Sunday, May 9, 2010

Amanat Tok Guru Haji Lah - Nik Aziz Wahabi..

Bicara Pasir Mas menulis..

Ceramah Agama dan Isu-Isu Semasa oleh Pengasas dan Tuan Guru Pondok Geting Tumpat, Tok Guru Hj Abdullah Sa'amah di perkarangan KADA Slow Machang, Pasir Mas mendapat sambutan luar biasa dengan menarik lebih 2,000 hadirin.

Ceramah yang diadakan pada 7 Mei 2010 dianjurkan oleh Biro Penerangan UMNO Bahagian Pasir Mas yang turut menampilkan Sdra. Wan Khairul Ihsan Wan Muhamad, bekas Ketua Pemuda AMK Kelantan menyebabkan jalan masuk ke Kg Slow Machang dari arah bandar Pasir Mas dan Jalan Pasir Pekan sesak teruk.

Ceramah ini telah diwar-warkan sejak 2 minggu lepas. Penampilan Tok Guru Haji Lah memang menjadi igauan ngeri kepada Pas kerana di setiap tempat ceramah Tok Guru Hj Lah sentiasa dihadiri ribuan pendengar.

Banner ceramah Tok Guru Hj Lah ini pada awalnya telah digantung di 10 lokasi strategik sekitar bandar Pasir Mas namun 9 daripadanya telah disabotaj. Melihat kepada perbuatan khianat yang tidak bertanggungjawab ini, pihak penganjur membuat keputusan menaikkan tambahan 20 keping lagi banner yang sama di lebih banyak lokasi.

Ini menyebabkan Pas menjadi lebih cemas apabila menyedari promosi ceramah ini akan turut menarik perhatian penyokong mereka. Oleh itu, sebagai jalan terakhir mereka telah menganjurkan satu ceramah yang menampilkan Mahfuz Omar dan Hamid Derani pada masa yang sama di Mini Stadium Pasir Mas bagi menghalang penyokong mereka mendengar ceramah Tok Guru Hj Lah.

Dalam ceramahnya, Tok Guru Haji Lah menjelaskan mengapa beliau mendakwa Nik Aziz dan Pas Wahabi. Beliau menggariskan 13 perkara yang menjadi persamaan nyata antara Nik Aziz dan pengikut Wahabi di timur tengah. Antaranya adalah isu mengenang dan menyambut hari lahir Rasulullah, 4 mazhab umat Islam, Sifat 20, menyamakan Abu Jahal lebih baik dari umat Islam, tahlil dan talkin orang mati.

Tok Guru Hj Lah juga mendakwa sebab utama Nik Aziz menolak perpaduan dengan UMNO adalah kerana mahu melaksanakan fahaman Wahabi di negara ini kerana dia sedar UMNO akan menolak fahaman tersebut disebabkan UMNO berpegang pada ahli sunnah wal jamaah.

Tok Guru Hj Lah menyifatkan Pas yang asal sudah mati kerana Pas hari ini tidak lagi mempunyai roh membela Islam sepertimana Pas dahulu. Pas sekarang hanyalah jasad sahaja kerana inipati perjuangannya sudah terpesong jauh sehingga sanggup menjadikan DAP yang terang-terang menentang Islam sebagai sahabat karib demi menjatuhkan kerajaan Islam yang telah lebih 50 tahun terbukti berjaya menjaga kedaulatan Islam di bumi ini.

Oleh itu Tok Guru mengajak semua umat Islam dan orang Melayu agar menuinggalkan Pas dan bersama membentuk perpaduan dengan UMNO untuk menjaga tanahair ini.















6 comments:

amri said...

wuisshh ramainya penonton...hebat tok guru umno.

Anonymous said...

la...ceramah umno rupanya...ingat ceramah tok guru...patut la ramai orag....hihihihhi

Anonymous said...

Apa yang mengelirukan umat Malaysia, Umno sendiri mengaku perjuang Islam, tapi masih tolak Islam, seperti undang-undang jenayah dalam Islam (hudud). Sebaliknya Umno terus berkeras dengan kebangsaan (perjuangan untuk bela Melayu). Malah berbangga dan mengagung-agungkan semangat perkauman yang sempit dengan melaungkan ‘hidup Melayu.’

sudah berkali-kali TGNA mengajak Umno agar mengubah dasar sekular itu. Sudah berkali-kali TGNA sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga TGNA sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno. Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno?persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia.

APA PANDANGAN SAUDARA SAUDARI SEKALIAN?
ADA TELINGA DENGAR,
ADA MATA LIHAT DAN BACA,
ADA HATI FAHAMI,
ADA AKAL BERFIKIR...BAGAIMANA UMNO NAK MARTABATKAN ISLAM,NAK TEGUR @ UBAH PUTERI UMNO,BINI MENTERI DAN PM (SEJAK ERA DR.M SAMPAI ERA NAJIB) SUPAYA MENTAATI PERINTAH ALLAH(TUTUP AURAT) PUN TAK MAMPU,INIKAN PULA NAK LAKSANA SYARIAT ISLAM???KATA TGNA WAHHABI,UMNO ASWJ SEBAB TU BINI PM PUN TUDUNG TAK TAHU LETAK MANA..PEJUANG ISLAM KE NI??ADA OTAK SILA FIKIR2..

Anonymous said...

PADA ZAMAN NABI ADA MUNAFIK ABDULLAH BIN UBAY YG MEMBUAT GERAKAN LAIN MAHU MENGASINGKAN ISLAM DARI IMAN..DAN MAHU BERPADA DGN ISLAM SAHAJA..ALLAH DAH JANJI NERAKA BAGI PUAK NI..

PADA MASA NI,UMNO YG MEMPERJUANGKAN NASIONALISME YG MEMPERTAHANKAN SEKULARISME (POLITIK SUKU,AGAMA SUKU)..MAHU AMBIK ISLAM SUKU2 JE..AJARAN ISLAM YG TAK MENGIKUTI HAWA NAFSU UMNO,DIA TOLAK TEPI..

SOALAN : APA BEZA UMNO DGN ABDULLAH BIN UBAY???

Anonymous said...

Saya sokong TG HJ LAH tentang WAHABI tetapi kita tidak dapat terima TG HJ LAH kata UMNO perjuang Ahli Sunnah ,UMNO perjuang Islam sejati .....MENGARUT KERNA KESESATAN NAMPAK JELAS DAN NYATA..
Kita MESTI hormati ulama ...
TG HJ LAH adalah Ulama pondok dan ulama Ahli Sunnah...

Kalau TG HJ LAH serang Wahabi sahaja tak da masalah tetapi yang masalah istihar UMNO perjuang ISLAM inilah yang akan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat ...
Maka kita tetap kena bersihkan wahabi dari PAS dan kita kena kukuhkan PAS dan berjuang bersama PAS untuk menegakkan syariat dalam negara....
Kalau TG HJ LAH kata wahabi sesat dan kita bersihkan PAS dari wahabi ini ok ...
Tetapi TG HJ LAH TAK KRITIK MAKSIAT UMNO sekarang ...
Mengapa ULAMA lain tak naik pentas UMNO ?
Perlukah naik pentas UMNO MEMPERTAHANKAN SEKULAR?ULAMA APA MCM TU??
Mana hikmahnya ?
KALAU TG HJ LAH TAK BERSAMA PERJUANGAN ISLAM,Ramai lagi ulama ahli sunnah dalam PAS termasuk TN GURU HJ HARUN DIN dan GURU-GURU PONDOK YANG LAIN !

TG HJ LAH bersama UMNO kerana dengan sebab PAS bersama DAP ...
TG HJ LAH tak nampak ka UMNO bergabung dengan MIC , MCA dan lain-lain lagi ?
UMNO, sapa kata UMNO pembela Islam ?
UMNO/BN penyebab agama rakyat runtuh , rosak , punah dan anak2 muda kita kosong agama sekarang ...
Mana ketuanan Melayu yang UMNO perkasakan ?
Pemimpin atasan yang kaya sedangkan rakyat menderita !
PAS bergabung bersama DAP kerana PAKATAN RAKYAT nak tumbangkan UMNO /BN fasik ...
ISLAM di Malaysia kebanyakan Islam baka hasil dari jajahan UMNO/BN yang mengekalkan undang2 penjajah ...
Sekolah2 sekarang mana ada ajar agama ?
Kalau ajar pun tak banyak , fardhu ain pun tak lepas lagi...
Gejala sosial , rempit , remaja kita rosak ...

PAS bergabung bersama pakatan dengan harapan kita dapat Laksana syariat ISLAM kalau tak sepenuhpun sekurang2 kita dapat laksaanakannya ...
Malaysia terdiri dari berbilang kaum , maka kita perlu menjaga semua rakyat ...
Berbetulan tema muktamar tahunan PAS kali ini ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
PAS bersama DAP dalam pakatan tapi beza DASAR PAS NAK LAKSANA HUKUM AL QURAN DALAM NEGARA berbeza UMNO dalam BN nak lawan PAS dan nak kekalkan undang2 penjajah ...
UMNO benarkan APCO bertapak , mana TG HJ LAH kata UMNO memperjuangakan ketuanan melayu ?
UMNO/BN bagi tanah pada cina kaya !
Berapa bukit diberi kepada cina kaya buat pusat judi...
Arak asalkan ada lesen maka tak haram bagi BN !
Judi berlesen tak haram bagi kerajaan BN !
Zina dari kalangan melayu Islam yang melahirkan anak zina tahun 2009 lebih dari 17 000 orang anak zina...
Sekolah Agama rakyat ditarik balik bantuan ...
INIKAH UMNO PERJUANG ISLAM ?
Tulisan jawi dihapuskan, muda mudi buta jawi ...
Singapura dihadiahkan kepada cina , sapa yang hadiah kalau bukan UMNO?

Anonymous said...

Jgn nanti menang ayam kg trgadai.

Kalau pas menang pun yg jadi mtri

sipendosa.. lebih teruk lg kalau jd negara

bebas memilih ugama. jgn kita diperbabikan olih bgsa lain.

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...