Thursday, April 19, 2012

Chapter 4 - Awas Najib Razak, Rosmah Mansor Dijadikan Modal Fitnah Luar Biasa Selepas Ini






Serangan bertali arus pihak pembangkang ke atas Datin Seri Rosmah Mansor sejak awal lagi sememangnya mempunyai satu matlamat yang tak terduga oleh kita. Gomo sendiri sebenarnya baru sedar serangan ke atas Rosmah Mansor sebenarnya untuk bahan kempen pada PRU 13 ini yang mana Wan Azizah akan diangkat sebagai PM jika Pakatan Menang manakala Rosmah Mansor dikatakan Liabiliti Najib Razak.

Dalam Chapter ke 2 kelmarin Gomo maklumkan berkenaan persiapan Wan Azizah yang akan mengambil alih tugas Anwar Ibrahim suaminya sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat. Wan Azizah memang sudah bersiap sedia dan waktu ini beliau hanya tunggu masa untuk mengalirkan air mata bagi menarik simpati masyarakat dalam melaksanakan misi suaminya iaitu menawan Putrajaya melalui simpati masyarakat.


CIA disebalik Ang San Suu Kyi

Tahun 2012 ini Ang San Suu Kyi telah dibebaskan oleh Junta tentera Myammar dan pada bulan April tempoh hari beliau telah menang bertanding pilihanraya Myammar.Kemenangan beliau yang dicanang seluruh dunia bahawa kemenangan Demokrasi telah disambut oleh para pemimpin pembangkang Malaysia dan juga jentera Cybertroopers mereka.

Kemenangan Ang San Suu Kyi telah dimainkan secara total oleh jentera pembangkang dan Gomo sendiri dapat lihat bagaimana Ang San Suu Kyi telah dilabelkan sama seperti perjuangan Wan Azizah Isteri Anwar Ibrahim.

Anda semua perlu ingat sewaktu tempoh lalu Wan Azizah pernah berjumpa Ang San Suu Kyi di Myammar yang mana satu jalinan kerjasama mungkin telah diatur bagi membantu Pakatan Pembangkang pada PRU 13 ini. Ang San Suu Kyi telah dibebaskan dan tidak mempunyai masaalah buat beliau untuk hadir ke Malaysia memberikan satu sokongan kepada Wan Azizah pada kempen PRU 13 nanti.


"Simpati dan Tangisan Berjaya Buat CIA
Memenangkan Ang San Suu Kyi"

Permainan secara halus pembangkang waktu ini adalah dengan membiarkan Anwar Ibrahim diasak setiap sudut yang mana selepas ini pengunduran oleh Anwar Ibrahim akan membangkitkan Wan Azizah dengan watak sedih, simpati dan linangan air mata yang akan dijulang sebagai Ang San Suu Kyi versi Malaysia.

Wan Azizah sentiasa dijaga oleh Anwar Ibrahim akan baik tingkah laku dan pemakaiannya, semua ini telah dirancang lebih awal oleh CIA kerana jika Anwar Ibrahim gagal maka mission mereka mesti diserahkan kepada Wan Azizah pula untuk dibawa dalam menawan Putrajaya.

Sebab itu dari awal Chapter 1 Gomo maklumkan jika Kerusi Parlimen Permatang Pauh boleh dikosongkan Wan Azizah untuk memberi laluan kepada ANwar Ibrahim bertanding kenapa Kerusi Presiden PKR tidak dikosongkan Wan Azizah sebaliknya masih dikekalkan sehingga kini? Kenapa tidak diserahkan kerusi Presiden PKR kepada Anwar Ibrahim?

Apa sekalipun Wan Azizah sudah siap sedia, bulan Mei ini apabila Anwar Ibrahim meletakkan jawatan nya sebagai Ketua Umum dan digantikan dengan Wan Azizah maka akan bertempik sakan lah suara suara pembangkang yang akan melaungkan Demokrasi sebagaimana yang dilaungkan buat Ang San Suu Kyi.

Ang San Suu Kyi akan hadir di Malaysia membantu Wan Azizah dalam kempen pilihanraya kali ini. CIA akan memainkan watak dan peranan mereka sekali lagi selepas Pakistan yang pernah dibuat modus operandi yang sama. Dan mungkin buat kali yang terakhir juga bagi CIA dalam memastikan pelaburan mereka selama ini ke atas Anwar Ibrahim tidak sia sia.

Rosmah Mansor akan diserang cukup hebat sebagaimana perang Banner sebelum ini yang memperlekehkan Rosmah Mansor dan memuji Wan Azizah. Serba serbi akan digunakan Pembangkang dan yang pastinya Jentera Kerajaan mesti bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang pasti.

Banyak gambar dimainkan pembangkang yang memperlihatkan bahawa Rosmah Mansor Perdana Menteri manakala Najib Razak pula dilihat sebagai Pak Turut. Ini Propaganda yang mereka lakukan dalam memastikan PRU 13 nanti Wan Azizah akan dilagakan dengan Rosmah Mansor isteri kepada Najib Razak.


"Peranan sebegini akan digalas Wan Azizah
sama seperti Ang San Suu Kyi"


Anda semua boleh jangka apa lagi pekara yang bakal keluar selepas ini berhubung Najib Razak dan juga Rosmah Mansor dalam penyebaran Fitnah yang amat dasyat dilakukan mereka pemimpin dan juga jentera Pakatan Pembangkang.

Isu Kapal Selam, Altantuya semuanya kembali bangkit ketika semakin hampir menghadapi Pilihanraya. Dan Gomo yakin akan ada mulut sumbang sepertimana Raja Petra lakukan sebelum ini yang akan meletakkan kematian Altantuya kepada Rosmah Mansor. Fitnah yang amat jahat akan dimainkan mereka pakatan Pembangkang demi memastikan Wan Azizah bersih dari segala galanya walaupun suaminya seorang pemimpin PORNO.

Chapter 5 Rabu jam 10 Pagi
Pendedahan Rumah Anwar Ibrahim Di Amerika,
serta permintaan Anwar yang sememangnya ingin BN
menyerang beliau atas isu Keselamatan Israel.


Psssttt... Ang San Suu Kyi ditaja CIA, begitu juga dengan Anwar Ibrahim


Link Berkaitan:



DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

EHSAN : PAPA GOMO

Chapter 3 - Awas Najib Razak, Nallakarupan Dan Eskay Sasaran Utama Anwar Ibrahim


"Bekas Sahabat Karib Anwar Yang Mempunyai
Video Seks Beliau"

Anwar Ibrahim memang bercita cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, telah lama beliau impikan untuk menjadi PM Malaysia sampaikan pelbagai cara dilakukan beliau sejak berada didalam UMNO ataupun selepas keluar dari penjara. Matlamat Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri.

Tetapi ianya sekarang hanya tinggal mimpi ekoran serangan yang bertalu talu keatas beliau yang mendedahkan pelbagai cerita shih dan bukti nyata yang beliau tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Serangan yang kebanyakkan nya datang dari bekas teman rapatnya kini menghantui beliau sehinggakan rakan sekutu PAS dan DAP sudah tidak yakin dengan beliau untuk mengepalai Pakatan Rakyat pada PRU 13 ini kerana dianggap menjadi Liabiliti buat Pakatan.

Anwar Ibrahim tahu pekara ini justeru itu beliau membiarkan dirinya dijadikan PUNCING BAG oleh gerombolan jentera Cyber pro BN untuk mendedahkan dan membongkarkan moral beliau yang lebih dasyat dari Iblis. Anwar Ibrahim tahu beliau tidak mampu membawa imej baik buat mengetuai Pakatan Rakyat pada PRU 13 ini justeru beliau akan menyerahkan segala peranan sebagai ketua Umum kepada isterinya yang juga Boneka paling terbaik selama ini iaitu Wan Azizah.

Dalam artikel kelmarin Chapter 2 - Awas Najib Razak, Kemboja Putih Akan Merebut Jawatan Perdana Menteri. Gomo telah menceritakan mengapa Wan Azizah dipilih untuk menggantikan Anwar Ibrahim pada Mei ini. Banyak penjelasan yang Gomo berikan semalam memberikan satu tanda tanya kenapa Anwar Ibrahim berundur dari mengepalai Pakatan Rakyat?

Apakah anda tahu bahawa Anwar Ibrahim telah menghantar beberapa individu untuk MEMBELI Nallakarupan dan Eskay? Apakah anda tahu mereka berdua ini telah ditawarkan Berbilion USD agar menyokong Anwar Ibrahim yang mana turut mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang didedahkan adalah Konspirasi UMNO?

Ya memang itulah pekara yang terakhir Anwar Ibrahim lakukan tempoh hari, cubaan untukMEMBELI JIWA Nallakarupan dan juga Eskay dengan amaun tampa Had yang bukan dibiayai dalam Malaysia sebaliknya dari negara luar.


Mari kita imbas kenyataan Nallakarupan tempoh hari:

Datuk Nallakarupan membuat laporan polis mendakwa dirinya didatangi beberapa orang lelaki yang kemudian mengugutnya untuk tidak lagi membuat sebarang kenyataan tidak baik mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim" - 27 March 2012

Gomo tidak menyatakan bahawa Nallakarupan menipu tentang laporan Polis yang beliau buat tetapi hakikatnya beliau ditawarkan Jutaan USD tampa Had oleh beberapa lelaki yang mewakili Anwar Ibrahim dalam membeli Jiwa dan Raga Nallakarupan. Itu pekara yang sebenarnya berlaku pada waktu tersebut yang mana Anwar Ibrahim tahu dengan tawaran Jutaan USD beliau dapat membantutkan usaha Nallakarupan dari mendedahkan Video Adengan Seks beliau dan Sukmayang dirakam satu ketika lalu.


"Video Dalam Simpanan Nallakarupan?"

Eskay juga menerima tawaran yang sama yang mana Anwar Ibrahim meminta agar Eskay menyatakan bahawa video tersebut pelakunya bukan Anwar Ibrahim dan menyatakan bahawa video tersebut adalah konspirasi UMNO. Itulah kelicikkan Anwar Ibrahim yang punya wang dan dana dari luar negara dalam merealisasikan matlamat negara luar untuk melihat Perdana Menteri Boneka berada dibawah kekuasaan mereka.

Dato Eskay mungkin terkejut bagaimana Gomo memperolehi maklumat ini dan begitu juga dengan Nallakarupan kerana maklumat yang Gomo ada ini datangnya dari sumber dalaman PKR itu sendiri yang mengesahkan Anwar Ibrahim begitu BERANG apabila kedua duak mereka menolak tawaran yang telah ditawarkan itu.

Untuk makluman semua Anwar Ibrahim sudah mempunyai rumah di Amerika dan telah mendapat perlindungan dari sekutu nya yang terdiri dari kalangan Yahudi Amerika. Bulan Mei nanti selepas Anwar Ibrahim mengumumkan perletakkan jawatannya beliau akan menetap di Amerika dan memastikan simpati buat beliau akan diterjemahkan melalui undi PRU 13 dengan meletakkan Wan Azizah sebagai penggantinya.

Anda sendiri dapat bayangkan bagaimana Anwar Ibrahim mampu mengawal Wan Azizah dari Amerika malah mampu menentukan corak dalam Pakatan Rakyat pada PRU 13 ini.


Pada Chapter 5 Rabu ini Gomo akan dedahkan Rumah di Amerika milik Anwar Ibrahim dan juga strategi Anwar Ibrahim yang memang inginkan agar pemimpin BN mengkritik beliau mengenai sokongan beliau ke atas keselamatan Israel. Startegi yang sememangnya Anwar Ibrahim berjaya lakukan sehingga Gomo juga terang terang ditipu Anwar Ibrahim.

Selasa Chapter 4 Jam 10 Pagi
Wan Azizah sudah mempersiapkan diri untuk menerajui
Pakatan Rakyat
yang turut dibantu dengan kebangkitan
Ang San Suu Kyi
yang mana bakal dilabelkan setaraf
dengan
Bunga Kemboja dari Myammar.


Psssttt... Surat Tawaran Jutaan Ringgit dari Anwar Ibrahim berada dalam simpanan Gomo


EHSAN : PAPA GOMO

Chapter 2 - Awas Najib Razak, Kemboja Putih Akan Merebut Jawatan Perdana Menteri.




Semalam Gomo telah mengeluarkan artikel Chapter 1 - Awas Najib Razak, Anwar Ibrahim Akan Letak Jawatan Mei Ini. Dari artikel semalam Gomo nyatakan bahawa Anwar Ibrahim akan meletakkan segala jawatan yang disandang pada bulan Mei ini yang mana semakin hampir kepada tarikh Pilihanraya.

Ramai juga yang bertanya kepada Gomo siapa akan menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat. Ada juga yang meneka dengan menyatakan beberapa nama sebagai pengganti Anwar Ibrahim. Tetapi seorang pun tidak meneka akan orang yang sememangnya layak untuk menggantikan Anwar Ibrahim dan merupakan orang yang paling sesuai bagi menjadi Ketua yang mampu diterima DAP dan juga PAS rakan sekutu mereka PKR.

Dengan perletakakkan jawatan Anwar Ibrahim sebagai ketua umum dilihat seakan Pakatan Rakyat itu pincang tetapi harus kita ingat nilai sentimen simpati mampu memenangkan Pakatan Rakyat pada PRu 13 kelak. Justeru itu orang yang layak bagi mengemis simpati masyarakat adalah isteri Anwar Ibrahim sendiri iaitu Wan Azizah.

Ya, Wan Azizah akan menggantikan Anwar Ibrahim ebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat. Malah setakat ini Gomo difahamkan DAP dan PAS telah bersetuju dalam pekara ini kerana tidak ada calon lain lagi yang layak menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat.


"Hanya Anwar Ibrahim Mampu Menjadikan
PAS dan DAP Bersekutu"

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan tekaan dari Gomo ini namun Gomo nak memberikan sedikit pemahanam mengapa Gomo menyatakan Wan Azizah akan mengisi jawatan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

DAP tidak menyukai PAS, jadi Haji Hadi boleh melupakan cita cita untuk menjadi ketua Umum ataupun menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang pada PRU 13 ini. Semua rakyat tahu betapa DAP amat membenci PAS dan ianya kita dapat lihat sebagaimana yang berlaku di Pulau Pinang apabila Adun PAS tidak diberikan sebarang jawatan didalam kerajaan negeri Campuran PAS,DAP, PKR.


PAS pula tidak akan memberi peluang kepada DAP untuk menerajui Pakatan Rakyat. Malah PAS tidak akan sewenang wenangnya memberikan jawatan ketua Umum kepada DAP kerana pada anggapan mereka DAP tidak layak menerajui kepimpinan Pakatan rakyat kerana PAS lebih banyak jentera bagi menjalankan gerak kerja dibawah.

Wang dari Asia Barat, Eropah dan juga Amerika mesti disalurkan kepada parti Politik PAS,DAP dan PKR jadi orang yang dapat menjadi dagangan dalam hal ini selain dari Anwar Ibrahim adalah Wan Azizah. Jika anda masih ingat Anwar Ibrahim membawa Wan Azizah ke Bombay sebuah Capital City adalah untuk tujuan keewangan. Mengapa Anwar Ibrahim tidak membawa Haji Hadi atau Kit Siang ataupun Azmin Ali?

Ketua Umum mestilah orang yang mampu menjadi boneka yang sesuai buat Anwar Ibrahim dan Wan Azizah paling layak sebagai boneka tersebut dengan sejarah yang sudah terbukti dalam beberapa isu sebelum ini.

Anwar Ibrahim dipenjarakan atas penyalahgunaan kuasa maka yang menggantikan Anwar Ibrahim menggalas tugas sebagai ahli Parlimen adalah Wan Azizah. Itu satu Boneka jelas kerana ingin menyelamatkan kerusi suaminya.

Presiden PKR juga digalas oleh Wan Azizah dan ianya tidak dicabar oleh sesiapapun kerana ahli PKR sendiri tahu bahawa yang berada dibelakang Wan Azizah adalah Anwar Ibrahim dan segala keputusan adalah datangnya dari Anwar Ibrahim bukannya Wan Azizah.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh dikorbankan Wan Azizah untuk diberi laluan kepada suaminya Anwar Ibrahim bertanding pada PRK yang lalu juga memberikan satu isyarat jelas bahawa Wan Azizah sememangnya layak menjadi Boneka dalam memastikan gerak kerja Anwar Ibrahim terus berjalan walaupun beliau dipenjarakan ataupun meninggalkan Malaysia.

Pernahkan anda bertanya kenapa Anwar Ibrahim tidak menggantikan Wan Azizah sebagai Presiden PKR? Jika kerusi Parlimen Permatang Pauh boleh dikorbankan dan diberikan laluan buat Anwar Ibrahim mengapa jawatan Presiden PKR tidak dikorbankan buat suaminya itu? Mengapa tidak?



Sekarang ini dimana Wan Azizah? tahun 2012 senyap sepi sebarang isu buat Wan Azizah walhalkan pada 2011 isu yang dikaitkan dengan suaminya hangat diperkatakan termasuklah isu Jam Omega yang sehingga kehari ini Wan Azizah tidak mampu tampilkan kepada rakyat.

Wan Azizah sedang mengumpulkan segala tenaga dan kekuatannya untuk menangis, menarik simpati dan pastinya untuk menggalas tugas sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat yang baru. Beliau akan diletakkan sebagai PERDANA MENTERI jika Pakatan Rakyat PAS,PKKR,DAP berjaya mengambil alih Putrajaya. Wan Azizah sudah bersedia dalam tugas besar ini.

Oh lupa, mungkin ada yang tanya macam mana pula Wan Azizah boleh dilantik sebagai Perdana Menteri sedangkan beliau tidak boleh bertanding pada PRU 13 ini kerana tempoh belum berakhir setelah meletakkan jawatan sebagai Ahli parlimen Permatang pauh tempoh hari.


"Anwar Ibrahim Duduk Dibelakang Wan Azizah PRU 13 Ini"

Bila Pakatan Rakyat menang PRU 13 maka Wan Azizah akan dilantik sebagai SENATOR, dan disitulah beliau akan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Dato Seri Najib Razak. Semua pekara boleh dilakukan kerana Wan Azizah hanyalah Boneka kepada Anwar Ibrahim yang waktu itu tinggal di Amerika Syarikat.

Gomo akan ceritakan nanti dalam Chapter 4 mengenai Wan Azizah yang sudah siap sedia dengan jawatan Ketua Umum Pakatan Rakyat dan beberapa pendedahan yang mungkin memberikan kejutan kepada banyak pihak. Chapter 4 dimasa akan datang.

Untuk esok cuti sehari tetapi pada hari Isnin ini dalam Chapter ke 3 Gomo akan ceritakan Mengapa dan apa sebabnya Anwar Ibrahim meletakkan jawatan yang beliau ada waktu ini. Mungkin ramai tak mengetahui kerja Kotor yang Anwar Ibrahim lakukan dalam beberapa bulan ini dan segala galanya akan Gomo dedahkan pada Isnin ini.

Isnin Chapter 3 Jam 10 pagi
Kegagalan Anwar Ibrahim membeli beberapa individu
dengan nilai Jutaan ringgit membuka jalan untuk
beliau meletakkan jawatan Mei Ini.



Psssttt... Wan Azizah akan diangkat sebagai bunga Kemboja Putih sama seperti ?


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

EHSAN : PAPA GOMO

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...