita percaya sebagai orang berpengalaman luas dalam politik, fitnah seperti ini tidak akan mencalar imej bersih beliau.

Sekarang beban membuktikan perkara ini terletak pada orang yang menuduh.

Kita harap mereka yang galak menuduh Pak Rais selama ini jangan delete entry di blog atau facebook masing-masing. Buktikan tuduhan tersebut atau jika gagal mohon maaf kepada Pak Rais. Kita percaya beliau sudi memaafkan.

Tetapi di sebalik apa yang berlaku ini, tindakan juak-juak Pas yang ghairah berlumba-lumba untuk mengaibkan Rais Yatim, rupanya memerangkap wakil rakyat kesayangan mereka di Selising dan mengheretnya sama dalam pertempuran maya.

Kalau Rais Yatim bangkit menafikan tuduhan merogol terhadapnya, mengapa tidak ADUN Selising juga tampil buat sidang akhbar menafikan beliau ditangkap khalwat dalam keretapi.

Kalau Rais Yatim berani meminta pihak berkuasa membuat siasatan terhadap dirinya, mengapa tidak ADUN Selising juga berbuat demikian, minta pihak berkuasa menyiasat dakwaan khalwat tersebut.

Kalau Rais Yatim dengan penuh keyakinan tampil berhadapan wartawan dalam dan luar negara, mengapa pula harus ADUN Selising bersembunyi, tampillah panggil sidang akhbar.

Dan jangan lupa kalau benar ADUN Selising tidak bersalah, segeralah saman Ustaz Saidi.. orang yang mengaku menangkap sendiri ADUN Selising itu tengah berkhalwat dalam keretapi. dengan hanya berseluar dalam. Bukankah Ustaz Saidi sendiri yang mencabar agar beliau disaman kalau dakwaannya fitnah..

Soalnya berani ke ADUN Selising nak saman.. kalau tak berani eloklah terus bersembunyi..

Wednesday, September 22, 2010

Laporan polis berhubung sumbangan RM 4 billion kpd PAS Kelantan


3.30 Petang - Bertempat di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan yg diwakili oleh Pen. Setiausaha Pergerakan itu, Che Othman Che Wil telah membuat laporan polis berhubung dengan sumbangan sebanyak RM 4 Billion yg didakwa telah disumbangkan oleh sebuah syarikat kpd Parti PAS berkaitan dgn Projek Super Mega Seri Tujuh.


Che Othman yg turut diiringi oleh kira-kira 40 org anggota Pemuda Kelantan dalam kenyataan akhbarnya menjelaskan bahawa laporan polis dibuat agar pihak berkuasa dapat menyiasat tentang kesahihan berhubung dakwaan ini kerana ia melibatkan imej sebuah kerajaan negeri Kelantan.

Kenyataan penuh akhbar (sila klik pd gmbr utk paparan lebih besar)

Saturday, July 31, 2010

Tan Sri Annuar Musa dipilih Timbalan Presiden FAM 2010-2014

Cekati Tembaga menulis...

Cekati Tembaga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Annuar Musa, Bapa Pemodenan Bolasepak Kelantan yang telah dipilih untuk bergandingan dengan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Timbalan Presiden FAM untuk sessi 2010-2014.

Kongres Tahunan ke-47 FAM yang berlangsung hari ini turut menyaksikan jawatan Presiden dimenangi tanpa bertanding oleh DYMM Tuanku Sultan Ahmad Shah.

Pemilihan Tan Sri Annuar Musa menepati ramalan ramai yang merasakan beliau adalah tokoh paling layak menyandang jawatan No.2 FAM ini setelah seluruh negara melihat perubahan mendadak kepada pasukan Bolasepak Kelantan yang diterajui beliau.

Keupayaan Annuar Musa mengubah sama sekali pasukan Kelantan daripada sebuah pasukan belasahan dan penghuni tetap dasar liga, menjadi sebuah pasukan yang amat disegani dan paling dicemburui lawan, membuktikan pemilihan ahli-ahli kongres FAM sememangnya menepati kehendak seluruh peminat bolasepak tempatan.

Kehadiran Annuar Musa dalam pasukan Kelantan bukan sekadar mengubah perspeksi negatif terhadap pasukan itu, tetapi menjenamakan semula Kelantan sebagai "The Red Worriors".

Kelantan kini bukan sekadar pasukan bolasepak tetapi kini menjadi sebuah industri bolasepak yang berkembang pesat dengan penghasilan pelbagai produk berjenama The Red Worriors sehingga diiktiraf oleh Malaysia Book of Record sebagai pasukan yang paling banyak mengeluarkan produk menggunakan jenama tersebut.

Annuar Musa sudah buktikan, tanpa bantuan daripada kerajaan PAS Kelantan sekalipun, The Red Worriors tidak menjadikannya sebagai halangan untuk menjadi pasukan yang hebat. Beliau sudah buktikan dengan keupayaan merencana pasukan menjadikan Kelantan sebagai rebutan penaja.

Syabas diucapkan kepada Tan Sri Annuar Musa.

Seluruh negara kini menunggu sentuhan ajaib Annuar Musa untuk merombak lanskap bolasepak negara. Seluruh negara mengharapkan Annuar Musa mencipta keajaiban seterusnya untuk bukan sekadar meningkatkan mutu bolasepak negara malah mengembalikan nostalgia kegemilangan Skuad Harimau seperti zaman lagenda Mokhtar Dahari.

Tetapi sedikit kegusaran kepada peminat The Red Worriors, bimbang kalau-kalau Annuar terpaksa menumpukan lebih masa di FAM, akan terabai pembangunan The Red Worriors.

Semoga kebimbangan ini tidak menjadi kenyataan, sebagaimana The Red Worriors memerlukan Annuar Musa, begitu jugalah seluruh negara menagih sentuhan beliau. Kita terimanya dengan redha..

Saturday, July 17, 2010

Ribuan rakyat Pasir Mas hadir Menyambut "Jaguh Kampung"...

Oleh Cekati Tembaga..

Majlis Sambutan Jaguh Kampung Pahlawan Melayu Tok Him anjuran penyokong-penyokong Ahli Parlimen Pasir Mas itu di Dataran Stesen Keretapi Pasir Mas, dihadiri oleh lebih 2,500 orang rakyat Pasir Mas.

Majlis bermula kira-kira jam 3.00 petang dengan perarakan ratusan pemuda bermotosikal, bermula dari Jambatan Tendong hingga ke tapak acara sambutan yang terletak di tengah-tengah bandar Pasir Mas.

Ketibaan YB Dato' Ibrahim Ali disambut dengan tiupan serunai dan persembahan Silat Cantik. Beliau kemudian diusung di atas tandu dan diarak penyokong-penyokongnya ke pentas utama.

Majlis dimulakan oleh bacaan sajak penuh bersemangat berjudul Adi Jagat Wira Bangsa. Ia disusuli oleh ucapan AJK Perkasa Pusat dari Selangor, YDP Perkasa Perlis dan kemudiannya ucapan Dato' Ibrahim yang juga Presiden PERKASA.

Turut hadir pimpinan PERKASA Pusat dan Kelantan serta pimpinan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK). Majlis berakhir kira-kira jam 6.15 petang.

Berikut dibawakan gambar-gambar menarik sepanjang program petang tadi.

\

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...