Wednesday, March 24, 2010

Tuduhan jahat... Dato' Him mesti saman

Cekati Tembaga menulis..

Tuduhan jahat Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Machang yang mendakwa Dato' Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Mas) mempunyai saham dalam Ascot Sports, sebuah syarikat judi yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan adalah tuduhan yang amat serius.

Ia bukan sahaja mencemarkan imej bersih Dato' Him Adi Jagat, malah mempersendakan pilihan hati rakyat Pasir Mas yang memberi mandat kepada beliau sebagai wakil rakyat.

Kita minta Dato' Him jangan bermurah hati dengan Saifuddin kerana manusia seperti ini memang tidak boleh dibuat 'kira bicara'.
Jangan hanya kerana kita berstatus YB Ahli Parlimen, dengan suka-suka boleh menuduh dan memfitnah wakil rakyat lain yang tidak sehaluan dengan kita.

Juga jangan kerana status sebagai ahli Dewan Rakyat, kita boleh bercakap apa saja biarpun kita tahu apa yang kita tuduh itu hanya khayalan dan rekaan kita sendiri.

Kita cabar Saifuddin ulangi tuduhan ini di luar Dewan Rakyat, dan tunggulah laporan polis yang berduyun-duyun..

Sebab itu dalam bab ini kita minta Dato' Him bertegas, jangan bagi muka pada Saifuddin dan jangan sesekali beralah...

Rakyat Pasir Mas tidak akan tengok saja wakil rakyat yang dipilih mereka difitnah...

Tuesday, March 23, 2010

Lagi gambar menarik hari ini..



Banner yang jarang dapat dilihat, tapi cukup menarik... kerja siapa agaknya yer...

Gambar close-up menerangkan jasa-jasa menantu Nik Aziz

2 gambar 1 makna...

Apa kaitan gambar di atas dengan gambar di bawah.. atas tiru bawah atau bawah tiru atas...

Tak penting siapa tiru siapa.. tapi yang penting dalam diam rupanya ada hubungan perasaan....

Monday, March 22, 2010

Wajarkah Jom Heboh pada saat Tuanku masih gering ?

Cekati Tembaga menulis..

Istilah al-haramu untuk kamu wa al-halalun untuk aku, mungkin cukup sesuai dengan kerajaan Pas Kelantan terutama berkaitan penganjuran Karnival Jom Heboh yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-iv, Kota Bharu pada 26 dan 27 Mac ini.

Kalau sebelum ini Pas begitu kuat melalak 'mengfatwakan' Jom Heboh sebagai haram atas alasan akan mewujudkan percampuran lelaki dan perempuan, juga kerana mendakwa Jom heboh menggalakkan percambahan budaya hedonisme tetapi apabila Kelantan dijadikan lokasi karnival ini, nadanya bertukar serta merta.

Kini tidak ada lagi kedengaran Jom Heboh sebagai pesta maksiat sebaliknya ia kini dianggap sebagai karnival riadah keluarga, bagi menghalalkan penganjuran karnival ini di negeri Nik Aziz. Kononnya penganjuran Jom Heboh di Kelantan menjadi bukti kerajaan Pas tidak pernah menolak hiburan bahkan sentiasa prihatin kepada perkembangan artis tanahair.

Kita tidak mahu persoalkan penganjuran Karnival Jom Heboh di negeri ini, apatah lagi mahu mempertikaikan dasar baru Pas Kelantan yang lebih liberal dan terbuka, tetapi apa yang dikesalkan apakah kena pada ketika dan saatnya program ini diadakan.

Apakah wajar pada saat KDYMM Tuanku Sultan sedang gering, kerajaan baginda menganjurkan pesta?

Apakah molek ketika Tuanku Sultan masih belum sembuh sepenuhnya, pimpinan kerajaan yang dilantik baginda terlopong di hadapan pentas, ralit ikuti persembahan konsert artis-artis undangan?

Sistem bunyi canggih yang dibawa khas dari Kuala Lumpur pasti akan bergema di segenap penjuru bandar Kota Bharu malah akan menembusi pagar dan kamar istana di Kubang Kerian kerana jaraknya yang sejengkal kera.

Apatah lagi Tuanku Sultan sendiri menitahkan semua acara Sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan tahun ini dibatalkan dan diganti dengan bacaan Yasin dan Solat Hajat. Tetapi kerajaan Pas Kelantan tetap bertegas akan meneruskan sambutan, termasuklah Jom Heboh.

Kalau inilah akhlak dan sikap pemimpin negeri lantikan Tuanku Sultan, pasti rakyat Tuanku tidak akan sampai hati melihat Rajanya diperlakukan sebegitu rupa.

Sunday, March 21, 2010

KEGUSARAN PAS TUMPAT

11hb Mac 2010 Pas Kawasan Tumpat telah mengadakan ceramah di Kg Baru Nelayan, Tumpat. Dalam ceramah tersebut YB Mohd Zaki sekali lagi mengulangi kutukan beliau kepada YBhg Tuan Guru Hj Abdullah Bin Saamah (Hj Loh) Tok Guru Pondok An-Najmiah Geting, dalam ucapan tersebut juga YB Zaki telah menegah agar penyokong PAS jangan pergi mendengar ceramah yang telah disampaikan oleh Hj Loh. Kenapa YB Zaki begitu takut akan Hj Loh mungkin kerana apa yang dikatakan oleh Hj Loh itu satu kebenaran yang memang pahit untuk didengar oleh para pemimpin PAS mengenai kesesatan Nik Aziz.
Dalam ceramah Hj Loh yang di buat di seluruh Tumpat beliau telah berkali-kali mengeluarkan kenyataan bahawa Nik Aziz adalah Seorang Pengikut Ajaran Wahabi yang mana ajaran tersebut mengikut Ahli Sunnah Waljamaah ajaran tersebut adalah sesat dan boleh dihukumkan kafir.

Semenjak Hj Loh memihak kepada UMNO maka para pemimpin PAS tumpat serta Kelantan tak senang duduk kerana ceramah yang disampaikan oleh beliau mendapat sambutan yang begitu menggalakan berbanding ceramah yang dibuat oleh PAS di Kawasan Tumpat begitu mengecewakan, kenapa? mungkinkah orang-orang tumpat sudah sedar akan kesesatan pemimpin PAS atau pun mereka sudah jemu dengan pembohongan serta penipuan mereka.
Dalam ceramah Hj Loh yang baru sahaja disampaikan di Kok Majid dalam DUN Pasir Pekan beliau telah menyeru kepada semua yang hadir agar menjauhi PAS kerana mereka kini dipimpin oleh golongan pemimpin yang lari dari Aqidah Islam yang sebenar, beliau juga telah mengeluarkan Nas-nas dari Al-Quran, Hadith serta Kitab-kitab lama yang diiktiraf oleh ulamak-ulamat mu'taba seperti Imam Shafie, Imam Nawawi dan ramai lagi dalam ceramah tersebut sekali lagi mendapat sambutan yang menggemparkan dunia politik Tumpat.
Sekali lagi YB mulut celupar itu akan panas punggung dan tak senang duduk dengan perkembangan politik kawasan Tumpat, persoalanya kenapa orang PAS Tumpat tetap mengunjungi ceramah politik UMNO yang disampaikan oleh Hj Loh, mungkin mereka ingin mendengar apa kata Tok Guru Pondok yang satu-satunya masih hidup dalam angkatanya yang mana tok-tok guru pondok lain semuanya sudah kembali ke Ramahtullah dan digantikan dengan muka-muka baru.
Situasi begini amatlah membimbangkan mereka yang rasa lebih Islam dari UMNO tetapi dinafikan oleh seorang Tok Guru pondok yang mempunyai Ilmu agama yang melebihi mereka, apa yang dinanti sekarang adalah kemunculan Tok Guru pondok yang lain kerana mereka kini menunggu masa dan ketika untuk muncul menentang kesesatan PAS kini sama-samalah kita berjuang untuk menegakan Islam yang satu serta Feqah yang sebenar insyallah.....

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...