Monday, June 3, 2013

UCAPAN PENUH MAKNA TUN SAMBANTHAN..


Tun Sambanthan

Di Kuala Lumpur,ada sebuah bangunan besar diberi nama Wisma Tun Sambanthan.Di Brickfields,ada sebuah jalan diberi nama Jalan Tun Sambanthan.Siapa yang selalu naik monorail,tentu perasan ada stesen nama Stesen Tun Sambanthan.

Siapa Tun Sambanthan?

Beliau ialah presiden kelima MIC dan salah seorang yang menandatangani perjanjian kemerdekaan.Beliau seorang menteri penuh kerajaan dan jawatan terakhir yang dipegangnya ialah Menteri Perpaduan Negara.

Pada 1 Jun 1965,Tun Sambanthan telah membuat ucapan yang terkenal di Dewan Rakyat:

Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do - since we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do?

The had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened?

Here we found that the Malay leadership said, We shall take them into ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens.And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens. As I said, it has been my great good fortune to have born in this country.

Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.

Bahasa Melayu:

Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh soal perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Sri Lanka dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain.Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum kaum India telah diusir keluar, di Sri Lanka mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan MENERIMA MEREKA SEBAGAI SAUDARA, kita akan berikan mereka SEPENUH PELUANG UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN di negara ini, kita akan BERI MEREKA PELUANG untuk menjadi warganegara"

Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Sri Lanka menjadi warganegara.Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini.

Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.

Kredit to - srikandi -

2 comments:

Tasek Gelugor Portal said...

Slm mohon dipautkan Blog Tasek Gelugor Portal... Blog tuan telah pun dipautkan...

Anonymous said...

Assalamualaikum admin dan semua pembaca,

Iklankan barangan yang ingin dijual atau perniagaan anda di laman web www.produkmuslim.info

Kerjasama anda membantu Produk Muslim sangatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...