Tuesday, September 8, 2009

Berunding dengan Pas tapi jangan libatkan Nik Aziz..

Cekati Tembaga menulis..

Semalam hari cukup bermakna kepada penduduk Manek Urai kerana menerima kunjungan pemimpin nombor 1 negara. Kunjungan Dato' Najib bukan sekadar lawatan biasa tetapi kehadiran ini dengan sendirinya menamatkan penantian berpuluh tahun penduduk di Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama untuk memiliki kemudahan jambatan yang lebih selesa.

Pengumunan Perdana Menteri meluluskan peruntukan RM 8 juta untuk pembinaan jambatan baru menghubungkan dua kawasan berkenaan adalah tanda terima kasih kerajaan Pusat terhadap penduduk Manek Urai yang telah kembali menyokong Barisan Nasional. Pada masa yang sama Dato' Najib juga mahukan keselesaan jemaah di Masjid Temalir dipertingkatkan dengan meluluskan peruntukan RM 600,000.


Jambatan sempit menghubungkan Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama akan menjadi catatan sejarah. Dengan pembinaan jambatan baru berharga RM 8 juta nanti, kereta merah ini tidak lagi perlu berhenti menunggu giliran

Penduduk di sekitar Manjor pula dihadiahkan dengan kompleks sukan yang lebih baik dengan peruntukan mencecah RM 300,000. Semua keempat-empat kawasan ini dimenangi oleh Barisan Nasional dengan prestasi yang amat memberansangkan. Bagi penduduk di kawasan seperti Lata Rek yang masih taksub kepada Pas, tidak boleh merasa iri dengan kawasan lain kerana kesilapan mereka sendiri.

Dato' Najib datang ke Kuala Krai bukan sekadar untuk mengumumkan peruntukan yang hampir mencecah RM 9 juta itu, malah lebih penting dari itu secara terbuka Dato' Najib mengulangi kesanggupannya berunding dengan Pas dalam apa jua perkara demi untuk melihat nasib umat Islam negara ini terus dibela dan dipertingkatkan.

Kesediaan beliau ini menggambarkan keikhlasan hati seorang negarawan ulung yang sanggup melupakan rasa terkilan di hati akibat dikecam hina dan dikeji tokoh-tokoh Pas, semata-mata untuk melihat Islam bertambah maju dan terbilang di bumi sendiri.

Komitmen ini diluahkan beliau di hadapan lebih 4,000 rakyat jelata di Kuala Krai yang mana sebahagian besarnya adalah pengundi Manek Urai yang baru-baru ini hampir saja menyebabkan Pas tersungkur "di pintu syurga idaman mereka".

Namun tegas Dato' Najib, dalam usaha ke arah menjayakan muzakarah itu beliau tidak akan sama sekali redha melihat UMNO dihina dan akidah penyokong-penyokongnya menjadi bahan persendaan. Beliau rela mengambil tanggungjawab menjadi perintis ke arah kebangkitan semula umat Islam di negara ini, tetapi pada masa yang sama meminta pimpinan Pas jangan ghairah menilai dan memperlekeh akidah penyokong-penyokong UMNO.

Sebelum ini, pemimpin pembangkang terutama Mursyidul Am Pas, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sentiasa mempertikaikan UMNO dan mendakwa parti itu bukan Islam yang tulen kerana memisahkan agama dan politik malah Nik Aziz dengan angkuh mendakwa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga.

Sikap sombong Nik Aziz ini sedikit pun tidak membantu dalam meningkatkan syiar Islam malah menjadikan bukan Islam memandang sinis petentangan ideologi sesama Islam. Nik Aziz wajar dikenali sebagai tokoh politik kontroversi, bukannya sebagai tokoh ulama kerana pandangan dan fatwanya sentiasa melencong daripada pendapat para mufti dan tokoh ulama dalam dan luar negara.

Justeru, hasrat Dato' Najib untuk terus mengajak Pas berunding demi kepentingan Islam sangat wajar dan suatu langkah terpuji, tetapi sewajarnya apa jua perundingan jangan libatkan lagi Nik Aziz. Ramai lagi tokoh dalam Pas yang boleh berfikiran waras, yang sanggup meletakkan kepentingan agama melangkaui kepentingan politik parti. Tidak ada apa yang boleh diharapkan pada Nik Aziz.

Biarkan Nik Aziz dengan dunianya. Terjun Nik Aziz terjun.. biarkan.. biarkan..
.

No comments:

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...