Friday, August 28, 2009

Pas tolak permohonan seorang sahabat dapatkan "tiket ke syurga"

Cekati Tembaga menulis..

Hari ini aku ingin bawakan kisah seorang sahabat lama semasa di UKM dulu.. Nama dia Mohd Khairul Azam Hj Abdul Aziz (orang Perak), tapi orang lebih kenal dia sebagai Buzze. Seorang peguam yang dulunya semasa student bergiat aktif dalam gerakan mahasiswa sehingga dipilih sebagai Presiden Tindakan Siswa Bersatu UKM, sebuah pertubuhan politik Mahasiswa yang disegani di kampus. Sekarang disamping bertugas sebagai peguam, beliau masih aktif dalam gerakan kepimpinan pelajar sebagai Presiden Gabungan Graduan Melayu Malaysia (GGMM).

Kisah bermula apabila Dato' Nik Abdul Aziz dengan Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas menyatakan penyokong UMNO tidak akan masuk syurga.

Mungkin bertitik tolak daripada hasrat tidak mahu ketinggalan "menempah tiket ke syurga" bersama rombongan Nik Aziz, Mohd. Khairul Azam menyatakan hasrat untuk menyertai Pas dengan menghantar sendiri borang permohonannya menyertai parti itu di Ibu Pejabat pas di jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.


Perjalanan "memohon tiket ke syurga"


Malangnya akibat Buzze ni yang dikenali ramai sebagai penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ditentang Pas, hasratnya menjadi ahli Pas telah dinafikan oleh parti tersebut. Beliau yang menghantar sendiri borang keahlian itu berasa kecewa dan malu di atas tindakan parti tersebut dan menurutnya sekaligus telah menafikan haknya untuk masuk "syurga".

Menurut Buzze lagi, jika betul menjadi ahli dan mengundi Pas boleh menjamin seseorang itu masuk syurga, beliau juga tidak mahu melepaskan peluang tersebut, tetapi hairan kenapa haknya untuk menjadi ahli Pas dinafikan.

“Ini bermakna hak saya untuk masuk syurga juga telah dinafikan oleh Pas dan ini sangat mengecewakan saya”, tegasnya ketika ditemui pemberita di hadapan pejabat Agung Pas.


Buzze menunjukkan borang permohonannya untuk mendapatkan "tiket ke syurga"

Beliau berkata demikian berikutan Dato' Nik Aziz Nik Mat yang mendakwa sesiapa yang menyokong dan mengundi Pas akan masuk syurga.


Buzze menunggu seorang petugas Ibu Pejabat Pas menghubungi Setiausaha Agung Pas

Katanya, beliau menghantar borang keahlian itu dan berurusan dengan seorang lelaki, Saripudin Yatim yang berada di kaunter pertanyaan ibu pejabat parti itu. Tambahnya, lelaki itu kemudiannya terus menghubungi Setiausaha AgungPas, Dato' Mustaffa Ali melalui telefon.


Buzze persoalkan keengganan Pas terima permohonan keahliannya

“Dato' Mustaffa mengarahkan Saripudin supaya jangan menerima langsung borang permohonan dari saya tanpa memberi alasan yang munasabah,” katanya.

Menurut beliau, telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa setiap orang yang cukup syaratnya berhak memilih mana-mana persatuan yang mereka ingin disertainya. Buzze turut mempersoalkan mengapa keahliannya ditolak kerana beliau sudah sedia faham dengan syarat-syarat untuk menjadi ahli Pas dan bersedia untuk memenuhi segala syarat berkenaan.


Kecewa gagal dapatkan "tiket ke syurga"

“Saya tidak faham, sedangkan saya sudah memenuhi semua syarat tersebut, jadi kenapa permohonan saya ditolak mentah-mentah tanpa sebarang alasan yang kukuh,” ujarnya.“Saya dilayan seperti warganegara kelas ketiga dan sangat malu dan terhina dengan tindakan mereka ini, sedangkan prinsip mereka sendiri menyatakan bahawa Pas itu untuk semua,” jelas beliau.


Buzze termenung kesal di depan Pejabat Agung Pas di jalan Raja Laut


Beliau yang ditemani empat rakannya meluahkan rasa kecewa mereka dengan bertindak menggantung poster serta kain rentang di hadapan ibu pejabat parti tersebut. Antara ungkapan sinis yang tertulis pada poster itu adalah ‘Pas untuk semua’, ‘Pas for Muslim Only’, ‘Kami sokong Hudud’ dan ‘Islam way of life’.

Buzze meluahkan kekesalannya atas dasar double standart Pas yang enggan menerima permohonan keahliannya

Selesai menemui pihak media, Buzze bersama rakan-rakannya terus ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengadu tentang haknya untuk berpersatuan yang dinafikan oleh Pas. Beliau memohon supaya Suhakam menjalankan siasatan terhadap Pas kerana telah melanggar dua hak asasi manusia dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 8 dan Perkara 10.

Menurutnya, dalam Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan menyatakan semua orang harus diberi layanan sama rata, tetapi haknya untuk menyertai Pas dinafikan dan ini bermakna parti itu tidak memberikan layanan sama rata kepadanya.

Tambah beliau, dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan kebebasan untuk berpersatuan dan Pas sekali lagi telah melanggarnya dengan menafikan keahlian beliau. Buzze yang sebelum ini dengan lantangnya menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyatakan beliau rela untuk tidak menyokong akta tersebut jika itu merupakan syarat utama untuk menjadi ahli Pas. Beliau lebih bersedia menolak akta tersebut sekiranya itulah yang menjadi syarat yang dikenakan Pas sebagai tukaran kepada "tiket untuk ke syurga" yang dipohonnya.
.

3 comments:

myownside said...

terbaik bro.. hehe.. mcm bace komik plak aku rase.

bingkisan said...

wa suke la dgn ini entry. tak jumpe dlm paper nih. politik kelantan skarang camner?

cekatitembaga said...

myownside, bingkisan -

Tq bro sudi join blog Bicara Kelantan. Sama-samalah kita semarakkan dunia blog tanahair.
Di Kelantan sekarang politik agak suram sedikit sepanjang Ramadhan, tidak ada isu besar tercetus. Tapi insyaallah jika ada benda-benda penting, Bicara Kelantan pasti akan dedahkan sebaik mungkin.
Selalu-selalu lah jengok-jengok.. tq

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...