Wednesday, November 11, 2009

Angkara Tindakan Liar




Bila Murai Mula Berkicau......

Dipetik dari Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tanggungjawab daripada segi memperbaiki kerosakan Stadium Nasional di Bukit Jalil pada perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia Sabtu lepas yang dianggarkan bernilai RM214,000.Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kerosakan tersebut akibat tindakan penyokong Kelantan di mana jumlah kerosakan dinilai oleh Perbadanan Stadium Bukit Jalil.


Menurutnya, ia melibatkan 224 buah kerusi stadium bernilai RM112,000, tiga lorong trek RM60,000, pintu pagar untuk Orang Kurang Upaya (OKU), pintu pagar dan tandas di stadium itu.“Kita nak ingatkan bahawa duit yang digunakan untuk membina Stadium Nasional adalah duit rakyat juga. Kalau kita kena baiki, duit ini datangnya daripada duit rakyat.“Sekiranya pihak kami mendapati ada unsur khianat yang jelas sudah tentu beberapa tindakan akan diambil termasuk melaporkan kepada polis supaya perkara yang sama tidak akan berlaku pada masa akan datang, katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 peringkat dasar di Dewan Rakyat, semalam.



Sehubungan itu, Ahmad Shabery berkata, kementeriannya meminta kepada penganjur dan penonton untuk memikirkan langkah perlu diambil supaya tidak berlaku lagi kerosakan dan menunjukkan semangat kesukanan.Malah, beliau tidak menafikan kehadiran penyokong bola sepak Kelantan ke Stadium Nasional yang ‘menakjubkan’ itu berjaya menimbulkan kembali keghairahan orang ramai terhadap sukan bola sepak negara.“Tahniah kepada penyokong Kelantan yang telah memberi suasana atau pengisian baru dalam arena bola sepak negara dan telah menimbulkan kembali keghairahan orang ramai tentang bola sepak negara,” katanya.



Mengenai cadangan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) agar diwujudkan undang-undang khas bagi mengawal tingkah laku penonton bola sepak, Ahmad Shabery berkata kementerian akan mengkaji keperluan peraturan tersebut.Ibrahim ketika mencelah berkata kerajaan perlu serius untuk mewujudkan undang-undang yang dikenali sebagai Akta Penonton Bola Sepak agar penonton tetap bersemangat dan profesional.“Sukan pun ada kena-mengena dengan penonton.

Dalam bola sepak ini, memang banyak kejadian seperti ini berlaku. Kita kena cegah cepat sebelum jadi seperti di Amerika Latin dan Perancis di mana kejadian sedemikian telah melibatkan kematian akibat peminat bola sepak yang ghairah,” katanya.Semasa perlawanan itu, Stadium Nasional dipenuhi hampir 80 peratus oleh penyokong Kelantan manakala penyokong-penyokong Negeri Sembilan atau ‘Kijang’ hanya 15,000 orang. Apabila Negeri Sembilan mendahului 3-0 selepas sepakan penalti penyerang Mohd Zaquan Adha pada minit ke-58, penyokong-penyokong Kelantan membaling pelbagai objek, mercun dan paling teruk membakar kain rentang serta kerusi di satu bahagian stadium itu.

No comments:

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...