Wednesday, October 21, 2009

Gambar 35 sejadah berdiri di SK Tok Sangkut

dipetik daripada BERNAMA

Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.

Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan.



"Kejadian berlaku pukul 10.40 pagi, ketika saya menjalankan sesi pembelajaran di luar kelas disebabkan kelas sedang diubahsuai, seorang murid yang terpandang ke arah surau memberitahu sejadah kelihatan berdiri," katanya kepada pemberita di Pasir Mas hari ini.

Adnan berkata beliau kemudiannya membuka pintu surau dan amat terkejut melihat sebanyak 35 helai sejadah dalam keadaan berdiri iaitu 16 helai di bahagian lelaki dan 19 lagi di bahagian perempuan.



"Lebih aneh lagi apabila satu helai lagi berada di bahagian hadapan sekali iaitu di tempat imam dalam keadaan yang sama menunjukkan seolah-seolah sedang melakukan solat secara berjemaah," katanya yang telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu. Menurut Adnan, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri.

"Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya.

Beliau berkata pada bulan Ramadhan yang lepas perkara yang sama turut berlaku di rumah penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya turut berdiri sendiri.

Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.

"Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya.

Kamarudin berkata pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan kepada jabatan agama dan jika sejadah masih dalam keadaan demikian sehingga esok, pihaknya akan mengambil tindakan yang perlu.

Sementara itu, kawasan sekolah berkenaan sesak dengan orang ramai yang ingin melihat kejadian itu dari dekat.

CEKATI TEMBAGA - aku secara peribadi tidak anggap kejadian sejadah berdiri ini pelik atau luar biasa kerana Allah boleh lakukan apa sahaja perkara di luar kemampuan fikiran manusia. Pastinya ada hikmah tersembunyi di sebalik kejadian seumpama ini.

Walaupun ada tanggapan berbeza tentang peristiwa ini antara percaya atau tidak, termasuk di kalangan tokoh agama namun apa yang penting marilah sama-sama kita renung pengertian di sebalik peristiwa ini.

Jika benar memang sejadah-sejadah ini berdiri sendiri, kita bersyukur pada Allah kerana memberi pengalaman berharga yang mungkin tidak akan diperolehi di tempat-tempat lain. Semoga dengan peristiwa ini memberi keinsafan kepada kita betapa sejadah juga sujud menyembah Allah dan mengingatkan diri kita agar tidak lalai dengan tanggungjawab sebagai hamba-Nya.

Tetapi sekiranya kejadian ini sengaja dibuat oleh pihak tertentu atas apa jua tujuan sekali pun, kita harap mereka dapat betulkan keadaan ini agar tidak menimbulkan rasa gelisah dan cemas masyarakat.

Apa pun kerana kejadian ini Kg Tok Sangkut, Pasir Mas jadi terkenal di mata masyarakat seluruh negara sejak petang semalam. Orang yang tidak pernah dengar nama pun sekarang giat bercerita pasal Tok sangkut.

Namun apa yang mengusik di jiwa bagi orang yang sekental tembok batu jiwa Pasnya, menganggap kejadian sejadah berdiri ini sebagai penghargaan Allah atas kepimpinan Nik Aziz sebagai Menteri Besar. Kata mereka kepimpinan Nik Aziz yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah menjadikan seluruh makhluk di bumi tadahan wahyu ini patuh dan taat kepada Allah sehingga sejadah pun berdiri untuk sembahyang berjemaah.

Malah yang lebih singkat akal warasnya, gait menambah-nambah cerita kononnya apabila pegawai jabatan agama mengambil sejadah berkenaan dan dimasukkan dalam kenderaan jabatan, sejadah-sejadah itu menggelepar tanda protes tidak mahu ikut balik ke pejabat agama.

Aku tergelak sakan mendengar cerita karut marut ini, tapi inilah contoh betapa walaupun Allah menunjukkan kebesarannya, ia tetap akan dikaitkan dengan keramatnya Nik Aziz .

Entah bilalah agaknya orang Pas akan hilang taksubnya pada Nik Aziz. Aku sentiasa berdoa agar mereka berubah. Tapi yang pasti buat masa ini sejadah berdiri pun tidak akan mampu mengubah mereka.

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam, begitulah kalau perangai yang sentiasa mengagung-agungkan manusia, segala-galanya diberi prasangka baik......

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

salam.

Sejadah berdiri tidak pelik bagi aku...tapi yang lebih pelik dan ganjil ..manusia yang diberi akal dan kudrat oleh Allah swt sanggup menelan tipu daya dan putaq belit PAS hari ini...mereka bagai sejadah yang dibentuk dan di warnai oleh DAP...

Mengapa kita tidak merasa pelik manusia yang berakal...sanggup menjadi tunggul mati pada kapiaq harbi..??

Mengapa kita tidak merasa ganjil...manusia yang berakal termakan tipu daya si Kapiaq harbi...

Mengapa kita tidak pelik...Islam membenci sesama Islam...

Mengapa kita tidak merasa pelik PAS berkompromi dengan musuh Islam...

Mengapa kita tidak merasa pelik...bila Pemimpin PAS sendiri sanggup mengkianati amanat sendiri..

Mengapa kita tidak merasa pelik si Kapiaq harbi menterjemah ayat-ayat suci dihadapan ulama PAS hari ini..

Mengapa tidak kita merasa pelik Politik PAS hari ini..segala haram dan halal sudah tidak diambil peduli...


Sebenarnya yang pelik bukan sejadah berdiri...tapi lebih pelik manusia tidak mampu mengguna akal lagi..

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...