Sunday, December 30, 2012

GAMBAR TINJAUAN MNGEJUT TPM KE PUSAT PENEMPATAN BANJIR RANTAU PANJANG!

Semalam cakap, hari ni sampai, jadual lain dibatalkan smata2 utk mninjau mangsa banjir di Sek Gual Tinggi, Rantau Panjang. Itu lah TPM.. bkn tinjauan kosong mcm Nik Aziz.. tinjauan bersama bantuan... Alhamdulillah.. 
























Nik Aziz g main banjir je.. hampeh...


Monday, December 24, 2012

KENYATAAN AKHBAR BRKENAAN NIK AZIZ BERI KONSESI BALAK KPD 2 PEMIMPIN DAP



1. Nik Aziz sbg MB harus mnjawab dan menjelaskan kpd rakyat stelah pengakuan tlh dibuat oleh kedua2 pimpinan DAP ini sdiri, bukan memakihamun media dan BN.

2. Kenapa penganugerahan ini harus diberi kpd pimpinan DAP ini? Jika penganugerahan ini bertujuan untuk mnentukan halatuju sesuatu kputusan, maka Nik Aziz dgn jelas telah merasuah 2 pimpinan DAP dr Perak ini.

3. Adakah Nik Aziz sudah lupa bhw Ngeh Koo Ham merupakan manusia laknat yg telah menghina Rasulullah s.a.w dlm isu filem Innocence Of Muslim?. Jika hanya prsepakatan dlm PAKATAN Nik Aziz sanggup mnjadi pelacur politik dgn mnghalalkan sgalanya demi kuasanya sbg MB maka rakyat Kelantan khususnya harus mnuntut Nik Aziz utk mnjelaskan isu ini bkn hanya skadar menafikan  shj.

4. Saya mndesak agar Nik Aziz mnyaman segera blogger PISAU.NET jika prkara ini tidak benar. Jgn hanya mngeluarkan kenyataan utk saman dan menari dgn rakyat yg tidak mngetahui tntang kbenaran isu ini. Jika Nik Aziz benar, sila kemukakan dan prcepatkan proses saman terhadap blogger trsebut!


Wan Khairul Ihsan
Presiden OMBAK
Orang Muda Berpadu Anti Korupsi

GEMPAR! USTAZ HARON DIN AKAN KELUAR PAS?!!


Yup.. itu lah crita yg brlegar2 di pelusuk alam sekarang. Ustaz Haron Din yg kita semua sudah sedia maklum amat tidak suka kpd Anwar Aljub di khabarkan akn join group Ustaz Nasha dan Hassan Ali(group yg xblago angin dgn Nik Aziz).

Mnurut sumber dalaman PAS, kmarahan Haron Din kpd kpimpinan PAS semakin membuak2 selepas PKR dan DAP secara terbuka meminta utk menambah kerusi dlm PRU nanti dan kepimpinan PAS hanya sperti pak hangguk yg sudah terkena nasi kangkang, tidak brkeras utk prtahankan kerusi yg sedia milik mereka.

 Bagus lah kalo begitu ustaz.. lgpun kami nampak, ustaz dan beberapa kerat je lg dlm PAS yg betul2 konsisten dlm perjuangan mnjaga kesucian Islam. yg lain dah termakan chewing gum Anwar Aljub termasuk nik aziz si pemberi tanah.

Lagi cantik kalo ustaz dpt join UMNO, dpt jgk wangikan yg busuk2 dlm UMNO.. :)

Sunday, December 23, 2012

X-PENGARAH JSJ BKT AMAN YG HEBOH MASUK PAS DAH NYESAL MASUK PAS SLEPAS DIPAKSA BAI'AH!!


 
 
Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS. Borang keahlian menyertai PAS telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping. Penulis masih ingat riuh rendah dan gegak gempita portal Harakahdaily menyambut kemasukan Datuk Fauzi Shaari ke dalam PAS.
 
Borang keahlian diserahkan sendiri oleh Datuk Fauzi kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.
 
Pada hari ini mengejutkan apabila Datuk Fauzi melahirkan rasa kesal menyertai PAS kerana disuruh berbaiah untuk tidak meninggalkan PAS. Penulis tidak pasti adakah berita ini akan mendapat liputan yang sama meluas oleh saluran lidah rasmi PAS? Seluruh negara merasa terkejut dengan pengakuan Datuk Fauzi yang berkata, “Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS”
 
Semasa menyerahkan borang keahlian PAS, beliau menerangkan bahawa niatnya menyertai Pas bukan untuk menjadi calon atau mempunyai jawatan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu PAS ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS. Namun kini semuanya seakan-akan bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh Datuk Fauzi. Apakah Datuk Fauzi kini tidak yakin dengan perjuangan PAS? Apakah Datuk Fauzi tidak yakin beliau boleh mendedahkan kesemua “kepincangan polis” kepada rakan-rakannya di dalam PAS? Penulis berharap Datuk Fauzi tidak akan menyertai UMNO. Pasti ada tuduhan bahawa UMNO membeli Datuk Fauzi.
 
Melihat kepada kenyataan-kenyataan Datuk Fauzi sebelum ini menampakkan bahawa beliau menolak DAP dan ingin memperbaiki PAS daripada dalam, namun sebaliknya berlaku kerana diminta berbaiah cerai talak 3. Kesian Datuk Fauzi. Kecuali juak-juak PAS yang totok dan mengikut membabi buta, penulis tidak merasakan bahawa orang lura yang baru menyertai PAS akan bersedia untuk berbaiah. Tak tahulah kalau Abby Abadi. Nampak gayanya yang cerdik di sini adalah Hairie Othman. Beliau masuk PAS dan kemudiannya baru berkahwin. Jadi tidak perlulah berbaiah!
 
Persoalannya, pemimpin-pemimpin PAS sebelum ini pernah menafikan wujudunya baiah di dalam PAS. Kenyataan Nik Aziz Nik Mat November 2009, berkata isu itu (Baiah Cerai Talak 3) sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum. Katanya, sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS. Di Kelantan, isu bai’ah ini tak timbul langsung. Begitu juga dengan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, ketika ditanya pemberita di lobi parlimen dengan berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya anggota PAS.
 
Kini Datuk Fauzi menimbulkan kembali Baiah yang disangkal oleh 2 pemimpin tertinggi PAS mengenai Baiah cerai talak 3 isteri jika meninggalkan PAS, adakah semudah itu untuk mengugurkan talak 3 terhadap isteri untuk kepentingan politik? Oleh yang demikian selama ini 2 pemimpin tertinggi PAS ini hanya berbohong sahaja mengenai Baiah cerai talak 3 ini yang sememangnya wujud dalam PAS. Benarkah kedua-dua pemimpin PAS ini berbohong? Bukankah berbohong ciri-ciri orang munafik? Mursidul Am PAS dan Presidennya tidak harus berdiam diri mengenai perkara ini - http://www.selangordaily.com/?p=6799

 
Alamak, macamana ini?!! Hari itu masa masuk PAS disambut bagai putera Raja. Alih-alih keluar PAS pula?!! Ah, sudah. Mana orang No 1 dan No 2 PAS pusat dan Perak nak letak muka?!!
 
Inilah balasannya menerima manusia yang belot. Hidup senang lenang di bawah payroll Kerajaan BN, alih-alih nak gunakan duit pencen untuk lawan tangan yang menyuap pula. Kalau PAS ini pandai, sudah tentu mereka tidak akan menerima manusia seperti ini ke dalam parti mereka.
 
Tetapi apa boleh buat, PAS sudah sangat terdesak untuk ke Putrajaya. Tiada lagi pertimbangan waras dan keputusan bijak. Hanya kuasa yang dapat memenuhi tembolok nafsu mereka ketika ini. Sebab itulah juga mereka biasa sahaja menjual agama!
 
Sedangkan sejarah sudah berkali-kali membuktikan apa yang akan berlaku kepada para pengkhianat ini. Pernah dicatatkan satu masa ketika Kerajaan Islam Cordoba sedang berada diambang kehancuran, maka dikumpulkanlah kesemua pembesar dan pahlawan terbilang. Mereka diberi pilihan oleh musuh Kristian yang menang, sama ada memeluk agama Kristian, atau mati dipancung serta merta. Maka, ramailah yang mati dipancung kerana begitu sayangkan akidah dan Islam (rasa-rasanya pemimpin dan penganut PAS boleh jadi begitu tidak?), namun seorang pembesar ulung menawarkan diri untuk murtad demi kerana sangat takutkan mati. Namun, akhirnya beliau dibunuh jua oleh Raja Kristian kerana mereka berpendapat, jika beliau boleh belot kepada Islam, maka tidak mustahil beliau juga akan belot kepada Kristian satu masa nanti.
 
PAS Perak pun satu hal. Tidakkah mereka ingat peristiwa Feb 2009?!! Macamana ADUN UMNO yang mereka sambut bagai RAJA kembali kepada UMNO, bersama-sama 3 ADUN/EXCO mereka sehingga menyebabkan Pakatan rebah?!! Tidak sampai 4 tahun pakatan sudah ulang cerita yaang sama. Sahlah mereka ini semua manusia yang bodoh dan dungu!
 
Dan buat bekas polis tersebut, belajar-belajarlah bersyukur. Jangan jadi bodoh dengan ingat PAS itu cara untuk mempertahankan Islam. Bahkan semasa anda berkhidmat satu masa dahulu, secara tidak langsung anda telah mendaulatkan Islam dengan memastikan keselamatan dan ketenteraman Negara Islam ini terjaga. Jadi, mengapa pula perlu sertai parti yang menggelar anda ANJING setelah tamat berkhidmat?!! Janganlah keliru antara masalah peribadi di pejabat dengan pegangan politik yang boleh menentukan masa depan negara. Anda bukannya budak kecil yang belum cukup akalnya!
 
Peringatan ini juga kami tujukan kepada semua penjawat awam yang berkenaan, sama ada yang masih berkhidmat mahu pun yang akan bersara. Belajarlah bersyukur. Jangan menggigit tangan yang menyuap makanan kepada kita selama ini. Benar bukan BN yang beri reseki kepada kita, namun kalau BN gagal menjadi Kerajaan yang efektif, gaji bulanan pun belum tentu dapat. Tengok sahajalah di Greece, Italy dan beberapa negara Eropah yang lain. Belajar dan berfikir gunakan akal, bukan kepala lutut.
 
Dan kepada sesiapa yang masih lagi tidak percaya pemimpin PAS menjadikan isteri mereka sebagai taruhan judi politik, saksikan video di bawah ini. Jangan kata anda tidak diberi peringatan!
 
  




SUMBER : MYMASSA

Thursday, December 20, 2012

BILA NIK AZIZ HADIAHKAN BERIBU EKAR TANAH KELANTAN KPD DAP PERAK! ITU BUKAN RASUAH!!


Nama syarikat : UPAYAPADU PLANTATION (Syarikat 2 hinggit)
Ahli Lembaga Pengarah : Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming (sepupu)
Keluasan tanah : 4,529.9 hektar (10,526 ekar)
Lokasi : Relai, Chiku, Gua Musang
Nilai : RM 30,000,000.00
Tarikh pemberian : Semasa proses tawar-menawar memilih Menteri Besar Perak antara DAP dgn PAS.


Ini bukan rasuah! ini cuma utk menyejukkan hati pimpinan DAP Perak utk memilih Nizar (PAS) sbg Menteri Besar Perak. Itu saje. mane ade salahnya...

4 ribu hektar lebih je.. bkn byk pun.. lg pun byk lg tanah Melayu Kelantan yg xbagi kpd cina. xder kes lah... xpayahlah marah2 Nik Aziz.. die cume jalankan tugas die sbg Mursyidul am PAS. Sbg konsultant kalo trjadi kes2 yg mcm ni. jd sbg exco tanah Kelantan, beliau berhak anugerahkan kpd sape2 yg beliau berkenan. kita rakyat yg bodoh ni diam2 sudah lah... Kita rakyat yg bodoh ni yg mohon tanah sejemput pun xdpt tetaplah mnngundi PAS..






Artikel yg lbh detail blh klik sini. tp yg lg best dlm harakah daily xder langsung sebut psl ni. psl penafian dr geng2 'tok guru'. kate akhbar yg ikhlas... huhuhu...

Kami mahu dgr penafian dari Tok Guru dan Tok Guru sepatutnya buat penafian krn ini melibatkan tanah melayu Kelantan termasuk kami..




NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...