Monday, February 24, 2014

HJ HADI KENE BYR SAMAN 2 JUTA KPD ORG PR SEBAB NK PERTAHANKAN PR. OH BANGANG..


SPEECHLESS...


Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin.
Dalam masa sama, Abdul Hadi juga diarahkan membayar lima peratus faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd. Shamsul sebelum ini.
Prosiding berlangsung hampir 30 minit di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Mohamad Nasrudin Mohamed.
Menurut wakil peguam plaintif, V. Saravanan, penghakiman itu dibuat selepas pihaknya menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan yang telah diterima oleh pihak defendan pada 16 Januari lalu.
Sehubungan itu katanya, plaintif telah memfailkan afidavit penyampaian dan perakuan ketidakhadiran defendan ke mahkamah sehari kemudian yang telah diluluskan oleh pihak mahkamah pada hari yang sama.
“Sekiranya defendan ingin membantah atau menentang penghakiman itu, maka, dia kena failkan permohonan kepada mahkamah. Itu terpulang kepada peguam dia.
“Jika tidak ada maklum balas daripada defendan, kami akan hantar salinan termeterai penghakiman yang meminta pembayaran saman plaintif iaitu sebanyak RM2 juta bersama faedahnya sekali.
“Sekiranya masih tidak ada apa-apa jawapan, kami akan teruskan dengan pelaksanaan saman. Kami akan failkan penghakiman ini secepat mungkin dan sebaik sahaja mahkamah telah keluarkan salinan termeterai, kami akan serahkan kepada defendan untuk tuntut jumlah penghakiman,” katanya ketika ditemui.
Plaintif melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co., pada 5 Disember lalu telah memfailkan saman ke atas Abdul Hadi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini selepas beliau mendakwa difitnah oleh pemimpin Pas itu semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), April lalu.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.
Plaintif yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat .

INI VIDEO BUKTI KATA2 HJ HADI..

jeng kawe mikir... Anwar buat apa? slepas Hadi belai dia, manjakan dia, prtahankan dia, beri dia sgala... apa Anwar buat?

Thursday, February 20, 2014

Sejarah “Dawn Raid” — Serang Hendap Kuala Lumpur Ke Atas Kota London pada 1981




Oleh: Lela Iskandar Suhaimi

Kisah benar kejayaan sekumpulan anak Melayu mengambil kembali tanah-tanah di Malaysia yang dipegang Inggeris selama 160 tahun dengan serangan terancang ke atas ibu kota Britain

Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja. Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.

Latarbelakang – Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris
Pemandangan yang lazim selepas merdeka –seorang pesawah wanita sedang menanam anak padi
Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini. Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%). Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur.

Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka. Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru , Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu. Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah 13 Mei 1969 yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka. Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan “… orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.” Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu.

Dasar Bagi Membantu Orang Melayu
Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990. Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi.

Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.
Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini. Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi. Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.

Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.

Pemerintah Anti-Penjajah, Mahathir Menduduki Kerusi Penting
Mahathir sewaktu sidang PBB
Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981. Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.
2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah. Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.

Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.
Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.

Dato Ismail Ali Sebagai Pemimpin Serangan
Tandatangan Ismail atas wang kertas 50 ringgit Malaysia sewaktu menjadi gabenor bank negara.
Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.
Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB. Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan.

Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.
Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981. Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.
Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.
Kerjasama Pelbagai Pihak

Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.
4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.
Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.
Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.

Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).
Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

Mengapa Guthrie ?
Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.
Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.
Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.
Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.
Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.

Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid”
Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).
Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.
Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.
Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.
Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.
Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.
Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.
Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.
Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.
Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.
Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.

Mahathir Terus Menekan British
Laporan akhbar Glasgow Herald di London pada 8 Sept 1981
Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio. Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.
Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.
Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir. Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.
Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.
Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.
Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.
Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.

Hasil Besar dari Serangan
Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.
Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.
Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.
Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.
Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.
Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.
Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”

Nota:
1. Penulis merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Shakila Yacob atas kesudian memberi manuskrip kajian beliau bersama Nicholas J. White untuk rujukan penulis.
2. Penulis memaparkan tulisan ini sebagai rencana ilmiah, dan tidak berminat untuk memihak kepada mana-mana individu atau parti politik.
3. Penulis mendapati terdapat sumbangan penting tokoh-tokoh lain dalam Dawn Raid seperti Ananda Krishnan dan Tengku Razaleigh. Tidak disebut dlm artikel ini kerana kekurangan sumber maklumat.
4. Loophole/kelemahan bursa London pada waktu itu tidak diperincikan untuk memudahkan pemahaman pembaca.

Rujukan:
Shakila Yacob & Khadijah Md Khalid (2012): Adapt or Divest? The New Economic Policy and Foreign Businesses in Malaysia (1970-2000), The Journal of Imperial and Commonwealth History, 40:3, 459-482Shakila Yacob & Nicholas J. White (2010): The “Unfinished Business” of Malaysia’s Decolonisation: The Origins of the Guthrie Dawn Raid, Cambridge University Press 2010Karminder Singh Dhillo (2009): Malaysia Foreign Policy in the Mahathir Era, 1981-2003: Dilemmas of DevelopmentBrian Ritchie (2005): Coalitional Politics, Economic Reform, and Technological Upgrading in Malaysia, Elsevier World Development Vol 33, pp 745-761Abdul Rahman Embong (1996): Social Transformation, the State and the Middle Classes in Post-Independence Malaysia, Southeast Asian Studies, V01. 34, No. 3, December 1996Boon Kheng Cheah (2002) : Malaysia: The Making of a NationTin Price Moves Jolt Market : Reuters (The New York Times); Financial Desk, November 28, 1981, SaturdaySurat Terbuka Dr. Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman, Jun 1969PNB Wrests Control of Guthrie Corp : The Straits Times Singapore, September 9, 1981PNB Making Up For Lost Time: The Straits Times Singapore, September 16, 1981April 6, 2013 | admin.

Kagum dgn kebijaksanaan Tun Mahathir.

Sunday, January 26, 2014

INI YG KORANG NAK TENGOK KAN?!!


Ini yg melayu2 pnyokong Anwar mahu kan? Ok teruskanlah brjuang untuk agama orang lain.


Menurut sumber gambar ni di ambil di P.Pinang. Aku xfaham lah dgn orang2 melayu Islam yg xder rase ape2 bile tgk gambar ni!!

Mereka semakin BERANI!!!

Friday, January 17, 2014

KANGKUNG NAJIB VS KANGKANG ANWAR!


Pihak yang sengaja memperlekehkan kenyataan PM Datuk Seri Najib memang tidak rasional sehinggakan contoh yang paling mudah pun masih tidak faham-faham lagi.

Barua PR ni memang macam tu kot ??? Balaci yang singkat otak ini hanya ambil yang kangkung itu saja untuk jadi bahan ketawa.

Bodoh tak bodoh punya pendekatan akan diputar belitkan oleh para macai pembangkang.

SIAPA SEBENAR NYA KANGKUNG ???






credit : hambali abdullah

Monday, December 2, 2013

POLITIK TIADA ISTILAH REHAT..


"politik tiada istilah rehat". itu lah jawapan yg diberikan oleh seorang yg BK anggap 'mentor' apbila BK bagitau die yg BK nak rehat skejap drp berblog. BK mahu damai skejap brsama family, brsama saudara, brsama kwn2 dn brsembang tntang perkara2 yg  tidak brkaitan dgn politik..

ye betul.. BK akui tentang itu. wlpun BK boleh utk tidak menulis. tp hati BK tetap ingin mengambil tahu tntang hal2 brkaitan politik. BK tetap juga melihat, membaca, mendengar, menganalisa dn mncari kesahihan walaupun BK xzahirkan dlm bentuk tulisan..

Slepas PRU13 yg lpas, BK nampak banyak isu2 yg lbh brpihak kpd PAKATAN. byk kputusan2 krajaan yg xpopular. byk strategi2 yg dpt dibaca dgn mudah oleh pihak lawan. bila menjelang PAU pula, amat ketara skali prpecahan2 dlm UMNO. pemilihan juga xmnampakkan sesuatu yg baru. hanya ulang episod lama. pasti ramai yg menafikan statement ini atas dasar 'UMNO' walaupun hakikat sbenar mereka akui tntang perkara ini.

slps PRU juga sbnrnye byk isu2 besar yg timbul brkaitan pihak lawan. tp kita masih dgn sifat lama. xprnah mau mngheret 'permainan' shingga ke wisel penamat. masih dlm mood 'pemerintah'.

dan BK.. BK akan tunggu waktu yg sesuai utk kmbali aktif (dlm erti kata btl2 aktif). tp bila masanya BK pun xtahu.. wallahualam..

psstt... nik aziz dah tukar name tanah kat Tunjong?

Sunday, October 6, 2013

KELANTAN VS JDT : SUKU AKHIR KEDUA (6 VS 1). SEBUAH ULASAN TERBAIK!


Ok kita cakap pasal Gameplay lah. Kalau nak kira Adrenalin semangat itu semua tengah meletup, tak kira siapa. Yang tak pernah layan bola pun asal orang Kelantan, dengar berita begini terbayang suasana Final di Bukit Jalil walaupun dia tak pernah pergi pun. Nak bagi bayangan bahawa kalau pejabat kerajaan negeri buka waktu malam pun semua berkumpul dewan makan yang ada Tv dan Astro. Budak exam UPSR yang mak ayah tak pernah bawa ke Final pun boleh bayang dengan betul kehangatan Final bila tengok game tadi. Yang lebih special anak Kelantan di Johor, yang penakut jalan menunduk menguntum senyum, yang berani berkepak dada pakai jersi pagi esok. Itu semua ekspresi masing-masing punya hal.

Kalau sebelum ini saya berprinsip Johor akan terkeluar dari saingan di Kota Bharu kerana ketumpulan jentera serangan, tetapi saya silap. Sebenarnya kerana kematangan dan kehendak pemain pertahanan yang begitu besar untuk menambah semangat penyerang untuk bekerja mencari gol. Yang kedua, saya beranggapan Gameplay Azmi Mohammed yang bagus di First Leg sehingga Kelantan terduduk di Larkin, tapi sebenarnya kerana benteng Kelantan yang pudar dengan gandingan yang jarang digandingkan, Farisham di kanan dan Azizi di tengah. Saya rasa mereka berdua jarang bermain sekali, kerana Poknik dan Daudsu amat dominan di dua posisi tersebut, jika di tukar mungkin salah seorang.

Sebenarnya kerencatan pertahanan kedua-dua pasukan di kedua-dua stadium kerana sorakan penyokong lawan. Serangan kedua-dua serangan timbal balik menjadi tajam kerana semangat sorakan penyokong sendiri. Ini tidak boleh dinafikan langsung. Kita nampak Aidil setaraf Obinna di Larkin, kita lihat Nazri seperti Azizi di Kota Bharu. Sebelum pergi ke part Gameplay, kita hurai dulu mengenai perkara bersangkut paut. Di Larkin Zairul Fitree juga tidak fit dan Farisham tidak di tekan di Kota Bharu menjadikan suasana tenang dan santai di pertahanan, saya jamin kalau Zairul diturunkan malam ini sama saja situasinya dengan keadaan Farisham yang tidak kekok bermain di Wide Angle kedua-dua sisi.

Untuk bercakap mengenai Gameplay Bojan dan Azmi, walaupun tidak adil untuk membandingkan cara di Larkin dan Kota Bharu namun memang perlu dirujuk kerana ini perlawanan Two Legs. Ok basic nya Azmi menyerapkan corak Break Attack atau bekerja ditengah mencuri kegagalan Piya dan Shakir dalam mengatur barulah mengatur gerakan tersusun dan laju melalui 3S kebangsaan, Safiq-Shahrul-Safee. Di Kota Bharu Azmi tak mungkin boleh Attacking Mode dengan cara mengganggu pemain tengah Kelantan untuk memulakan gerakan, kebetulan ketika itu gaya gerakan bola pasukan Kelantan bermula dari bawah Long Ball keatas, bek atau Def Mid potong bola baru Safiq mendapat bola dan memulakan gerakan. Gaya ini senang kerana Azmi bernasib baik mampu membaca cara taktikal Bojan.

Berbalik ke Kota Bharu, apa yang Azmi lakukan? menyimpan Ezrie Shafizie seorang Defensive Mid di bangku simpanan, seperti di Larkin, dengan mempercayai Akram, pemain muda dari team Johor FA bekas anak buah beliau. Akram merupakan pemain muda yang lincah, sebab itu tugasnya cuba merampas bola dan mengepung kawasan tengah, sayangnya gandingan Diamond Zairo-Shakir-Piya tidak terkepung. Semangat meluap-luap dan ketenangan dengan pengalaman menjadikan pemain Kelantan menyusun gerakan tanpa mampu dirampas bola oleh Ball Winner yang rajin seperti Akram. Safiq menjadi pembantu Defensive Mid pula ketika tertekan.

Di pertengahan babak pertama, saya asyik terfikirkan satu perkara magis yang Bojan lakukan. Saya tak tahu Piya dijadikan sebagai Attacking Mid atau Second Striker, kalau Second Striker tapi bermain sebagai Shadow dalam gerakan Dickson, ini gaya magis yang pelik dan hebat. Mungkin kebetulan Indra bekerja sebagai separuh unit yang Piya perlu bekerja, akhirnya ditempat biasa Piya ketika formasi 442 biasa Bojan guna, tempat itu di ambil oleh Zairo. Saya lihat Piya tidak perlu mengatur gerakan. Saya seperti biasa seorang yang prejudis kepada Piya, mengutuk kemalasan beliau pada awalnya, namun perlahan-lahan mula faham, sebenarnya kedudukan Piya dibanyak tempat tanpa membawa bola sebenarnya membuka ruang yang luas untuk Dickson bermaharajalela. Pemain DTFC seolah-olah marking shadow Piya sahaja. Piya menarik beberapa pemain mengekorinya, akhirnya Lone Striker Kelantan bebas untuk membawa masuk bola, bukan seperti Fakri yang menunggu, Piya tidak menunggu tapi berubah kedudukan.

Perkara lain yang saya terhidu, sebenarnya Azmi mahu mengaburi pemain pertahanan Kelantan, dengan banyak menggunakan Hadin sebagai Wide Kanan yang banyak menerima bola dari bahagian kiri iaitu Awe. Ini demi menjadikan Awe sebagai senjata yang tiba-tiba dapat memacu Depth dan dapat ruang luas untuk tiba-tiba berlari secara mengejut apabila menerima bola. Awe bukan tipikal pemain yang senyap. Bukan pemain yang boleh duduk saja menanti gerakan-gerakan tertentu yang terlalu dirancang. Awe ialah pemain yang melekatkan gam di but dan membawa bola bersama, bukannya menunggu. Akhirnya Akram dan Safiq jarang dapat melorongkan bola pada Hadin kerana ditekan oleh Zairo dan Shakir, Farhan pula sangat WOW, tidak perlu membuat larian dari tengah, banyak menunggu dan bola banyak dihantar, membuatkan Awe tak senang duduk terpaksa kerap turun membantu Tarmimi selepas Irfan sebagai Bek Kiri gagal berfungsi dikeluarkan awal akibat tekanan penyokong. Awe menjadi keris simpanan yang tersarung didalam pendok atau sarung keris. Orang Kelate gelarkan sebagai 'Kherlok'.

Bojan, tidak payah terlalu mengatur. Subjeknya ialah Dickson, caranya dipelbagai, namun tidak ada lagi Long Ball. Sebenarnya ditengah bukan gandingan 3 pemain membentuk Diamond, tapi dua sahaja iaitu Shakir dan Zairo sebagai Def Mid dan Mid Centre. Piya dijadikan Trequartista yang lebih kepada Second Striker. Piya bergerak, benteng lawan ingatkan Piya akan menuju kedalam box selalu, tetapi yang masuk ke box ialah dua orang sayap Kelantan. All Out Attacking yang sabar, yang tidak terburu-buru, hanya perlu memeningkan benteng tengah lawan, memaksa Fullback masuk selalu kedalam box, dan Dickson seperti penyerang Polo Air, mengacah tak kira masa dan suasana serta kedudukannya. 3-4 hari sebelum perlawanan saya sudah terbayangkan Kelantan bermain seperti ini dan saya bayangkan Kelantan awal-awal membunuh game dengan 5-0 separuh masa pertama, namun itu sangat terburu-buru sebenarnya. Impian saya yang terburu-buru.

Ini persembahan dari syurga, kerana rempahnya cukup. Elementasi bercampur baur, aspek yang terpenting tiada di musim-musim lepas ialah babak pemancingan pemain berkaliber yang didengar banyak pasukan yang hebat dan akan jadi hebat menelan liur melihat pemain Kelantan secara individunya, kerana adanya perkara ini menjadikan pemain Kelantan terutamanya bermain untuk membuktikan sesuatu yang tidak ada dimusim lepas. Miracle yang pure, ibarat menjumpai tiram yang mempunyai mutiara didalamnya tetapi tiram itu berada didalam mulut buaya.

Akhir-akhir ini saya terlalu kerap menonton perlawanan peringkat tertinggi Asia, separuh akhir ACL terutamanya. Saya tengok Kelantan bukan membentuk bolasepak dominan cara gerakan dan susunannya seperti gergasi mata sepet Ghuangzhou Evergrande, Seoul FC atau Kashiwa Reysol. Kelantan lebih kearah gaya Estaghlal. Kelab mata sepet itu bermain gaya dominan ala kuasa besar dari England. Estaghlal lebih kepada kekuatan individu yang tersusun membentuk gerakan berpasukan, akhirnya nama-nama individu tenggelam. Team gergasi lain membentuk gerakan berpasukan untuk menonjolkan nama individu yang membentuk kemenangan. Evergrande dengan gandingan latin Muruqui, Elkenson dan Conca mendapat sentuhan Lippi, amat hebat gerakan berpasukan, tetapi yang dapat nama mereka berempat. Berbeza Estaghlal of Tehran, nampak karekter pemain utama mereka menonjol tapi bila berkuasa dalam gerakan, nama itu tenggelam dan seluruh 11 pemain mendapat nama atau pujian.

Mengenai satu perkara yang saya terkilan. Yang lain saya tak ada masalah dengan penyokong Johor. Mereka yang berada di pendalaman menganggap Johor mencetuskan fenomena baru bolasepak Malaysia. Ini statement mengguris. Mereka melihat penyokong away mereka wajib ke venue luar, mereka melihat stadium mereka penuh, mereka melihat Ultras mereka meletus nama terhebat, mereka melihat gaya lifestyle timbul keJohoran. Kita bukan nak menjawab cara budak-budak, kita tak membagitahu kita dari dulu buat dari mereka. Kalau cakap lebih dahulu, pasti ada orang lain lebih dahulu. Kita nak cakap dominan, betul lah kerana orang Kelantan teramai berhijrah disemua negeri. Itu bukan dalil. Malam ini adalah dalilnya. Tahun pertama pembabitan pasukan adalah dalilnya. Ambil benang dan tarik serta jadikan susunan graf, siapa bermula dari bawah, benang apa kamu pakai, benang dari sutera. Kami pakai benang nylon yang buat kain guni. Kami bermula dari bawah, kami stabil dan kami gah walau dicabar. Anda bermula dari atas, anda tak stabil dan tak gah dicabar. Penyokong yang tak tahu tak salah mengeluarkan statement begitu, tapi penyokong yang tahu harus sedarkan mereka, saya percaya di Johor akan timbul penyokong matang yang boleh slowdown dan menunduk sedikit dibumi pada musim hadapan, mengajar rakan-rakan mereka yang baru menyertai mereka. Musim depan mungkin kita tidak bermusuh lagi.

Aspek bolasepak salah satunya proses pembakaran minda di otak kiri yang meletuskan emosi. Suasana tegang menjadi raja ketika sorakan bergema. Bukan bermakna bergolok bergadai untuk bergaduh, tapi semua lawan bersedia untuk saling membakar. Ini akan merebak bila suasana dipadang juga tersangat meriah. Saya sebenarnya tak ada upaya untuk menulis artikel ini, banyak komitmen lain yang menganggu otak saya. Namun tidur yang tak lena, saya menonton penyokong Levante sebuah kelab tikus di LaLiga, dipenuhi stadiumnya separuh oleh penyokong Real Madrid. Minit ke 85' sehingga 94' adalah setiap detiknya dramatik. Malas saya nak hurai dramatiknya, tapi melihat penyokong kedua-dua berpasukan memacukan sorakan habis-habisan dihujung perlawanan saya menjadi bersemangat. Lepas itu sambung game Barcelona, melihat jaringan Thunderbolt dari Alexis Sanchez, terus saya kayuh papan kekunci memandangkan tidak ada review perlawanan yang seperti saya tulis. Bukan nak menjuarai bidang, hanya mencari kelainan untuk mereka yang merasai kesamaan. Peace penyokong Johor, Alfatihah buat anak Al-Hafiz, doa selamat buat perjalanan pulang rombongan Awaydays dari Johor ke Kelantan. Walaupun tiada slogan selamanya kita bersaudara ke apa, cukup sedikit terima kasih saya ucapkan buat rakan penyokong Johor. Jangan tunjuk True, tapi didik diri dedikasi, apa team anda bagi pada anda dan apa yang anda bagi pada team anda. Wassalam.

Penulis : JB Bettermen
Foto : Abu Izzuddin Photography

Sunday, September 29, 2013

TAZKIRAH USTAZ DON YG BUAT GUA SENTAP!


Benda simple je, BK sdiri akui BK pun kadang2 ader jugak buat kat anak macam ni.. insaf..


Semoga jadi panduan kpd kite semua..

Thursday, September 26, 2013

x-MB Kedah, Ustaz Azizan meninggal dunia. Al-fatihah..


Ustaz Azizan meninggal dunia jam 11.10 td. Al-fatihah buat arwah...

TERKINI KEADAAN USTAZ AZIZAN BEKAS MB KEDAH.


Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak dilapor kritikal sejak 3.00 pagi tadi akibat masalah jantung yang serius.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, setakat 3.30 petang, Azizan masih tidak sedarkan diri dan dalam pemantauan rapi.

“Azizan mengalami masalah jantung yang serius, denyutan jantung terhenti sekitar 3.00 pagi.

Beliau diberi bantuan kecemasan dan jantung kembali stabil. Namun sekitar 12.00 tengah hari, beliau sekali lagi diserang masalah jantung,” katanya.

Menurutnya, Azizan juga masih belum membuka mata sejak kejadian itu, dan dilaporkan tekanan darahnya juga rendah.

“Minggu lalu, ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menziarahi Azizan, beliau kelihatan gembira dan berbual-bual, namun pada ketika itu, semua pelawat dikehendaki memakai sarung tangan dan pakaian khas untuk elak jangkitan,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, Pas Kedah telah menganjurkan solat hajat dan bacaan Yasin selepas Zuhur tadi dan turut mengarahkan semua Pas kawasan berbuat demikian.

“Saya harap semua berdoa untuk kesejahteraan Azizan yang kini bertarung nyawa. Saya sebak membaca komen-komen positif sejurus berita ini dikemaskini di Facebook, ini menunjukkan beliau disayangi dan disenangi ramai,” katanya.

Menurutnya, kondisi Azizan yang tidak stabil turut dimaklumkan kepada kepimpinan Pas Pusat.

Azizan, 69, yang juga Adun Sungai Limau menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya pada 9 Mei lalu di Hospital Pulau Pinang (HPP), setelah dipindahkan dari Kedah Medical Centre (7 Mei) akibat komplikasi diabetik.

Azizan menerima rawatan lebih tiga bulan di HPP, sebelum dipindahkan ke HSB, 13 Ogos lalu. ~SH


"Semoga beliau kembali pulih, dan dpt menjalankan tugas utk rakyat seperti biase.. amin.."

Tuesday, September 24, 2013

KERJA GOMEN, SOKONG ANUAR, TP GAJI NAIK SMACE!!


Satu berita baik bakal dilaksanakan buat 1.4 juta kakitangan awam disektor Kerajaan, mereka yang terlibat bakal menerima kenaikkan gaji tak lama lagi.

Ini adalah hasil pertimbangan pihak kerajaan untuk Pelarasan Gaji kakitangan awam bagi mempertingkatkan perkhidmatan yang cemerlang untuk setiap rakyat Malaysia.

Gaji Baru ini bakal dikuatkuasakan Seawal Disember 2013. Berita ini KBC baru sahaja dapat daripada Putrajaya sebentar tadi.  

Berdasarkan maklumat yang KBC terima, melalui salah seorang panel yang terlibat memaklumkan akan ada berita gembira sekitar 3 bulan daripada sekarang.

Penyelarasan gaji baru telah pun dijalankan dan dijangka akan mula dikuatkuasakan sekitar bulan 12 (Disember 2013) ataupun seawal tahun 2014.

Berita gembira ini bakal mengurangkan lagi kos saraan hidup kakitangan kerajaan masakini yang melonjak naik mengikut kemajuan era zaman baru ni.

Sudah pasti ia bakal membantu dan menambahkan pendapatan kakitangan awam untuk terus memajukan diri berjuang memberi perkhidmatan terbaik kelak.


cr : klboyzchannel

sedap la puok demo hok kijo gomen.. sokong Anuar breheng tp gaji naik smace.. huhu

BINI MATYO BUAT TAIK LAGI!


Apa masalah dgn perempuan ni ye? akhlak zero. Dulu pernah sekali die gelar Tan Sri Annuar Musa 'anjing'. Lpas tu dgr2 crite die xngam dgn makmertue die (emak matyo). dgr cerite nye die marah bile Matyo beli itu ini bagi kat emak die.



Dan yg terbaru ni plak die gi maki hamun pengawal keselamatan yg mintak die jgn parking tempat xleh parking. Kesian kat pakcik tu.. Apa perempuan ni memang asal baka busuk ke?




Kesian jgk kat Mat Yo yg dpt istri macam ni.. semoga die dpt ubah istri die jd lbh baik..

Thursday, September 19, 2013

PENDEDAHAN EKSKLUSIF BERKENAAN DINASTI LIM DAN PEMILIHAN CEC! NAH!!


Akhirnya ada juga ahli DAP yg berani buat pendedahan secara detail tentang kebusukan Dinasti Lim dan pemilihan CEC. Bukan semua orang berani buat pendedahan ini krn mereka faham sgt dgn perangai Dinasti Lim ini yg bersikap ala mafia.

Artikel berkenaan pendedahan  ini blh lawat di http://thedapinsider.blogspot.com/ . episod demi episod utk sebuah kebenaran yg terselindung..

Wednesday, September 11, 2013

KALO XBANGANG ITU BUKAN RAFIZI!

@lokmanadam Sahkan @rafiziramli Tak Bertelur,Bohong Lagi!


Dia tahu die yg bangang boleh membangangkan chai2 die yg lain sb tu die buat keje bangang macamni. hahaha! tolol la Rafizi nih!! berusaha bersungguh2 die nak yakin kan rakyat lepas kalah kes dgn Zahid aritu. Meh kite baca artikel yg ditulis oleh pisau.net dan pakat gelak utk kebangangan si Rafizi ni. zasss... ;)

@lokmanadam Sahkan @rafiziramli Tak Bertelur,Bohong Lagi!

Sejak Rafizi kantoi fitnah Ds Zahid Hamidi dilihat cuba memulihkan kembali imejnya didepan mata Anwar..Tetapi biasalah kalau dah penipu dan kaki fitnah..itu sajalah kerjanya yang dia tahu..
Yang terkini Rafizi secara bacul meletakkan 2 nama panelis iaitu Saudara Lokman Adam dan Tan Keng Liang tanpa menjemput mereka.
Tan Keng Liang dan Lokman Adam menurut sumber tidak tahu menahu dengan forum yang bakal diadakan. Apa yang cuba Rafizi lakukan bertujuan untuk mengambarkan 2 pemimpin muda dari BN pengecut sedangkan realitinya beliau sendiri yang tidak berkerandut..
20130911-124906.jpg
Heboh di twitter apabila Lokman dan Tan Keng Liang menafikan mereka dijemput..
20130911-125038.jpg
20130911-125043.jpg
Inilah teknik meliwat pemikiran rakyat,hanya yang bodoh dan bebal sahaja percaya yang akhirnya Rafizi akan mendabik dada pemimpin BN pengecut berhadapan dengan beliau..
Pisau kata ” Rafizi bakal dibuang dari jawatan pengarah strategik PKR,sebab tu cuba tarik balik perhatian Anwar”

Tuesday, September 10, 2013

HUSAM MINTAK AUDIT BEBAS MASUK SIASAT ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI KELANTAN! TUU DIA!!



Jangan main2 dgn org kechiwa... tu dia Mr. Husam sudah mula mendedahkan skandal2 sulit brkaitan krajaan negeri Kelantan satu persatu slepas menyimpan rapi kerahsiaan ini spanjang 'pemerintahannya' bersama 'Tok Guru" Nik Aziz Pulau Melaka.. Sebenarnya si Husam ni byk jgk xbetul nya.. tp xkesah lah, yg penting dgn tidak tersenarainya beliau dlm kumpulan 'pentadbir' kerajaan Kelantan, dpt jgk bg manafaat kpd kita rakyat di bawah utk mengetahui kisah2 dlm kain kerajaan PAS Kelantan. Ikuti pendedahan Husam dlm The Malaysian Insider kat bawah ini. GOMO HUSAM GOMO!! ;)

Datuk Husam Musa memohon maaf kerana tidak dapat menerima tawaran kerajaan negeri Kelantan untuk menjadi pengerusi kepada dua anak syarikat kerajaan negeri (GLC) Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd dan Tunjong Development Corporation.
Kedua-dua GLC ini pernah dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS itu semasa masih menjadi Exco kanan kerajaan negeri di bawah pimpinan bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Saya tidak pernah di rundingi untuk perlucutan dan pelantikan mana mana anak syarikat," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu mengulas tawaran yang dibuat oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider hari ini.
Menurut Husam (gambar kanan), beberapa syarikat yang dipengerusikan dan ditubuhkan olehnya sebelum ini telah ditarik balik darinya.
"Jika saya diberi pilihan, saya lebih berminat untuk mempengerusikan Baldah Toyyibah yang telah dilantik sebagai peneraju utama pembinaan lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai dan saya merasa bertanggungjawab untuk memastikan pembinaan lebuhraya tersebut menjadi kenyataan," tambah Husam dalam satu kenyataan bertulisnya kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.
"Sebenarnya, semua susunan pembiayaan telah di atur semasa saya ditugaskan dulu," tambah beliau.
Menurut Husam, sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke 13 (PRU13), Kelantan telah meluluskan satu kawasan perlombongan besi di Sungai Tuang, Gua Musang dengan nilai RM 2.5 bilion yang dijadikan cagaran pembayaran lebuhraya berkenaan.
"Saya di fahamkan kawasan perlombongan seluas 3,000 hektar tersebut telah ditarik balik dan dicadang diluluskan kepada beberapa individu tertentu. Selain itu, saya telah menubuhkan anak syarikat perlombongan kerajaan untuk tujuan memajukan sendiri perlombongan dengan skala besar, teknologi moden dan tambah nilai melalui pemprosesan dengan nama Az Zahab.
"Alhamdulillah selepas hanya tiga bulan diluluskan lesen pertama perlombongan emas kami telah mengeluarkan emas pertama (gambar kiri) minggu lepas. Selain itu kami telah mendapat  kelulusan perlombongan  mengganese yang boleh digunakan untuk hub pemprosesan tambah nilai dan nilai lombong itu sahaja di anggarkan bernilai setengah billion ringgit," kata Husam kesal.
Az Zahab, katanya, ditubuhkan untuk menyokong pembinaan lebuhraya dan stadium baru.
"Saya berharap kerajaan negeri boleh menjaga aset ini dengan sebaiknya," kata Husam.
"Alhamdulillah semasa saya diamanahkan untuk mempengerusikan anak ank syarikat ini kesemuanya mencatitkan keuntungan," katanya.
PMBK Sawit sahaja telah mencatat keuntungan sebanyak RM8 juta sehingga Jun tahun ini, katanya.
"Saya berharap pengerusi yang baru boleh menjaga amanah ini dengan sebaiknya.
"Saya juga ingin merakamkan rasa hairan bagaimana sesetengah pengerusi yang tidak berfungsi tidak dtukarkan," kata Husam.
KPK misalnya mencatat kerugian dan terdapat banyak urusniaga yang meragukan berlaku.
Anak syarikat perladangan sawit seperti Ladang Relai juga mengalami kerugian, beritahu beliau.
"Saya berharap kerajaan negeri melantik satu audit bebas ke atas anak syarikat penting yang sepatutnya untung tetapi sebaliknya rugi," tambah Husam memberikan cadangan. – 21 Ogos, 2013.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/husam-tolak-tawaran-pengerusi-2-glc-cadang-audit-syarikat-rugi

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...