Thursday, April 19, 2012

Chapter 1 - Awas Najib Razak, Anwar Ibrahim Akan Letak Jawatan Mei Ini





Bukanlah tajuk tersebut dijadikan gimik untuk Gomo menakut nakutkan Najib Razak dan kepimpinan Barisan Nasional yang lain. Bukan juga niat Gomo untuk cuba menongkah arus kononya lebih handal dari pakar Strategi yang ada. Tetapi ini adalah kewajipan Gomo dalam mendedahkan maklumat yang Gomo perolehi bagi memastikan langkah Anwar Ibrahim kita dedahkan terlebih dahulu.

Anwar Ibrahim akan meletakkan semua jawatan yang beliau sandang sama ada sebagai ahli parlimen, Ketua Pembangkang, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Penasihat Ekonomi Selangor dan apa sahaja jawatan yang beliau sandang waktu ini pada bulan Mei ketika bahang pilihanraya ke 13 semakin hampir.

Dalam perletakkan jawatan ini Anwar Ibrahim akan membuat satu rapat umum dan juga sidang media dengan mengambarkan kesedihan serta kesengsaraan beliau yang kononya difitnah oleh UMNO dan Barisan Nasional sehingga memaksa beliau meletakkan jawatan kerana tidak lagi sanggup menanggung aib Fitnah dari UMNO dan BN.

Anwar Ibrahim akan melakonkan watak serta babak sedih, haru malah Gomo yakin dan amat pastiakan mengalir air mata Anwar Ibrahim dalam hal ini ketika pengumuman perletakkan jawatan beliau dibuat kelak. Suasana pilu akan menyelubungi kem pakatan Rakyat dan juga mendapat tempias dari kesedihan tersebut adalah rakyat Malaysia yang lentur hati dan jiwa mereka.

Kerana Konspirasi UMNO dan BN lah maka Anwar Ibrahim meletakkan jawatan akibat fitnah yang sudah melampaui batas. Itu antara propaganda Anwar Ibrahim dalam menyakinkan rakyat bahawa segala pendedahan yang dilakukan oleh Dato Eskay, Dato Nalla, Senator Ezam, Umi Hafilda dan ramai lagi merupakan satu tekanan politik dalam menjatuhkan karier politik beliau.

Waktu ini Anwar Ibrahim akan lemah longlai sama seperti lakonan yang beliau lakukan ketika dipapah untuk dibicarakan dimahkamah pada kes terdahulu lewat 90 an. Waktu ini Wan Azizah, Nurul Izzah dan penampilan khas Ehsan anak lelaki tunggal beliau akan melaungkan kata kata perangsang kepada rakyat yang bapa dan suami mereka meletakkan jawatan kerana aib fitnah UMNO dan Barisan Nasional.

Ayat Anwar Ibrahim dengan pengumuman perletakkan jawatan pada hari itu

"Saya tidak sanggup lagi menanggung aib akibat difitnah oleh UMNO dan Barisan Nasional terus terusan kerana jawatan yang saya pegang sebagai Ketua Pakatan Rakyat. Saya meletakkan semua jawatan yang dipegang kerana tidak mahu menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat dalam membersihkan sistem, korupsi yang ada hari ini bagi merampas Putrajaya. Biarlah saya mengudur diri dan akan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat hanya di sebalik tabir. Saya tidak mahu saya menjadi beban buat rakan dalam Pakatan Rakyat menghadapi perperangan sengit menentang UMNO dan Barisan Nasional pada pilihanraya nanti.

Sesungguhnya Aib fitnah yang dilemparkan UMNO dan Barisan Nasional kepada saya dan keluarga amat menyakitkan hati saya dalam menghadapi perjuangan menentang kezaliman ini"

- Anwar Ibrahim


"Najib vs Anwar"

Mungkin ada lagi ayat yang beliau Anwar Ibrahim akan gunakan sewaku pengumuman dibuat yang mana kita semua tahu akan kehebatan dan kepetahan Anwar Ibrahim dalam bercakap dalam meraih simpati dari rakyat dan juga dunia luar. Apa sekalipun yang beliau akan nyatakan pada Mei ini pasti UMNO dan BN akan dipersalahkan walaupun bukti yang jelas sememangnya beliau terlibat dalam kegiatan Homoseksual dan video Porno.

Dipihak Kerajaan Barisan Nasional akan goyah dengan pengumuman tersebut, mungkin kem BN akan dilanda garuda kerana pengumuman Anwar Ibrahim dengan pengunduran dari dunia politik membuatkan SIMPATI dari rakyat Malaysia berlaku lagi sepertimana tahun terdahulu. Pendek kata pengumuman Anwar Ibrahim akan memberikan impak dalam politik dunia.

Pembangkang akan terus memainkan kempen kesedihan setelah perletakkan jawatan oleh Anwar Ibrahim. Kempen menentang Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional akan diperhebatkan dan sentimen meraih simpati dengan menjaja cerita cerita basi sebelum ini dimainkan semula mengikut acuan mereka.

Anwar Ibrahim akan terbang ke luar negara, Ketua Umum Pakatan Rakyat akan beralih kuasa kepada pemimpin yang baru. Tidak akan ada perebutan kuasa dalam menentukan jawatan Ketua Umum Pakatan Rakyat yang mana jika Pakatan menang Putrajaya maka Ketua Umum tersebut akan dilantik sebagi Perdana Menteri.

Silap haribulan Anwar Ibrahim juga akan melakukan Sumpah dihadapan para penyokongnya yang mana jalan terakhir sebelum beliau meninggalkan negara Malaysia ini bagi memberikan keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau telah difitnah oleh UMNO dan BN. Anwar Ibrahim sanggup melakukannya.

Siapa Ketua Umum yang akan menggantikan Anwar Ibrahim pada Mei nanti? Siapa gerangannya? Dari PKR? PAS? atau DAP? Esok jam 10 pagi pendedahan selanjutnya di Blog Papa Gomo.

Esok Chapter 2 Jam 10 Pagi
Ketua Umum Pakatan Rakyat Yang Baru
Menggantikan Anwar Ibrahim Mendapat Restu
Dari Haji Hadi Dan Kit Siang

Psssttt... Anwar Ibrahim Raja Drama, jangan kita pandang rendah keupayaan beliau melakonkan watak simpati


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

EHSAN : PAPA GOMO

Prolog - Awas Najib Razak, Anwar Ibrahim Akan Main Gila



Kadangkala tak terjangka oleh kita semua apa yang bakal dilakukan oleh pakatan pembangkang dalam suasana politik tanahair hari ini. Satu persatu kejutan yang mereka lakukan yang mana turut disusuli dengan kejutan dari pihak Barisan Nasional. pendek kata kejutan yang berlaku dalam arena politik tanahair mengamit bermacam macam cerita yang akhirnya sampai kepada rakyat.

Gomo tidak lah arif sangat dalam bab berpolitik apatahlagi dalam strategi berpolitik. Strategi yang bermacam macam cara digunakan sama ada untuk merebut jawatan ataupun menang pilihanraya. Tetapi ada satu pekara yang Gomo lihat agak teratur gerak kerja nya. Ya gerak kerja yang mana melibatkan seluruh rakyat Malaysia itu sendiri.

Anwar Ibrahim, musuh Gomo no1 dalam dunia yang pada Gomo beliau lebih jahat dan terkutuk dari Yahudi keparat kerana beliau seorang Melayu yang Islam agamanya sanggup menggadaikan bangsa dan agama demi kepentingan politik dalam meraih cita cita beliau menjadi Perdana Menteri. Tapi apakah beliau akan menjadi Perdana Menteri?

Artikel ini adalah permulaan dalam pendedahan yang mana setidak tidaknya memberi gambaran jelas buat rakyat akan Strategi Anwar Ibrahim dalam menjadi Pemimpin Agong dalam Malaysia. Artikel bersiri ini nanti mungkin memberikan kejutan kepada pemimpin Barisan Nasional untuk melihat langkah yang perlu diambil bagi memenangi hati rakyat dan memastikan BN menang pada PRU 13 nanti.

Sebelum Gomo dedahkan Strategi Anwar Ibrahim adalah baik sekiranya Gomo imbaskan kembali mengenai artikel yang Gomo buat ketika hari hari terakhir sebelum kes Liwat Anwar Ibrahim diumumkan di Mahkamah pada 9.01.2012 tempoh hari yang mana membebaskan dan melepaskan Anwar Ibrahim dari pertuduhan liwat.




Ternyata kerisauan Gomo dan beberapa rakan lain benar benar berlaku apabila Mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim dari pertuduhan liwat. Malah boleh Gomo katakan semua pihak terkejut termasuk Anwar Ibrahim sendiri yang sudah bertahun berkempen yang beliau akan masuk ke penjara akhirnya dibebaskan.

Bagaimana pula menjelang bulan Mei 2012 ini? Saat saat terakhir menjelang pilihanraya ke 13? Apa akan berlaku? Apa strategi Anwar Ibrahim yang akan memberikan laluan mudah buat pakatan pembangkang memenangi undi rakyat?

Esok pembongkaran akan Gomo lakukan demi memberikan maklumat awal kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersiap sedia terutama Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Najib Razak.

Chapter 1 Esok Jam 10 Pagi
Anwar Ibrahim akan meletakkan semua jawatan
yang disandang beliau pada bulan Mei nanti!!!



Psssttt.... Tunggu esok kita bongkar kelicikan Anwar Ibrahim yang akan menggegarkan dunia pada Mei nanti.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

EHSAN : PAPA GOMO

Saturday, April 14, 2012

KUKUBESI BERI SIFIR 1 KPD PNCACAI2 YG MAHU MANSUHKAN PTPTN!!


BETUL KE PTPTN MACAM NI??
aku try huraian cara mudah apa yang aku paham la, kalau salah sila kasi tau yer heheeheh.

1. ianya di "mohon", siapa nak boleh pinjam... sapa taknak takyah pinjam

2. sapa masuk ipta/ipts yang takde duit boleh meminjam dari ptptn

3. sapa dapat pointer tinggi dan bagus tak perlu bayar balik duit ptptn

4. habis belajar baru duit tu di bayar semula

YANG BUAT AKU PELIK...

1. kalau nak kata susah nak bayar sebab takde keja.. masa belajar dulu skor la kaw2.. sure free ja duit ptptn...

2. kalau tak salah aku, berapa banyak nak bayar bulan2 pun u all bole declare semampu mana yang boleh di bayar kan? kiranya ada pilihan la dan ada harga nego berapa nak bayar.. ( no fix price )

3. kalau nak kata bagi free supaya motivasi "anak bangsa" dapat belajar terutama yang miskin aku rasa keistimewaan dah di nyatakan.. "pointer tinggi takyah bayar " dan setahu aku lah.. kalau benda FREE ni selalnya JARANG ORANG HARGAI...yang di beri pinjam pun belajar tunggang langgang.. apatah lagi kasi free :) kakakakak

KESIMPULAN LOGIK AKAL AKU
1. bil api bil air kalau tak bayar kena potong.. kalau taknak bil api n bil air boleh guna lilin dan air sungai atau telaga

2. beli kereta dan buat loan kat bank dan bayar pun kat bank.. tak bayar beberapa bulan bank tarik..kalau taknak kereta bole jalan kaki atau naik bus,teksi basikal dan lain2 yang mampu

arrghh lebih kurang cam tu la yang aku faham.. betul ke tak apa yang aku tulis panjang lebar ni?? persoalannya.. NAK BERDEBAT pastu NAK MANSUHKAN??? arghhh pening aku.. wkakaakakakak

*///

Friday, April 13, 2012

PTPTN DITUBUH SEMASA 'PEMERINTAHAN' ANWAR! DUSHH!!!!


Cik Ali Cik Limah Pakai Sedondong
Pergi Meminang Anak Cik Rahim
Siang Malam Kerjanya Berbohong
Itulah dia Anwar Bin Ibrahim

Tahun 1997, Tun Dr Mahathir (1997-Datuk Seri) telah mengambil cuti selama dua bulan lebih dan beliau telah melantik timbalannya ketika itu , Anwar Ibrahim , sebagai pemangku PM.

Tarikh Anwar dilantik sebagai pemangku PM pada 19.Mei.1997 dan tamat pada26.Julai.1997.

Apabila Tun Dr M melantik Anwar sebagai pemangku PM bermakna pada waktu itu Anwar mempunyai kuasa yang dimiliki oleh seorang PM.

Tun bagi kuasanya sebagai PM kepada Anwar dan Tun serah kepadanya untuk buat apa-apa sahaja keputusan sepanjang beliau bercuti.

Keratan akhbar dibawah ini sebagai bukti bagaimana berkuasanya Anwar sebagai pemangku PM.
Utusan Malaysia 16.Mei.1997
Utusan Malaysia 23.Mei.1997
Itu baru satu contoh bagaimana berkuasanya Anwar sebagai seorang pemangku PM. Banyak lagi yang lain masih ada.

Anda mungkin tertanya-tanya, apa ke jadahnya si RBF ni menceritakan kuasa Anwar sebagai pemangku PM ?

Sekarang mari saya tunjukkan kepada anda apa mesej yang saya nak sampaikan....

Hari ini Anwar dan pendekar-pendekar tiga sukunya bercakap pasal pemansuhan PTPTN.

PTPTN zalim....

PTPTN kejam....

PTPTN membebankan....

Dan Anwar berjanji akan mansuhkan PTPTN jika dia menjadi PM.

Kah....kah....kah....kah....kah....1 Tanah Melayu kena tipu dengan Anwar....

Kena tipu beb.......kena tipuuuuuuuuu.......

Kenapa saya kata kena tipu ?

Berikut adalah info berhubung penubuhan PTPTN yang dipetik dari portal rasmiPTPTN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Perhatikan tarikh yang saya hitamkan....

Siapa yang memiliki kuasa PM pada ketika itu ?

Siapa ?

Siapaaaa ?

Siapaaaaaaaa ?

Waktu itu dia ada kuasa PM , dia setuju dan dia benarkan PTPTN ditubuhkan. Hari ini dia kata jika dia menjadi PM dia akan hapuskan PTPTN. Khaikkkkkk ptuihhhhhhh......

Cuba anda semua fikirkan, pada masa itu dia mempunyai kuasa sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab memberi kebenaran kepada PTPTN untuk mengeluarkan pinjaman, kuasa sebagai seorang TPM dan yang paling penting kuasa PM pun ada di tangan dia pada ketika itu. Tun Dr M sendiri kata Anwar ada kuasa penuh apabila memangku jawatan PM

Dayung sudah ditangan,perahu sudah di air . Sepatutnya kalau dia tidak bersetuju dengan PTPTN kerana zalim, kejam dan membebankan dia patut batalkan penubuhan PTPTN pada ketika itu kerana segala kuasa berada ditangannya.

Nak percaya Anwar lagi ?

credit : rbfonline

Thursday, April 12, 2012

ISU KOMISYEN RM 540 JUTA PEMBELIAN KAPAL SELAM SCORPENE YG PEMBANGKANG TIDAK DEDAHKAN!!


Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan pemimpin pembangkang lain yang pernah menjaja propaganda kononnya kerajaan Malaysia telah membayar sejumlah 114.96 juta euro (RM540 juta) kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd untuk komisyen pembelian dua buah kapal selam Scorpene. Berdasarkan laporan rasmi kontrak perolehan terbukti fitnah pembangkang nyata tidak berasas.

Komisyen RM540 juta yang diwar-warkan oleh Anwar dan balacinya sebagai komisyen pembelian kapal selam tersebut sebenarnya adalah nilai kontrak yang diberikan kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun manakala pembayaran oleh kerajaan kepada syarikat tersebut pula dilakukan secara berperingkat bergantung kemajuan projek yang dilaksanakan.

Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad serta K.S Ombak Laut Sdn Berhad bertanggungjawab secara langsung dalam pelbagai skop kerja sokongan & koordinasi misalnya;-

i. Penyediaan kemudahan kediaman & kelengkapan untuk kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis dan Sepanyol.

ii. Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan kelengkapan untuk keperluan 156 orang krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun di Perancis dan Sepanyol.

iii. Menyediakan insuran kesihatan bagi melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka berada di Perancis dan Sepanyol.

iv. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya.

v. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis dan Sepanyol.

Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu juga meliputi khidmat koordinasi yang perlu disediakan oleh syarikat Perimekar Sdn Bhd. Perkhidmatan koordinasi yang dimaksudkan itu antaranya merangkumi tanggungjawab syarikat Perimekar Sdn Bhd untuk memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses pembinaan, program off-set, membantu kontraktor utama membabitkan urusan maklumat prosedur perlaksanaan kontrak, penyelarasan latihan krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam bulan.

Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu selain ianya bukan bayaran komisyen, ia juga sama sekali bukan merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut.

Berkemungkinan untung bersih tahunan yang menjadi miliki syarikat tersebut adalah dalam jangkaan sekitar sejuta euro atau lebih sedikit, pendek kata ia bukannya satu kontrak yang mewah atau satu komisyen jatuh dari langit seperti yang di fitnah ke sana ke mari oleh Anwar dan pemimpin PR terhadap PM dan kerajaan.

Dalam apa saja isu yang Anwar cuba palitkan pada PM dan kerajaan Malaysia akhirnya Allah s.w.t membuka pintu kebenaran di penghujungnya sekaligus meletakkan DS Najib serta kerajaan pimpinannya di tempat yang sewajarnya jauh berbeza dengan nasib Anwar dan pemimpin pembangkang yang hingga kini satu demi satu aib mereka di buka dan menjadi tontonan ramai.

- Ahmad Albab

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...