Saturday, August 8, 2009

Arak di Selangor - Nik Aziz tidak mahu campur..

Cekati Tembaga menulis..

Seperti yang dijangka, sebagaimana dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini, Nik Aziz enggan masuk campur apabila diminta mengulas kontroversi penjualan ARAK berleluasa tanpa sekatan di Selangor.

Menurut Nik Aziz apa yang dibuatnya di Kelantan adalah menghadkan penjualan ARAK dan hanya boleh dijual di kedai-kedai tertentu sahaja. Nasib baik Nik Aziz mengaku di Kelantan pun ada ARAK, kalau tidak esok juga aku pergi ambil gambar kedai-kedai menjual ARAK di Kota Bharu.

Aku bukan mahu mengulas soal kedai-kedai yang menjual ARAK di Kelantan. Lebih elok kita fokus kepada isu di Selangor ini.

Persoalannya di sini adalah Nik Aziz sebagai orang paling dihormati oleh orang Pas hari ini, tidak sewajarnya dilihat sebagai lepas tangan.

Betul dalam hal-hal biasa yang tidak melibatkan kepentingan agama Islam, sebagai Menteri Besar Kelantan beliau tidak wajar mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh seorang Menteri Besar di negeri lain.

Tetapi soal ini adalah soal maruah umat Islam. Wajarkah sebagai tokoh yang disegani (sekurang-kurangnya di kalangan penyokong Pas), mengeluarkan kenyataan tidak mahu campur tangan walaupun ini adalah soal kepentingan agama?

Bukankah soal ARAK inilah yang menjadi antara senjata Pas menyerang kerajaan BN Selangor pimpinan Khir Toyo dulu? Bukankah menjadi manifesto Pas untuk memerangi habis-habisan isu ARAK ini, tetapi apabila kena kepada 'adik-beradik' dalam pembangkang sendiri ia seakan berubah lagu?

Kalaulah isu ini berlaku di Johor atau Pahang, pasti Pas akan ke depan menyerang UMNO menuduh UMNO mahu orang Islam minum ARAK lantaran tidak menghalang air kencing setan itu dijual di kawasan orang Islam.

Sejak bila Nik Aziz dan segelintir orang Pas ini tidak sensitif dengan isu ARAK di kawasan orang Islam? Apakah tolak ansur politik lebih diutamakan daripada keselamatan anak-anak muda Islam daripada terjerumus ke kancah dosa ini?

Apabila kedai-kedai di kawasan penduduk Islam dibenarkan menjual ARAK maknanya kepada siapa benda haram itu hendak dijual? Takkan kedai runcit di Shah Alam mahu jual ARAK kepada orang Cina dari Bukit Bintang. Atau takkan orang India di Batu Caves yang datang beli ARAK di kedai serbaneka di Shah Alam. Mestilah target jualannya juga kepada penduduk sekitar, dan kalau dah penduduk sekitar 95% orang Islam, apakah 5% orang bukan Islam itu yang menjadi sasaran jualan kedai-kedai ini?

Memang Khalid Ibrahim boleh kata beliau akan meminta kedai-kedai ini jangan menjual kepada remaja dan orang Islam, tetapi kalau orang hendak beli takkan mereka tidak mahu jual. Siapa tidak mahu untung kan...

Dalam hal ini biarpun Nik Aziz mengambil jalan selamat tidak mahu masuk campur, kita wajar memberi pujian kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, Dato' Dr Hassan Ali kerana berani menentang arus kuat dalam menegakkan kebenaran dan menyelamatkan akidah umat Islam di Selangor. Beliau dah jalankan kewajipannya sebagai orang yang diberi tanggungjawab menjaga kesucian agama Islam di negeri itu.

Biarpun Hassan Ali adalah musuh dalam politik tetapi kita jangan biarkan beliau keseorangan kerana ini soal maruah umat Islam.

Walaupun nampak dalam Pas sendiri berbelah bahagi antara menyokong atau mempersoalkan tindakan Hassan Ali memerangi ARAK ini, UMNO bertanggungjawab membela beliau demi hak umat Islam dan kebenaran.

Pemuda-pemuda UMNO wajar sinsing lengan. Wanita UMNO usah membisu. Puteri UMNO jangan mengambil sikap tunggu dan lihat. Usah nanti kita menyesal kemudian hari melihat botol dan tin ARAK bersepah di kaki-kaki lima dan menyaksikan umat Islam tidak dapat membezakan antara cola dan ARAK.

Pada masa itu semua sudah terlambat..air mata darah pun tidak akan bermakna..
.

3 comments:

myownside said...

Nik Aziz? erm.. entahlah..

faizal said...

Pemuda-pemuda UMNO wajar sinsing lengan. Wanita UMNO usah membisu. Puteri UMNO jangan mengambil sikap tunggu dan lihat. Usah nanti kita menyesal kemudian hari melihat botol dan tin ARAK bersepah di kaki-kaki lima dan menyaksikan umat Islam tidak dapat membezakan antara cola dan ARAK.
...................................................................................
HARAPKAN UMNO..SAMPAI MAMPUS LAAA
BILA TIMBUL ISU ARAK BUKANNYA NAK SOKONG ISLAM TETAPI NAK AMBIL KESEMPATAN..PERBUATAN UMNO ADALAH PERBUATAN YANG PALING HINA DAN MUNAFIK TAHAP PALING HINA.

KORANG YANG KAT KELANTAN TU SEPATUTNYA BERSYUKUR SEBAB TIDAK PERLU RISAU DENGAN NASIB ANAK-ANAK KORANG MENGENAI ISU ARAK..KITA DALAM KESIBUKAN TIDAK MUSTAHIL BENDA-BENDA LAHANAT TU AKAN MEROSAKKAN KELUARGA KITA.

KALAU TGNA TAK KAWAL ARAK KAT KELANTAN AKU RASA DAH LAMA HURU-HARA RAKYAT KELANTAN TU..

Anonymous said...

salam ukhuwah...

faizal, bukankah cekati tembaga sedang mengajak orang2 UMNO bersama memerangi arak..kenapa anta mencemuh orang yang mengajak ke arah kebaikan... ana percaya jika sikap inilah yang di bawa oleh orang2 PAS, asyik mencemuh kebaikan yang ingin di lakukan oleh orang2 UMNO..sampai kiamat pun orang UMNO takkan dapat laksanakan kewajipan sebagai muslim.

apakah anta suka kalau setiap perkara baik yang anta ingin lakukan selalu di cemuh???

sesiapa pun tidak menyukai jika asyik di cemuh...orang yang selalu di cemuh pasti terbit dari hati mereka

"ah..kalau aku buat baik pun asyik kena cemuh, daripada di cemuh benda yang aku tak buat baik aku buat jahat terus"

jika inilah yang lahir dari hati orang yang anta selalu cemuh, apakah jawapan anta kepada ALLAH SWT apabila di soal kelak??? kerana cemuhan anta, orang yang ingin berbuat kebaikan telah menukar tujuan asal mereka...jika inilah yang terjadi ini bermakna antalah punca kepada berlakunya kejahatan...

ana bercakap bukan atas landasan politik, tapi ana bercakap atas dasar agama..!! atas dasar seorang manusia...ana percaya anta pun bukannya suka di cemuh..jika anta tidak suka di cemuh begitulah orang yang lain...!!

akhir kata ana mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut hari raya aidilfitri.

maafkan ana jika tersilap mahupun terkasar bahasa, kerana lumrah manusia itu lalai, lalai dalam segala hal..dan ana memohon keampunan daripada Allah SWT di atas kelalaian ana....

assalamualaikum WBT

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...