Monday, October 26, 2009

Nik Aziz tidak keramat lagi..

Cekati Tembaga menulis..

Pepatah Melayu ada mengatakan, walaupun nampak tenang di permukaan jangan disangka tiada gelora di dasar. Mungkin ungkapan ini amat bertepatan untuk menggambar keadaan Pas hari ini. Walaupun diwiridkan di bibir pimpinan atasannya, diratip oleh para pengikut bawahannya bahawa Pas tidak pernah ada masalah dalaman dan apa jua perkara yang timbul diselesaikan secara musyawarah.

Begitu sekali hebatnya Pas digambarkan kepada rakyat marhain betapa sebuah parti yang bukan sekadar menerapkan nilai-nilai Islamiknya malah lebih dari itu, Pas membawa imej partinya tidak akan wujud masalah dalaman. Pimpinan-pimpinannya konon dibai'ah secara sebulat suara.

Mursyidul Amnya umpama orang tua yang tutur katanya sentiasa menyeru kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Hatinya sebersih dan seputih kapas. Lidahnya sentiasa basah dengan puji-pujian kehadirat Allah tanpa sama sekali memburuk-burakkan orang lain, apatah lagi sesama pimpinan sekapal. Kononnya apa jua yang keluar dari mulutnya adalah nasihat yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh pemimpin dan pengikut sebagai bekalan dan panduan dalam mencari keredhaan Illahi.

Itu Pas yang cuba digambarkan kepada umum. Itulah Nik Aziz yang diletakkan status setinggi Mursyidul Am dan dipakaikan dengan gelaran Tuan Guru agar penghormatan orang terhadap pimpinan tertinggi Pas itu sentiasa melangit.

Kalau dulu mungkin ada benarnya. Mungkin dulu Nik Aziz dipuja dan dipuji sedemikian tinggi. Apa jua perkataan yang keluar dari getar lidahnya adalah nasihat yang akan dituruti dengan penuh patuh.

Mungkin juga waktu itu, tiada sesiapa akan bantah kata-kata Nik Aziz atas dasar hormat dan sanjung tinggi pada ketokohannya, apatah lagi beliau sentiasa komited dengan hukum hakam agama termasuklah perjuang seumur hidupnya iaitu pelaksanaan hukum hudud. Di sinilah letaknya keramat insan bernama Nik Aziz ini.

Tapi itu Nik Aziz yang dulu. Nik Aziz dulu tidak sama dengan Nik Aziz hari ini. Nik Aziz hari ini adalah Nik Aziz yang lain, hanya jasad yang masih sama. Nik Aziz hari ini adalah Nik Aziz yang penuh kontroversi. Nik Aziz hari ini adalah Nik Aziz yang akan kata apa sahaja yang disukainya.

Sebab itu dalam keadaan Pas mendakwa partinya tidak ada sebarang masalah di peringkat pimpinan atau penyokong, Nik Aziz dengan tiba-tiba mencadangkan Muktamar Agung Luar Biasa (EGM) parti itu atas alasan untuk membersihkan parti dari saki baki mereka yang menyokong kerajaan perpaduan.

Malah lebih teruk lagi Nik Aziz telah senaraikan 3 nama yang wajar disisihkan dari pimpinan atasan, senarai yang memang diketahui umum tidak disenanginya.

Gesaan Nik Aziz ini hanya disetujui oleh Pas Kelantan yang dipimpinnya, tetapi ditentang oleh Pas Kedah dan Terengganu atas alasan tidak perlu sementara negeri-negeri lain masih lagi tergamam sehingga tidak dapat membuat keputusan menyokong atau menolaknya.

Kita tidak mahu campurlah kalau Nik Aziz terus berkeras nak buat EGM jugak. Tapi kita suka nak ingatkan EGM Pas hanya boleh diadakan dengan 2 cara iaitu orang yang berkuasa memanggil sidang EGM adalah Presiden Pas atau jika kehendak ahli bawahan ia boleh diadakan dengan mandat minima 1/3 daripada keseluruhan ahli.

Jadi bagaimana Nik Aziz nak buat EGM? Nik Aziz bukan Presiden Pas dan Nik Aziz juga tidak dapat sokongan daripada 1/3 ahli.

Maknanya orang pas pun dah tak pakai suara Nik Aziz. Arahan Nik Aziz pun dah tak laku. Dan yang semakin terbukti, Nik Aziz tidak keramat lagi..masa dah tiba untuk berehat.. Pencenlah Tok Guru, anda dah tak laku..

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, begitulah jadinya kalau kelebihan ilmu yang dimiliki menjadikan seseorang itu riak.....maka bisikan-bisikan iblis dan syaitan sentiasa berkemundang ditelinganya sehingga disangkakan wahyu dari Allah......

Bicara Kelantan said...

salam yg gambi.. memang betul kata-kata tuan. Kita tgk lah macamane pengakhiran kisah si tok guru ini..

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...