Sunday, September 6, 2009

Azan 5 kali sehari jadi alasan pembinaan kuil..

Cekati Tembaga menulis..

Aku percaya ramai sudah tengok klip di bawah, betapa kita dapat saksikan sendiri situasi di negara kita sekarang sudah sampai ke peringkat ada 'orang lain' sudah secara terbuka berani mempersoalkan apa yang menjadi hak mutlak kita selama ini.

Budak India yang ntah berapa usianya, tapi yang pasti akal fikir tidak sebanyak umurnya begitu lancang sekali kaitkan azan dengan hasrat bersungguh-sungguh Khalid Ibrahim untuk membina kuil di Seksyen 23 Shah Alam.

Si India ni kata mereka selama ini boleh terima gema laungan Azan 5 kali sehari, maknanya mungkin pada dia apalah salahnya kalau orang Melayu juga bertolak ansur dengan keputusan kerajaan negeri Selangor untuk membina kuil Hindu di kawasan orang Melayu itu.

Mungkin juga dia berharap agar orang Melayu Seksyen 23 Shah Alam dapat akur dengan hasrat seorang 'Melayu' yang jadi kepala kerajaan negeri sekarang yang mahu orang Melayu menerima hakikat kewujudan kuil di perumahan mereka.

video
.
Bila orang Melayu bawa kepala lembu berarak mereka bising, tapi mereka secara terang-terangan persendakan hak kita. Yang lebih malangnya bila kepala lembu diarak, bukan orang India saja bising. Beberapa kepala-kepala parti berlogo mata lebam dan bulan purnama gerhana pun saling berlumba-lumba mengutuk dan mengeji penduduk Seksyen 23 yang berdemo Jumaat minggu lepas itu. Roket tak payah masuk bukulah.

Kononnya tindakan penduduk itu hanya mendatangkan suasana tidak tenteram dan menghina agama orang lain. Tahukah kepala-kepala pembangkang ni perasaan penduduk Seksyen 23 ni bila tiba-tiba Kuil Hindu nak dibina dekat rumah mereka? Kalau aku pun marah bila orang nak bila kuil dekat rumah aku.

Tapi ada kita dengar ke kepala-kepala pembangkang yang sama juga kritik si India ni bila dia terang-terang hina Azan? Mana boleh kritik, Malaysiakan amal kebebasan beragama.. mungkin inilah jawapan berlegar dalam kepala hotak mereka.

Mana si Anwar Ibrahim. Mana Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar? Kenapa senyap sunyi, tak mahu masuk surat khabar ke tv ker cakap pasal hina Azan ni? Korangkan suka publisiti-publisiti ni. Bagi lah komen sikit, tak kira lah nak kritik ke nak sokong ker.. rakyat pun nak tahu pandangan korang dalam hal ni.

Tetapi aku sebenarnya sangat berminat untuk mendengar fatwa Nik Aziz dalam hal ni. Macam mana "Tok Guru" isu si India ni hina Azan, salah ke tidak? Tapi aku agaklah lebih kurang jawapan dia, tak salah dia hina Azan sebab dia bukan orang Islam. Yang salah adalah Barisan Nasional sebab sebagai kerajaan dia tak amalkan Islam sebenar. Tak gitu "Tok Guru"?

Eh macam pernah dengar pulak jawapan ni kan, tapi di mana yer?
.

No comments:

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...