Tuesday, November 17, 2009

Sekitar Majlis Perasmian Khatam Al-Quran SK Kamil 3 Pasir Puteh

Cekati Tembaga menulis..

Pagi ini, SK Kamil 3 Pasir Puteh mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Graduasi anjuran bersama dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Kelantan dan PIBG sekolah berkenaan.

Majlis Khatam Al-Quran ini menghimpunkan lebih 100 pelajar bersama dengan guru-guru untuk bersama-sama menghayati bacaan ayat suci Al-Quran oleh pelajar-pelajar yang telah khatam Al-Quran di kalangan pelajar tahun 4-6.

Kejayaan sekolah ini melahirkan pelajar yang seimbang pendidikan dunia dan akhiratnya, menunjukkan keberkesanan dasar pelajaran kebangsaan yang diasaskan oleh kerajaan. Pada masa yang sama kerjasama guru-guru dan ibu bapa dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja celik Al-Quran malah menghayati dan mengamalkan ajarannya.

Perasmian Penutup majlis ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Hishamuddin bin Abdul Rashid, Pengarah JASA Negeri Kelantan. Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah ini adalah yang pertama kalinya diadakan dan difahamkan akan menjadi acara rasmi sekolah.

Antara lain dalam ucapannya Tn Hj Hishamuddin menekankan betapa walaupun sudah khatam Al-Quran bukan bermakna pelajar sudah boleh berhenti daripada mempelajari Al-Quran tetapi ianya merupakan pernyataan kepada kegigihan setiap orang sehingga dapat menghabiskan pembacaan 6,666 ayat yang telah diturunkan Allah itu.

Menurut Tn Hj Hishamuddin juga amalan pembacaan Al-Quran ini hendaklah dilakukan berterusan agar kita dapat melahirkan ramai pecinta Al-Quran dan dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi Al-Quran pada masa yang akan datang.

Pengarah JASA Kelantan itu juga menyatakan banyak usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam melahirkan bangsa yang baik, bangsa yang gemilang dan umat yang terbilang.

Kerajaan pusat sentiasa mendepani usaha melahirkan umat yang menjiwai Al-Quran bermula dengan melaksanakan kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di sekolah-sekolah disusuli dengan J-QAF dan melantik guru-guru Al-Quran di seluruh negara dengan harapan khairu ummah dapat diwujudkan selaras dengan Malaysia Negara Islam Contoh.

Berikut kita saksikan kemeriahan Majlis Khatam Al-Quran SK Kamil 3 Pasir Puteh, Kelantan.

Sambutan bunga manggar dan 'red carpet'

Sebahagian peserta yang hadir

Keceriaan jelas terbayang di wajah para pelajar

Tekun mendengar amanat Pengarah JASA Kelantan

Sebahagian daripada lebih 100 pelajar khatam Al-Quran

Guru besar, En Mohamed Rusli Awang Mat menyampaikan pulut semangat

Tn Hj Hishamuddin bersama Guru Besar

Tn Hj Hishamuddin Abd Rashid, Pengarah JASA Kelantan menerima pulut semangat daripada Guru Besar SK Kamil 3, Pasir Puteh

.

No comments:

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...