Sunday, January 20, 2013
7 JANJI PM DI KELANTAN
1. LEBUHRAYA KOTA BHARU- KUALA KRAI
2. STADIUM BARU
3. MASJID TERBESAR MERCU TANDA KELANTAN
4. PERUMAHAN RAKYAT (5000 UNIT)
5. SISTEM PENGANGKUTAN AWAM (RAPID KB)
6. MASALAH AIR SELESAI
7. KAMPUS UiTM CAWANGAN BANDAR DI PERBESARKAN
ini janji blh pakai woo, xmcm itu olang tue sulah 22 tahun janji macam2, manyak kencing woo..
Thursday, January 17, 2013
Friday, January 11, 2013
SENARAI PEMIMPIN2 PAS YG MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH KRISTIAN
Senarai yg BK beri ini hanyalah sebahagian dari pemimpin PAS yg berani bersuara secara terbuka.. ramai lg pemimpin yg xbersetuju tp xmahu ke hadapan..
1. Dato' Dr Haron Din (Timb. Mursyidul Am PAS)
2. Dato' Harun Taib (Ketua Dewan Ulamak PAS)
3. Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS)
4. Ustaz Nasaruddin Mat Isa (bekas Timbalan Presiden PAS)
5. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ( Ketua Penerangan PAS)
6. Dato' Mustapha Ali (Setiausaha Agung PAS)
7. Dato' Ustaz Mohamed Daud al-iraqi (Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan)
8. Dato' Taib Azzamuddin (Timb. Pesuruhjaya 2 PAS Kedah)
9. Dato' Ismail Kamus (Bekas ADUN PAS Gombak Setia dan peceramah terkenal)
10.Dr. Rani Osman (Pesuruhjaya PAS Selangor)
Mereka yg di atas bukan calang2 orang di dalam PAS. Mereka adalah tunjang kpd parti PAS sekarang. Tetapi mereka tidak berdaya melakukan apa2, kerana apa?!
Kerana selagi terdapat makhluk yg bernama Nik Aziz dan Hadi Awang di dalam PAS, selagi itulah suara pemimpin2 lain tiada nilai. Tambahan pula sekarang Nik Aziz dan Hadi Awang seperti sudah terkena nasi kangkang Anwar Ibrahim dan DAP sehinggakan segala keputusan dlm PAS sebenarnya adalah keputusan dari Anwar dan DAP.
KENAPA PERLU DIGADAI SESUATU YG TELAH MENJADI HAK MILIK KITA?!!! BENGONG!!!
Wednesday, January 9, 2013
PERGI MAMPUS LAH HARUN TAIB!!
"Pergi mampuslah dgn si Harun tu!!" Mungkin itu lah ungkapan yg ada dalam benak Hadi Awang dan Nik Aziz berhubung pendirian Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato' Harun Taib yg bertegas dgn pendiriannya menolak keputusan Presiden, mursyidul am dan beberapa kerat lg penjual agama ini utk membenarkan penganut kristian mnggunakan kalimah "Allah".
Memetik kata2 Dato' Haron taib dlm portal MSTAR hari ini
"Bukan Islam tak boleh guna (kalimah Allah) sebab mereka tak percaya kepada Allah. Perkataan 'God' dalam Bible bermaksud Tuhan. Kalau mereka kata mereka juga percaya kepada kewujudan Allah, maka dengan sendirinya mereka tak boleh menggunakan Bible, kena guna al-Quran.
"Kalau mereka percaya kepada kewujudan Allah, maka berimanlah kepada Allah. Mengapa masih menganut Kristian," "Sekarang mungkin tak timbul masalah, tapi masa depan macam mana? Kalau Kristian pun pakai kalimah Allah iaitu nama tuhan orang Islam...ia akan menimbulkan kecelaruan. Ini sangat bahaya,"
jelas menggambarkan masih ada saki baki dlm PAS yg masih takut akan hukum Tuhan. walaupun makin ramai yg lebih takutkan Nik Aziz dari takut pada Tuhan..
Walau kita sedar ketegasan Ketua Dewan Ulamak itu tidak mampu utk mempengaruhi keputusan Majlis tertinggi Pakatan Gampang, tetapi sekurang2nya ia dapat membuka mata sesetengah pihak bhwsanya keputusan Nik Aziz dan Hadi adalah sememangnya salah dan mereka juga sebenarnya telah memperjudikan Islam secara tidak langsung.
BK percaya selepas ini semakin ramai yg sedar siapa sebenarnya Nik Aziz dan Hadi, pemimpin sebuah parti 'Islam' yg sanggup membuat apa sahaj xkira halal atau haram demi utk sebuah undi..
NIK AZIZ JATUH KUFUR..? - USTAZ HARON DIN
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam (berkenaan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam) juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.
"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.
"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.
Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.
"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara. Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama. Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran,"
"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.
"Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya.
Selain itu Haron Din berkata, pada masa akan datang perkara yang melibatkan hal agama sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.
"Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah.
"Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Syariah," katanya.
Beliau juga meminta semua pihak termasuk kerajaan dan Majlis Raja-Raja supaya segera menyelesaikan isu berkenaan."Saya merayu Raja-Raja Melayu supaya jangan memandang ringan perkara ini, selesaikan dengan cara setiakawan dan faham memahami perasaan masing-masing," katanya.
Kalau insan sehebat Datuk Dr. Haron Din sendiri yg memegang jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS sendiri xmampu utk menahan tindakan Haji Hadi, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim yg menyokong penggunaan kalimah Allah utk agama lain, apatah lagi kita.. subhanallah...
Mereka halalkan segala2nya demi utk menjatuhkan UMNO. Kami yg jahil ini sendiri merasa amat sedih dgn perkara ini, kenapa mereka xdapat faham apa agenda tersirat DAP sebenarnya??
"Ya Allah.. Kau ampunkanlah dosa kami kerana tidak mampu untuk pertahankan kesucian Mu dari dicemari oleh mereka2 yg mengaku beriman kepadaMu Ya Allah.. amin.."
Subscribe to:
Posts (Atom)
NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!
Promote your blog!
Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)




