Thursday, April 19, 2012

Chapter 2 - Awas Najib Razak, Kemboja Putih Akan Merebut Jawatan Perdana Menteri.




Semalam Gomo telah mengeluarkan artikel Chapter 1 - Awas Najib Razak, Anwar Ibrahim Akan Letak Jawatan Mei Ini. Dari artikel semalam Gomo nyatakan bahawa Anwar Ibrahim akan meletakkan segala jawatan yang disandang pada bulan Mei ini yang mana semakin hampir kepada tarikh Pilihanraya.

Ramai juga yang bertanya kepada Gomo siapa akan menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat. Ada juga yang meneka dengan menyatakan beberapa nama sebagai pengganti Anwar Ibrahim. Tetapi seorang pun tidak meneka akan orang yang sememangnya layak untuk menggantikan Anwar Ibrahim dan merupakan orang yang paling sesuai bagi menjadi Ketua yang mampu diterima DAP dan juga PAS rakan sekutu mereka PKR.

Dengan perletakakkan jawatan Anwar Ibrahim sebagai ketua umum dilihat seakan Pakatan Rakyat itu pincang tetapi harus kita ingat nilai sentimen simpati mampu memenangkan Pakatan Rakyat pada PRu 13 kelak. Justeru itu orang yang layak bagi mengemis simpati masyarakat adalah isteri Anwar Ibrahim sendiri iaitu Wan Azizah.

Ya, Wan Azizah akan menggantikan Anwar Ibrahim ebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat. Malah setakat ini Gomo difahamkan DAP dan PAS telah bersetuju dalam pekara ini kerana tidak ada calon lain lagi yang layak menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat.


"Hanya Anwar Ibrahim Mampu Menjadikan
PAS dan DAP Bersekutu"

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan tekaan dari Gomo ini namun Gomo nak memberikan sedikit pemahanam mengapa Gomo menyatakan Wan Azizah akan mengisi jawatan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

DAP tidak menyukai PAS, jadi Haji Hadi boleh melupakan cita cita untuk menjadi ketua Umum ataupun menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang pada PRU 13 ini. Semua rakyat tahu betapa DAP amat membenci PAS dan ianya kita dapat lihat sebagaimana yang berlaku di Pulau Pinang apabila Adun PAS tidak diberikan sebarang jawatan didalam kerajaan negeri Campuran PAS,DAP, PKR.


PAS pula tidak akan memberi peluang kepada DAP untuk menerajui Pakatan Rakyat. Malah PAS tidak akan sewenang wenangnya memberikan jawatan ketua Umum kepada DAP kerana pada anggapan mereka DAP tidak layak menerajui kepimpinan Pakatan rakyat kerana PAS lebih banyak jentera bagi menjalankan gerak kerja dibawah.

Wang dari Asia Barat, Eropah dan juga Amerika mesti disalurkan kepada parti Politik PAS,DAP dan PKR jadi orang yang dapat menjadi dagangan dalam hal ini selain dari Anwar Ibrahim adalah Wan Azizah. Jika anda masih ingat Anwar Ibrahim membawa Wan Azizah ke Bombay sebuah Capital City adalah untuk tujuan keewangan. Mengapa Anwar Ibrahim tidak membawa Haji Hadi atau Kit Siang ataupun Azmin Ali?

Ketua Umum mestilah orang yang mampu menjadi boneka yang sesuai buat Anwar Ibrahim dan Wan Azizah paling layak sebagai boneka tersebut dengan sejarah yang sudah terbukti dalam beberapa isu sebelum ini.

Anwar Ibrahim dipenjarakan atas penyalahgunaan kuasa maka yang menggantikan Anwar Ibrahim menggalas tugas sebagai ahli Parlimen adalah Wan Azizah. Itu satu Boneka jelas kerana ingin menyelamatkan kerusi suaminya.

Presiden PKR juga digalas oleh Wan Azizah dan ianya tidak dicabar oleh sesiapapun kerana ahli PKR sendiri tahu bahawa yang berada dibelakang Wan Azizah adalah Anwar Ibrahim dan segala keputusan adalah datangnya dari Anwar Ibrahim bukannya Wan Azizah.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh dikorbankan Wan Azizah untuk diberi laluan kepada suaminya Anwar Ibrahim bertanding pada PRK yang lalu juga memberikan satu isyarat jelas bahawa Wan Azizah sememangnya layak menjadi Boneka dalam memastikan gerak kerja Anwar Ibrahim terus berjalan walaupun beliau dipenjarakan ataupun meninggalkan Malaysia.

Pernahkan anda bertanya kenapa Anwar Ibrahim tidak menggantikan Wan Azizah sebagai Presiden PKR? Jika kerusi Parlimen Permatang Pauh boleh dikorbankan dan diberikan laluan buat Anwar Ibrahim mengapa jawatan Presiden PKR tidak dikorbankan buat suaminya itu? Mengapa tidak?



Sekarang ini dimana Wan Azizah? tahun 2012 senyap sepi sebarang isu buat Wan Azizah walhalkan pada 2011 isu yang dikaitkan dengan suaminya hangat diperkatakan termasuklah isu Jam Omega yang sehingga kehari ini Wan Azizah tidak mampu tampilkan kepada rakyat.

Wan Azizah sedang mengumpulkan segala tenaga dan kekuatannya untuk menangis, menarik simpati dan pastinya untuk menggalas tugas sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat yang baru. Beliau akan diletakkan sebagai PERDANA MENTERI jika Pakatan Rakyat PAS,PKKR,DAP berjaya mengambil alih Putrajaya. Wan Azizah sudah bersedia dalam tugas besar ini.

Oh lupa, mungkin ada yang tanya macam mana pula Wan Azizah boleh dilantik sebagai Perdana Menteri sedangkan beliau tidak boleh bertanding pada PRU 13 ini kerana tempoh belum berakhir setelah meletakkan jawatan sebagai Ahli parlimen Permatang pauh tempoh hari.


"Anwar Ibrahim Duduk Dibelakang Wan Azizah PRU 13 Ini"

Bila Pakatan Rakyat menang PRU 13 maka Wan Azizah akan dilantik sebagai SENATOR, dan disitulah beliau akan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Dato Seri Najib Razak. Semua pekara boleh dilakukan kerana Wan Azizah hanyalah Boneka kepada Anwar Ibrahim yang waktu itu tinggal di Amerika Syarikat.

Gomo akan ceritakan nanti dalam Chapter 4 mengenai Wan Azizah yang sudah siap sedia dengan jawatan Ketua Umum Pakatan Rakyat dan beberapa pendedahan yang mungkin memberikan kejutan kepada banyak pihak. Chapter 4 dimasa akan datang.

Untuk esok cuti sehari tetapi pada hari Isnin ini dalam Chapter ke 3 Gomo akan ceritakan Mengapa dan apa sebabnya Anwar Ibrahim meletakkan jawatan yang beliau ada waktu ini. Mungkin ramai tak mengetahui kerja Kotor yang Anwar Ibrahim lakukan dalam beberapa bulan ini dan segala galanya akan Gomo dedahkan pada Isnin ini.

Isnin Chapter 3 Jam 10 pagi
Kegagalan Anwar Ibrahim membeli beberapa individu
dengan nilai Jutaan ringgit membuka jalan untuk
beliau meletakkan jawatan Mei Ini.



Psssttt... Wan Azizah akan diangkat sebagai bunga Kemboja Putih sama seperti ?


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

EHSAN : PAPA GOMO

No comments:

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Koleksi Artikel